Khamis, 23 Jun 2016

NOVEL : MELUNAS DENDAM BAB 15



 

        Seusai mandi, Hamad masuk ke biliknya sambil mengelap rambutnya dengan tuala untuk dikeringkan. Sebelum masuk ke bilik, dia melihat ruang tamu sudah pun gelap. Begitu juga dengan bilik Iman dan bilik kedua ibu bapanya menandakan mereka semua sudah tidur. Dia melihat jam di dinding bilik. Jam sudah menunjukkan pada pukul dua belas tengah malam.

Ketika masuk ke bilik, dia melihat isterinya, Farah sedang berbaring di atas katil sambil menelaah telefon pintar. Begitu khusyuk sekali Farah menekan skrin sesentuh pada telefon pintar itu seolah olah tidak mengendahkan kehadirannya di bilik itu. Farah mungkin sedang membalas whatsapp dengan rakan rakannya. Itulah perkara yang menerpa ke dalam fikirannya pada waktu itu.

  Setelah menyidaikan tuala di ampaian yang terletak di sudut bilik, Hamad yang hanya berkain pelikat waktu itu lantas merebahkan badannya di sebalah Farah. Dia meletakkan tangannya ke dahi sambil fikirannya menerawang jauh memikirkan sesuatu. 


           “Abang dah makan?” Farah bertanya apabila melihat suaminya hanya diam sejak tadi. Dia memandang wajah Hamad yang berada di sebelahnya waktu itu. Telefon pintar yang dipegangnya tadi diletakkan di tepi bantal.

          “Dah.” Pendek sahaja jawapan yang diberi oleh Hamad tanpa memandang wajah Farah.

          “Abang kenapa ni? Macam ada masalah je. Kalau ada masalah, ceritalah dengan saya. Mana tahu saya boleh tolong.”

          “Abang tengah fikir ni macam mana nak bayar hutang Abang Dollah tu. Abang tengah takde duit ni. Abang Dollah pula desak desak abang suruh bayar. Dia kata lusa dia nak. Haishh.” Hamad mengeluh.

          “La pasal hutang ke? Tapi kenapa abang tak bayar lagi hutang dia? Abang dah hutang dia lama kan?”

          “Kan abang dah cakap abang takde duit. Macam mana abang nak bayar kalau abang takde duit.”

          “Abang asyik takde duit je. Mana pergi duit abang? Bawa teksi sampai malam tiap tiap hari tapi duit takde juga. Nak kata abang tanggung pembelajaan dalam rumah ni sepenuhnya, tak juga. Abang just beli barang barang dapur dengan bayar sewa rumah je, bil elektrik, bil air, dan belanja sekolah Iman semua guna duit saya. Jadi mestilah duit abang ada banyak. Ni asyik takde je. Saya pelik la dengan abang ni.”

          “Awak ingat saya bawa teksi tiap tiap malam tu saya sentiasa dapat pelanggan? Cuba la awak fikir logik sikit. Saya nampak je bawa teksi tiap tiap malam tapi duit saya takdelah banyak sebab pelanggan yang nak naik teksi tu pun bukan ramai. Lagipun macam macam saya kena bayar. Maintenance teksi la, permit teksi la. Awak ingat semua tu murah?” Suara Hamad agak keras ketika menuturkan kata kata itu kerana tidak puas hati dengan bebelan isterinya. Dia memandang wajah isterinya dengan perasaan tidak puas hati.

          “Mmm...itu je la alasan awak kalau saya tanya mana duit awak. Dah bosan saya mendengarnya.” Farah buat muka menjengkelkan. Kemudian dia menatap semula telefon pintarnya sambil membelakangi Hamad. Keadaan menjadi sepi beberapa ketika. Masing masing sedang malayani perasaan dan fikiran masing masing.

          “Abang, jangan lupa tau, Sabtu ni, anak kedua Kak Suraya, kawan saya kat pusat membeli belah tu kahwin. Saya nak pergi la. Tak pergi nanti merajuk dia nanti. Dah la masa anak sulung dia kahwin kita tak pergi. Nanti kita sama sama pergi ye.” Farah memusingkan badannya lalu meletakkan tangannya di dada Hamad yang tidak berbaju itu sambil menggosok gosok lembut untuk memujuk dan mencairkan hati lelaki itu.

          “Yalah, bagus juga la kita pergi majlis tu. dapat makan free. Hehe.”

          “Kan? Jimat duit kita untuk makan tengah hari. Nanti kita bawa ibu dan ayah abang sekali.”

