Selasa, 14 Jun 2016

NOVEL : MELUNAS DENDAM BAB 8




         Norin turun ke ruang makan rumah agam itu untuk menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh pembantu rumahnya setelah bersiap untuk ke pejabat. Suaminya, Shuib, masih lagi berada di bilik untuk bersiap siap. Khairil yang mahu ke kuliah pula sedang menunggu ibu bapa dan datuk neneknya untuk menikmati sarapan bersama sama di ruang makan itu.

     Razali dan Fauziah yang sudah bangun sejak pagi lagi sedang menikmati sarapan. Sarapan yang disediakan oleh pembantu rumah Norin pada pagi itu adalah nasi goreng dan sambal ikan. Memandangkan mereka terlalu lapar, maka Razali dan Fauziah makan terlebih dahulu.

     “Kenapa Ril tak makan?” Soal Razali sambil memandang ke arah Khairil yang leka menelek telefon pintarnya.


     “Ril tunggu mama dan papa dulu. Undang undang dalam rumah ni kita kena tunggu semua ada dulu baru boleh makan.” Khairil menjawab.

     “Pelik betul undang undang dalam rumah ni. Kalau dah lapar sangat takkan nak tunggu juga. Ril kalau lapar, Ril makan je la. Tak payah takut. Kalau mama Ril marah, biar atuk yang jawab.”  Kata Razali.

     “Betul ke tuk? Tapi Ril takut la.” Khairil masih ragu ragu dengan saranan datuknya. 

     “Tak payah takut Ril. Kalau mama Ril marah Ril, nenek marah mama Ril balik.” Fauziah berseloroh. Semua di meja makan ketawa mendengar gurauan Fauziah itu. Ril yang memang lapar sejak tadi lantas mencedok nasi goreng yang masih panas itu dan diletakkan ke dalam pinggannya. Kemudian dia mengambil sambal ikan untuk dimakan bersama nasi goreng.

     Sedang semua menikmati sarapan pagi itu, Norin muncul di ruang makan rumah agam itu. Semua mata tertumpu padanya. Khairil mula meneguk liur pahitnya. Jangan aku kena marah sudahlah. Bisik hati kecilnya. 

     “Sedap Ril sarapan dulu tak tunggu mama dan papa.” Lembut sahaja suara Norin menegur anak terunanya namun nada suara itu bernada sinis.

     “Biarlah dia makan. Dia lapar tu tunggu kau dengan Shuib lama sangat. Lagipun ibu yang suruh dia makan dulu. Dia kan nak pergi kelas lepas ni.” Fauziah cuba membela cucunya.

     “Amboi bu, datang rumak orang buat macam rumah sendiri je. Tak tahu malu ke?” Tajam sungguh kata kata Norin menikam hati Fauziah dan Razali. Razali seperti mahu menampar mulut Norin pada waktu itu namun segera ditegah oleh Fauziah. Dia tidak mahu peristiwa yang berlaku di rumah Hafizah berulang pula di rumah Norin.

     “Mama, maafkan Ril ma. Ril lapar sangat. Mama janganlah marah nenek. Dia tak salah. Ril yang nak makan dulu. Maafkan Ril mama.” Ujar Khairil cuba untuk mententeramkan keadaan yang boleh berlaku ketegangan pada bila bila masa sahaja itu.

     “Mama tak marah Ril nak makan, cuma kalau boleh kita tunggu semua orang ada dulu. Sebab kalau kita makan dulu lauk cepat habis. Orang yang makan kemudian akan dapat lauk sedikit atau mungkin tak dapat lauk langsung. Cuba kalau Ril datang lambat, pastu mama dan papa dah makan dulu, lauk pula tinggal sikit, Ril dapat lauk sikit je la kan? Sebab tu mama kata tunggu semua orang ada dulu, baru makan kecuali kalau ada perkara perkara tertentu yang tak dapat dielakkan.” Norin menasihati anak terunanya dengan panjang lebar sambil mengusap kepala Khairil tanda dia sayang dengan anaknya itu. Khairil pula sekadar menganguk faham mendengar nasihat mamanya. 

     Walaupun Norin agak tegas dengan Khairil, namun dia tetap manjakan Khairil. Apa sahaja yang anak muda itu minta, dia akan tunaikan dengan sebaik mungkin. Segala keperluan Khairil disediakan dengan secukupnya dan Khairil sendiri tahu bahawa ibunya amat menyayanginya.     

     “Oh, ibu dan ayah dah makan dulu dah? Ingatkan tak turun lagi.” Ujar Shuib yang entah bila muncul di ruang makan itu.

     “Kami lapar sangat. Jadi kami makan la dulu.” Balas Razali.

     “Mak Jah masak apa ni? Mmmm...sedapnya. Bak sikit nasi goreng tu.” Pinta Shuib kepada Norin. Norin menghulurkan mangkuk besar yang beri nasi goreng itu kepada Shuib.

