Ahad, 19 Jun 2016

SEMBILAN TRADISI HARI RAYA YANG SEMAKIN DILUPAKAN

Sumber : Google

Hari raya adalah suatu hari yang gembira dan dinantikan oleh semua orang Islam setelah sebulan kita berpuasa. Zaman terus berubah namun sambutan hari raya tetap berjalan seperti biasa. Walau bagaimanapun, seiring dengan perubahan zaman, pelbagai perkara yang menyebabkan hari raya itu begitu menyeronokkan telah banyak berubah. Tradisi yang biasa diamalkan oleh generasi dahulu telah dilupakan atau ditinggalkan oleh generasi sekarang. Berikut adalah sembilan tradisi hari raya yang biasa dilakukan oleh generasi dahulu tetapi telah ditinggalkan oleh generasi sekarang : 

1. Tradisi memberi kad raya 

Generasi dahulu tiada telefon pintar seperti sekarang. Jika mahu mengucapkan Selamat Hari Raya pada kawan-kawan, mereka harus memakai kad raya sahaja. Apabila di sekolah, masing-masing bertukar-tukar alamat rumah semata-mata mahu memberi dan mengumpulkan kad raya. Kemudian berlawan sesama mereka siapa yang mendapat kad raya paling banyak.

2. Tradisi mendengar lagu raya 

Lagu raya pada zaman dahulu memang menusuk jiwa malah menjadi kegemaran dan masih enak didengar sehingga sekarang. Rasanya, sampai bila-bila pun lagu-lagu ini tidak akan bosan untuk didengar. Lagu-lagu raya pada zaman sekarang memang tidak boleh menandingi lagu-lagu zaman dahulu. Pada zaman ini, lagu lagu raya yang dihasilkan semakin mengarut. Tema syahdu, klasik, dan tradisional sudah semakin pupus. Artis-artis sekarang lebih suka membikin lagu lagu raya dengan tema moden : funky, catchy, hipster, rap, rock, dan banyak lagi yang sudah jauh berbeza dengan tema lagu lagu raya zaman dahulu.


3. Tradisi belajar menganyam ketupat 


Apabila melihat ketupat, kita pasti akan tertanya-tanya bagaimana mahu menganyam ketupat tersebut. Melihatkan pada anyaman berbelit-belit seperti itu akan menimbulkan rasa kagum dalam diri kita. Jadi kita pun mula belajar dengan ibu atau nenek di kampung. Masa inilah kita mula kenal dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk menganyam dan membuat ketupat. Mula-mula menganyam ketupat pasti akan menemui kegagalan.  Kita cuba lagi dan gagal lagi. Bukan mudah untuk menganyam ketupat sebenarnya. Setelah  beberapa kali gagal, akhirnya kita pun menyerah kalah.

4. Tradisi membuat wajik, dodol, dan kuih kuih tradisional

Jika masih ada di antara pembaca semua yang masih menghasilkan kuih raya tradisional zaman ini,  saya angkat topi kepada anda! Zaman sekarang memang payah untuk kita temui budaya membuat kuih raya tradisional. Malah, ramai anak-anak muda yang masih sukar mengenali jenis-jenis kuih raya tradisonal. Tema kuih raya pada zaman sekarang juga banyak yang sudah dimodenkan. Orang sekarang lebih suka membuat cookies pelbagai perisa seperti biskut chocolate pretzel, biskut coco crunch, biskut oreo, biskut cream cheese, dan  sebagainya.

5. Tradisi bermain meriam buluh 

Permainan ini memang bahaya namun memang inilah budaya kanak-kanak zaman dahulu apabila tibanya Aidilfitri terutama yang tinggal di kawasan kampung. Bukan kanak-kanak sahaja, orang dewasa pun turut serta sekali. Perang meriam buluh ini selalunya bermula pada awal Ramadan, kemudian berlanjutan sehingga ke Hari Raya. Masing-masing akan menghasilkan meriam buluh yang paling ganas! Lagi kuat bunyi, lagi hebat. Selalunya, perang ini akan diadakan di antara dua kampung yang terletak bersebelahan. Apabila tiba malam perang, maka riuhlah seluruh kampung dengan bunyi dentuman demi dentuman yang dilepaskan daripada meriam buluh tersebut.

Inilah tradisi tradisi hari raya yang biasa dilakukan oleh generasi zaman dahulu tetapi telah ditinggalkan oleh generasi zaman sekarang. Mahu tahu lebih banyak lagi tentang tradisi hari raya yang semakin dilupakan? Pembaca boleh membaca di blog SUMBER ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Selamat membaca...

1 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.