Sumber : Google |
Saya sangat yakin dan percaya, pasti ramai antara kita yang pernah menikmati ayam tandoori bukan? Kita pasti tahu akan rasa, warna, dan bentuk ayam tandoori tersebut. Ayam tandoori ini biasa kita nikmati jika kita ke kedai mamak. Tetapi tahukah kita tentang keistimewaan yang ada pada ayam tandoori ini?
Oleh kerana masih ramai yang tidak tahu, maka saya menulis entri ini untuk memberitahu kepada anda. Mari kita lihat apakah kebaikan makan atau menikmati ayam tandoori ini.
1. Rasa yang sangat sedap
Untuk pengetahuan anda, ayam tandoori adalah hidangan masyarakat India yang cukup terkenal di seluruh dunia. Ini kerana, hidangan ini sungguh sedap dan menyelerakan. Makan ini sangat sedap kerana ia berjus (juicy atau berair dalam bahasa Melayu), dipanggang dengan sempurna, dan tidak terlalu pedas serta amat kena dengan selera masyarakat Melayu.
2. Boleh dimakan dengan pelbagai cara
Ayam tandoori ini boleh dimakan seperti sandwich! Tidak percaya? Restoran makan popular Subway telah melakukannya!
3. Boleh dimakan dengan apa sahaja
Walaupun secara tradisinya ayam tandoori ini hanya dimakan bersama roti naan ataupun beras basmati, namun oleh kerana makanan ini telah berevolusi mengikut peredaran zaman, ia juga boleh dimakan dengan cara mencampurkan beberapa jenis sayur sayuran antaranya seperti tomato, salad, timun, dan bawang.
4. Cara memasak yang mudah
Cara memasak ayam tandoori ini mudah sahaja iaitu dengan cara memerap ayam tandoori ini dengan yogurt dan rempah ratus masala, kemudian dibakar seperti biasa.
5. Sejarah yang sungguh mempersonakan
Ayam tandoori ini berasal daripada Peshwari, dan diciptakan oleh seorang tukang masak bernama Mr. Gurjal pada tahun 1920. Perdana Menteri India pada waktu itu, Jawaharlal Nehru, begitu tertarik dengan resepi yang dimasak oleh Mr. Gurjal ini lalu dihidangkan dalam acara rasmi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di India. Sejak itu, ayam tandoori ini mula dikenali di seluruh dunia.
Bagi mengetahui tentang lima lagi keistimewaan lain yang ada pada ayam tandoori, pembaca boleh menekan laman web ini ---> SUMBER untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Selamat membaca....
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.