     “Hari ni Ril balik pukul berapa dari universiti?” Soal Fauziah sambil memandang ke arah Khairil yang sedang menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya dengan menggunakan sudu.

     “Pukul empat nenek. Kenapa?”

     “Takdelah. Lambatnya Ril balik. Bosan la nenek duduk rumah ni berdua dengan atuk.”

     “Ala...tv kan ada. Nenek tengoklah tv. Macam macam channel ada kat tv tu. Nenek pilih je nak tengok yang mana.”

     “Betul juga tu. Tahu tahu je Ril yang nenek suka tengok tv. Hehe.”

     “Kau pula Shuib, Norin, balik pukul berapa?” Soal Razali sambil memandang wajah anaknya dan wajah menantunya.

     “Saya tak tahu lagi ayah. Tapi biasanya sebelum pukul tujuh saya dah sampai rumah dah.” Jawab Shuib.

     “Saya balik malam.” Ringkas sahaja jawapan Norin.

     “Asyik balik malam je kau ni Norin. Cubalah balik awal sikit. Tengok si Khairil ni. Luang masa dengan dia lebih sikit. Ni tak, asyik kerja, kerja, kerja. Sampai anak pun terabai.” Tegur Razali.

     “Bila masa pula saya abai si Khairil ni ayah? Ayah ada nampak ke si Khairil ni mati tak makan dalam rumah ni?” Bidas Norin sedikit kasar. Razali cuba bersabar sebaik mungkin mendengar kata kata Norin itu. Jika diikut panas barannya, sudah lama dibalingnya pinggan dihadapannya itu ke muka Norin. Namun, mengenangkan Shuib ada di situ, dia perlu bersabar dengan keadaan itu.

     “Bukan macam tu maksud ayah. Ayah nak kau tengok tengok si Khairil ni kat rumah. Luangkan masa dengar masalah dia, jangan asyik kerja je dua puluh empat jam. Duit boleh dicari, anak takde galang gantinya.” Razali memberi nasihat.

     “Saya sibuk sangat ayah. Kalau tak sibuk, saya luangkan la masa saya dengan Khairil. Ayah ni tak payah la nak sibuk ajar saya itu ini. Saya dah kahwin la. Tahu la macam mana saya nak urus anak saya.” Ujar Norin yang malas mahu melayan bebelan ayahnya. Fauziah dan Shuib sekadar menggelengkan kepala melihat layanan Norin kepada Razali.

     “Tu la masalah kau. Orang bagi nasihat, tak nak dengar. Berlagak. Kau sibuk buat apa je? Memperjuangkan LGBT yang dilaknat Allah tu? Astaghfirullahalazim. Sia sia aku hantar kau pergi sekolah agama, dah besar ni jadinya kau Norin.” Balas Razali.

     “Ayah, yang ayah nak cari gaduh dengan saya pagi pagi ni kenapa? Ayah nak duduk sini ayah duduk. Tak payah nak sibuk dengan kerja saya atau anak saya. Kalau ayah tak suka dengan cara saya, ayah boleh duduk kat rumah orang lain!” Norin membentak marah.

     “Norin! Kenapa kurang ajar sangat dengan ayah ni? Kau jangan melampau ye. Ibu sepak mulut kau tu kang. Dah kaya makin berlagak pula kau ni.” Tengking Fauziah.
     “Norin, respect your father please.” Tegur Shuib.

     “Abang nak saya respect orang tua ni? Abang tanya diaorang, ada diaorang respect saya sebagai anak dulu? Kalau diaorang pun tak respect saya sebagai anak, untuk apa saya nak respect diaorang sebagai mak bapak!” Balas Norin dengan suara yang tinggi. Kemudian dia mengambil beg tangannya lalu meninggalkan ruang makan rumah agam itu tanpa sempat menghabiskan sarapan paginya. Dia segera menuju ke kereta dan menghidupkannya. Setelah memanaskan enjin kereta beberapa lama, dia meluncur pergi ke pejabat.

     “Saya nak minta maaf bagi pihak Norin kepada ibu dan ayah. Saya tak sangka dia boleh jadi macam tu. Takpelah, nanti saya cakap dengan dia.” Ujar Shuib setelah mendengar kereta mewah Norin meninggalkan perkarangan rumah tersebut.

     “Takpelah Shuib. Ibu dan ayah faham. Kau tak payah la risau.” Balas Fauziah dengan nada sebak. Dia segera bangkit dari tempat duduknya dan menuju ke sinki. Selera makannya mati setelah melihat kebiadapan Norin terhadap mereka berdua.

 ............................................................................................................