          “Kenapa nak bawa diaorang? Tinggal je la diaorang kat rumah. Menyusahkanlah bawa diaorang.” Hamad membantah cadangan isterinya.

          “Apa salahnya bawa diaorang? Kalau kita tak bawa diaorang, diaorang nak makan tengah hari apa nanti? Janganlah kejam sangat dengan ibu dan ayah awak tu kot ye pun awak tak suka diaorang. Tak baik tau buat mak bapak macam tu. Tak cium bau syurga nanti.” Farah memberi nasihat.

          “Yalah...yalah...kita bawa la diaorang.” Hamad mengalah walaupun hatinya berasa berat untuk membawa kedua dua mereka ke mana mana. Dia teringat lagi ketika dia masih berada di sekolah rendah, dia mengajak Fauziah dan Razali untuk menonton filem yang popular suatu ketika dahulu di sebuah panggung wayang yang terletak di bandar. Langsung dia dijerkah oleh Razali tanpa dia ketahui sebab musababnya.

          “Daipada kau tengok wayang, baca buku lagi bagus! Baca buku malas, tengok wayang nak. Asyik nak main je, lepas tu dapat markah rendah dalam kelas. Selalu sangat dapat nombor corot. Buat malu aku je hantar kau sekolah.”

          Itulah kata kata Razali yang sehingga sekarang dia tidak boleh terima. Dia sebenarnya tidak kisah jika Razali tidak mahu membawanya menonton wayang tetapi janganlah menjerkah dan mengungkit kelemahannya sebegitu. Baginya, Razali boleh sahaja menolak permintaannya dengan cara baik, tidak perlu marah marah sebegitu. Sejak dari itu, dia mula jauh hati dengan Razali. Dan sejak dari itu, dia tidak lagi meminta kepada Razali mahupun Fauziah untuk ke mana mana. Jika dia mahu pergi juga, dia akan pergi bersama kawan kawannya.

          Itulah punca punca dia tidak suka dan berdendam pada Fauziah dan Razali. Mereka terlalu garang terhadapnya. Mereka tidak pandai menghargainya sebagai seorang anak. Yang mereka tahu, menyuruhnya buat itu ini seperti membasuh pinggan dan menyidai pakaian di rumah tanpa mereka ketahui perasaan dan masalah yang dihadapi olehnya untuk menyudahkan segala suruhan itu.

          “Haaa....macam tu la....sayang abang.” Ucap Farah sambil menghadiahkan satu ciuman di pipi Hamad.

          “Betul awak nak pergi majlis kahwin kak Suraya tu?”Soal Hamad sambil menangkat keningnya sedikit. Satu senyuman nakal terpamer di bibirnya.

          “Mestilah. Awak nampak saya macam main main ke?” Farah menjadi bingung dengan soalan yang dikemukakan oleh Hamad.

          “Kalau awak nak pergi boleh, tapi dengan satu syarat.”

          “Syarat? Syarat apa pula? Aduhh.” Farah agak tidak gemar dengan syarat syarat yang diberi oleh Hamad. Syarat syarat itu pasti akan menyusahkan dirinya.

          “Pinjamkan saya duit RM500 esok. Saya nak bayar hutang abang Dollah tu.”

          “Pinjam duit? Saya mana ada duit bang...RM500 pula tu.” Farah memandang Hamad dengan pandangan tidak puas hati.

          “Takde duit tak payah pergi la majlis anak kak Suraya tu. Awak duduk rumah je.” Hamad memusingkan kepalanya dari menghadap wajah Farah untuk menunjukkan tanda protes. Dia memejamkan mata tanda pura pura tidur. Satu senyuman nakal terukir di bibirnya.

          “Yalah...yalah...esok saya bagi tapi RM300 je. Saya dah takde duit dah ni. Tu je simpanan yang saya ada.” Ujar Farah dengan nada tidak puas hati. Mahu sahaja diketuk kepada suaminya yang manja dan gemar mengugut itu.

          “Macam tu la isteri abang. Hehehe. Sayang Farah. Muahh!” Hamad mencium pipi isterinya tanda kegembiraan.

          “Huh, mengada!” Farah mengesat pipinya yang baru sahaja dicium oleh Hamad. Dia menjeling suaminya yang sedang memejamkan mata dan hanya berkain pelikat itu. Terbang lagi duit aku. Getus hati kecil Farah.   

......................................................................................................................

