Rabu, 29 Jun 2016

PUISI : PELUDAH BANGSA


Sumber : Google

Darah Melayu mengalir deras di setiap sendi tubuhmu,
Imej Melayu dilukis indah pada setiap inci raut wajahmu,
Walau tak mampu kau tutur baik bahasa Melayu,
Walau fikiran sudah dirasuk nilai Barat tanpa segan silu,
Walau sudah kau buang adat istiadat warisan dahulu,
Yakinlah, yang kau masih berbangsa Melayu. 


Maka, jangan sesekali kau menjadi peludah bangsa,
Jangan kau caci bangsa kerana nikmat menjilat punggung Amerika,
Jangan kau hina bangsa kerana bersikap menegur terbuka,
Jangan kau sama bangsa dengan haiwan di hutan belantara,
Jangan kau akui bangsa sebagai bodoh dan malas juga,
Jangan kau tuduh bangsa amalkan perkauman bermaharajalela.


Kenali bangsamu sebelum kau hina,
Fahami bangsamu sebelum kau cerca,
Bangsamu jadi begitu bukan kerana sia sia,
Mereka jadi begitu kerana melindungi bangsa dan agama,
Jangan kau remeh hanya kerana terlalu cintakan dunia,.

Manusia hanya menghargai apabila sesuatu sudah tiada lagi,
Jangan kau jadi begitu apabila bangsamu sudah ramai yang pergi,
Menangis meratap kerana sesal atas tindakan diri sendiri,
Akibat ditindas oleh bangsa yang selama ini kau puji tinggi,
Kerana bangsamu sudah tidak mahu menerima sampai kau mati,
Maka matilah engkau dalam suasana sunyi, sepi, dan sendiri.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.