     Khairil melepaskan keluhan berat setelah menerima kertas ujian pertengahan semesternya daripada pensyarah – Puan Norhayati ataupun lebih mesra dipanggil Madam Yati. Markah yang tertera di sudut kanan belah atas kertas itu adalah 36% bermakna Khairil telah gagal dalam ujian tersebut. Markah untuk lulus di universitinya adalah 50%.

     Khairil mula risau akan subjek Operation Management itu. Entah mengapa dia merasakan subjek tersebut sangat susah. Dia risau akan carry marks-nya yang rendah jika dia tidak bersungguh sungguh untuk mencapai markah lulus dalam subjek itu. Jika beginilah markah ujian dan markah kuiznya, sudah pasti carry marks-nya akan rendah. Jika carry marks-nya rendah, maka potensi untuk dia mengulang subjek itu pada semester akan datang amat tinggi.

     Bukan dia tidak berusaha bersungguh sungguh untuk mendapatkan markah yang tinggi bagi subjek itu tetapi dia tidak mampu. Subjek mengira adalah subjek yang paling dia lemah untuk kuasai ditambah pula dengan pensyarahnya yang mengajar terlalu laju di dalam kelas. Jadi, dia bukan sahaja lemah dalam subjek tersebut tetapi juga tidak faham apa yang pensyarahnya ajar. Dua faktor inilah yang menyumbang pada kegagalannya dalam ujian kedua itu.

     Setelah tamat sahaja kelas Madam Yati itu, Khairil lantas menuju ke taman universiti itu untuk menenangkan fikiran dan melepaskan tekanan. Di taman itu terdapat sebuah air terjun buatan manusia yang sangat besar dan Khairil sering ke situ untuk menenangkan fikirannya. Di situ jugalah tempat Khairil selalu menghabiskan masa dan selalu mencari idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah.  

     “Hoi, kau menung apa tu?!” Terpancung lamunan Khairil apabila disergah oleh sahabat baiknya, Dino.

     “Terkejut aku.... kau ni boleh tak bagi salam dulu? Main sergah sergah je. Sekali aku lesing kang baru padan dengan muka kau.” Marah Khairil.

     “Amboi....marah...kenapa marah marah ni Ril? Period ea? Hahahaha.” Dino berseloroh.

     “Banyak la kau punya period.” Khairil tersenyum mendengar gurauan kawannya. Dia tidak jadi untuk marah.  

     “Kau mesti ada masalah ni kan? Kalau tak, takkan muka kau ketat macam tu. Ceritalah kat aku. Mana tahu aku boleh tolong.” Ujar Dino.

     “Hmmm...memang aku ada masalah pun. Aku risaulah dengan subjek Operation Management tu. Aku asyik gagal je. Dua kuiz yang aku buat, dua dua gagal. Hari ni aku dapat markah ujian yang pertama pula. Gagal juga ujian tu. Aku risau la aku repeat subject ni sem depan. Adoiii...” Khairil meramas rambutnya menggunakan kedua dua belah tangan sambil tunduk memandang tanah.

     “Ala...chill la...kau ada satu ujian lagi kan? Fight la untuk ujian tu. pastu kita ada final exam kan? Fight la untuk final exam tu juga. Confirm takkan repeat punya. Percayalah cakap aku.” Dino memberi kata kata semangat.

     “Macam mana aku nak fight kalau aku tak faham apa yang pensyarah aku ajar. Dah la subjek tu susah. Aku benci la subjek mengira. Kau okeylah sebab kau pandai.” Kata Khairil dengan wajah tertekan. 

     “Rileks la Ril. Aku rasa aku tahu macam mana nak tolong kau.”

     “Macam mana?”

     “Aku akan kenalkan kau dengan seseorang yang boleh tolong kau. Dia memang baik gila. Dia memang selalu mengajar budak budak lemah mengira ni. Siapa yang dia ajar, confirm boleh lulus punya.”

     “Acah acah je kau ni. Kau kalau nak gebang pun agak agak la.”

     “Aduh...kau ni sengal la. Aku cakap betul tau. Dia memang terbaik. Tiap tiap sem dia dapat dekan kau tahu. Aku rasa kau patut jumpa dia. Minta dia tolong ajar. Dia kalau ajar memang boleh faham.”

     “Siapa dia tu? Kalau bagus sangat, baguslah tu. Aku nak suruh dia ajar supaya aku boleh lulus pun dah okey dah.”

     “Nama dia Faiz. Dia senior kita. Esok aku bawa kau jumpa dia. Sekarang kita masuk kelas dulu. Kang lambat kang. Nanti mengamuk Madam Marliza tu. Dia tu dah la garang nak mati.”

     “Hahaha. Okey jom.” Khairil dan Dino meninggalkan kawasan taman yang memang tidak banyak dikunjungi oleh pelajar di universiti itu untuk menuju ke kelas. 
 

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.