          Hamad memerhatikan pelajar pelajar yang keluar melalui pintu pagar Kolej Putri itu. Matanya meliar mencari kelibat seseorang. Dia memerhatikan jam yang sedia terpasang di dashbord teksinya. Jam sudah menunjukkan pada pukul dua petang namun kelibat orang yang ditunggu tunggu tidak juga muncul. Hamad mula berasa resah di dalam teksinya sendiri namun matanya tidak lepas lepas dari memandang pintu utama untuk masuk ke Kolej Putri yang ternganga luas itu.

          Tidak lama kemudian, kelibat orang yang dinanti muncul juga. Hamad tersenyum girang dari dalam teksinya. Gadis ayu yang ditunggunya sejak tadi berjalan ke arah teksinya. Sebuah senyuman paling manis dihadiahkan oleh gadis itu kepada Hamad. Hati Hamad mula berbunga riang apabila memandang gadis yang berusia 19 tahun itu masuk ke dalam teksinya.

          “Hai abang Hamad.” Sapa Maya sambil masuk ke dalam teksi Hamad dan duduk disebelahnya.

          “Hai Maya, dah habis kelas dah?” Soal Hamad dan mula menggerakkan teksinya untuk menuju ke satu destinasi yang hanya mereka berdua sahaja ketahui.

          “Dah. Penatnya hari ni tapi Maya happy sangat sebab dapat jumpa dan dapat bersama dengan abang Hamad hari ni.” Ujar Maya sambil tersenyum girang mempamerkan giginya yang putih dan lesung pipitnya yang menawan.

          “Jadi hari ni Maya takde masalah la ye nak layan abang?” Hamad menduga kekasih hatinya yang cun melecun dan salah seorang penuntut di Kolej Puteri itu.

          Of coarse la tak. Maya kan sayang abang. Apa sahaja milik Maya, milik abang juga. Hehehe.” Berbunga bunga hati Hamad mendengar tutur bicara Maya itu. Dia memerhatikan pelakuan Maya yang cantik dan girang itu. Ya, Maya memang cantik. Baginya Maya adalah seorang gadis yang sempurna. Dia bukan sahaja dapat menjadikan Maya sebagai teman wanitanya malah sebagai pemuas nafsu serakahnya yang tidak pernah puas itu.

          “Maya, abang nak tanya satu soalan boleh?” Hamad mula menggosok gosok peha Maya yang berada di sebelahnya. Mujur Maya memakai baju kurung dan bertudung pada hari itu. Jika tidak, sudah ‘dilapahnya’ Maya di dalam teksi itu juga. Maya memang gadis yang cantik dan kelihatan seksi walaupun bertudung dan memakai baju kurung.    

          “Tanyalah. Apa dia?” Maya memandang wajah Hamad yang sedang memandu itu. Dia menggenggam tangan kiri Hamad yang galak meraba pehanya itu.

          “Kenapa ea Maya sayang sangat dekat abang? Apa yang istimewanya abang ni di mata Maya?” Hamad menjeling manja Maya disebelahnya. Dia sengaja bertanya soalan itu kepada Maya untuk menguji gadis cantik tersebut.

          “Hmmm...entahlah! Hahaha.” Maya ketawa manja.

          “Eiii....nakalnya dia...” Hamad turut ketawa melihat telatah manja Maya sambil mencubit lembut pipi gadis itu.

          “Okay, sebenarnya kan, Maya suka abang sebab abang ni seksi.”

          “Seksi? Wow. Tak pernah orang cakap abang seksi. Hahaha. Orang selalu cakap abang ni botak ada la. Tang mana seksinya tu Maya? Nak kata abang badan sado, takde pula. Kurus je abang ni.” Hamad memegang semula tangan Maya yang lembut itu. Tumpuannya masih lagi kepada pemanduan walaupun sesekali matanya asyik tertancap pada  dada Maya.

          “Orang cakap abang botak? Hahaha. Jahatnya orang tu. Orang tu tak pernah tengok abang tak pakai baju dan bertuala je kot. Abang kalau half naked macam tu, that means tak pakai baju dan hanya bertuala je, abang memang seksi gila. Abang memang nampak yummy masa tu. Hihihi.” Maya tergedik manja.

          “Ohhh...jadi Maya suka la tengok abang tak pakai baju dan pakai tuala je?”

          “Suka. Suka sangat.” Maya mempamerkan senyuman menggoda.

          “Sabar ye Maya. Sampai je hotel tu nanti, Maya bukan hanya tengok abang pakai tuala je, tak pakai apa apa pun Maya boleh tengok. Hehehe.”

          “Maya tak sabar nak tunggu that moment. Hihi.” Maya terus menggoda Hamad dan teksi Hamad terus membelah jalan raya menuju ke destinasi yang menjadi tempat penzinaan mereka.     

......................................................................................................................
      
          Hamad tersandar kepenatan dalam kepuasan di kepala katil setelah puas ‘melanyak’ tubuh montok milik Maya itu. Dia tercungap cungap seketika seolah olah baru sahaja menamatkan larian 100 meter. Dia memerhatikan Maya yang terbaring di sebelahnya. Gadis itu turut berada dalam keadaan yang sama sepertinya. Peluh kepenatan umpama hujan telah membasahi tubuh mereka berdua. Sebuah senyuman paling bahagia Hamad hadiahkan buat Maya di sebelahnya.

          “Terima kasih sayang.” Ucap Hamad sambil mencium lembut dahi Maya.

          “Sama sama.” Maya membalas sambil tersenyum.

          Mata Hamad memerhatikan sekeliling bilik hotel bajet yang sering dikunjunginya. Inilah antara sebab duitnya hasil memandu teksi selalu habis. Saban minggu, di hotel itulah tempat yang dia selalu kunjungi untuk menghabiskan masa dengan Maya. Apabila setiap minggu menyewa bilik di hotel bajet yang agak tinggi bayarannya itu, memang duit dia akan cepat habis sekaligus tidak dapat membayar hutang piutangnya yang keliling pinggang itu.

          Tiba tiba matanya tertancap pada baju putih yang sering dipakainya ketika memandu teksi itu berselerakan di atas lantai. Begitu juga dengan seluar slack dan seluar dalamnya. Pakaian Maya dia tidak tahu ke mana Maya mencampakkannya kerana dia sendiri tidak sedar bila gadis itu membuka pakaiannya sendiri kerana terlalu ghairah bercium dengan Maya tadi.

          “Abang...” Panggil Maya dengan lembut sambil melentukkan kepalanya ke dada Hamad yang terdedah itu.

          “Kenapa sayang? Sayang abang ni nak apa?” Hamad membelai belai lembut rambut Maya yang hitam lebat itu.

          “Hari tu abang ada janji kan nak beli I phone untuk Maya? Bila abang nak belikan?” Maya bertanya dengan lembut. Hamad meneguk liur pahit tatkala mendengar soalan Maya itu. Mana pula aku nak cekau duit beli I phone ni? Adoiii. Bisik hati kecil Hamad.

          “Err...abang takde duit lagi la sayang. Takpe takpe. Nanti kalau abang dah ada duit nanti abang beli ye.” Hamad cuba memujuk. Dia menggosok gosok lengan Maya yang putih gebu dan terdedah itu.
          “Asyik takde duit je abang ni. Bila masanya abang ada duit?” Maya mula menarik wajah masamnya. Hamad mula tidak keruan apabila melihat keadaan muka Maya seperti itu. Mampus aku nak pujuk budak ni. Dia ni punya mengada ngada pun boleh tahan juga teruknya. Getus hati Hamad.

          “Abang minta maaf banyak banyak sayang. Abang betul betul takde duit ni. Kalau abang dah ada duit, abang janji abang akan terus belikan ye.” Hamad terus memujuk tanpa berputus asa namun Maya masih merajuk. Gadis itu menjauhkan diri daripada Hamad. Dia memandang ke tempat lain sambil menyilangkan tangan di dadanya. Wajahnya masih sama. Masam mencuka!

          “Okay okay. Sebagai ganti abang tak dapat nak beli I phone, abang bagi RM200 kat Maya dulu. Maya guna duit ni untuk shopping dan makan. Dah habis nanti minta kat abang lagi. Abang bagi.” Hamad mengeluarkan RM200 dari dompetnya dan menghulurkan kepada Maya. Duit tersebut adalah duit pemberian Shuib tempoh hari. Maya yang melihat RM200 yang terhidang di depan matanya dan mendengar pula perkataan ‘shopping’ daripada Hamad, terus tersenyum bahagia campur gembira.

          “Yeayy!!! Thank you abang. Sayang abang. Hihihi.” Ucap Maya kegembiraan sambil memeluk Hamad yang berada di sebelahnya dan Hamad membalas pelukan tersebut. Kopak duit aku kalau macam ni. Rungut Hamad tetapi hanya di dalam hati. Takpelah berhabis sikit, janji aku puas! Hehehe.” Hati Hamad berkata sambil melihat Maya yang terus mengira duit hasil pemberiannya dengan muka yang ceria.

          “Maya...” Hamad memanggil dengan lembut sambil menarik Maya dalam pelukkannya.

          “Ya sayang...” Norin menyahut sambil memandang tepat ke dalam anak mata Hamad.

          Second round jom?”

          “Jom!”     


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.