Sumber : Google |
Orang Melayu/Islam sekarang sedang
terhimpit dan tersepit di negaranya sendiri. Keadilan yang diharapkan sudah
hilang entah ke mana. Orang Melayu pada masa kini sudah hidup seperti zaman
penjajahan dahulu. Mereka sudah tidak bebas lagi seperti dahulu. Kebebasan yang
dicetuskan dari kemerdekaan yang digerakkan oleh Tunku Abdul Rahman sudah tidak
lagi bermakna pada masa sekarang apabila orang Melayu sudah tidak boleh lagi
bercakap tentang hak bangsanya walaupun hak itu terjamin dalam Perlembagaan
sejak negara ini mencapai kemerdekaan.
Apabila orang Melayu bercakap atau
mempertahankan hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan itu, mereka akan
dituduh rasis oleh chauvinist yang entah mengapa menunjukkan sikap
anti-Melayunya sejak akhir akhir ini. Namun, apabila mereka menghina bangsa
Melayu dan agama Islam, mereka tidak pula dituduh sebagai rasis!
Jika benarlah orang Melayu itu rasis,
mereka tidak akan membenarkan kerakyatan diberikan secara jus soli kepada
kaum Cina dan India sebelum Tanah Melayu merdeka dahulu. Jika benarlah orang
Melayu rasis, orang Melayu tidak akan benarkan kewujudan sekolah Cina dan
sekolah Tamil di negara ini. Jika benarlah orang Melayu rasis, orang Melayu tidak
akan membenarkan kaum kaum lain mengamalkan budaya dan amalan keagamaan serta
bertutur bahasa masing masing di negara ini.
Kita lihat seperti di Indonesia.
Sekolah Cina dan sekolah Tamil tidak dibenarkan diwujudkan di sana. Mereka juga
tidak bebas mengamalkan budaya, adat, dan amalan keagamaan kaum masing masing.
Nama Cina atau nama India pun kadangkala tidak dibenarkan untuk digunapakai.
Hanya adat, budaya, dan agama orang Indonesia sahaja di benarkan. Mengapa pula
kaum Cina di sana tidak menuduh orang Indonesia sebagai rasis?
Sama juga seperti di Singapura dan
Thailand. Tiada sekolah Cina atau sekolah Tamil berada di sana. Jika ada pun
bukan dibiayai oleh kerajaan sebaliknya dibiayai secara persendirian.
Masyarakat Cina di Thailand misalnya telah mengasimilasikan diri mereka dengan
penduduk asal rakyat Siam sehingga mereka boleh bertutur Bahasa Siam dan
mengamalkan adat Siam. Sebab itulah rakyat Thailand boleh menerima Thaksin
Shinawatra dan Yingluck Shinawatra sebagai Perdana Menteri Thailand walaupun
mereka berbangsa Cina.
Berbeza dengan chauvinis Cina di
negara ini, mereka bukan sahaja tidak mahu mengasimilasikan diri mereka dengan
orang Melayu tetapi juga mereka mempertikaikan hak hak istimewa yang diterima
oleh orang Melayu. Jika orang Melayu mengkritik mereka atau bercakap tentang
hak Melayu, orang Melayu akan dituduh rasis oleh mereka. Tetapi mereka yang
acapkali menghina bangsa Melayu dan agama Islam, tidak pula dipanggil rasis.
Mengapa perkara ini boleh berlaku?
Ini kerana orang Melayu sendiri telah berpecah belah kerana kuasa politik.
Orang Melayu terlalu tamakkan kuasa politik sehingga tega menggadaikan
bangsanya sendiri. Kita terlalu memberi muka kepada chauvinis untuk melakukan
apa sahaja kerana kita mahukan kuasa politik itu. Akibatnya, chauvinis bukan
sahaja tidak mahu bersyukur tetapi juga memijak kepala kita.
Apabila orang Melayu berpecah belah
kerana kuasa politik, suara majoriti orang Melayu akan hilang. Akibatnya, suara
majoriti itu sudah digantikan dengan suara minoriti kerana suara majoriti tadi
sudah berpecah menjadi suara suara yang kecil. Oleh sebab itulah, jelas
kelihatan orang Melayu semakin lemah dan semakin tertindas di buminya sendiri.
Apabila kita terlalu memberi muka
kepada chauvinis di samping kita sendiri berpecah belah, menyebabkan kita tidak
berupaya untuk menghalang mereka untuk terus menguasai negara ini dan
memperlecehkan agama serta bangsa kita. Oleh sebab itulah, penghinaan terhadap
bangsa Melayu dan agama Islam terus berlaku di laman laman sosial oleh puak
puak chauvinis ini.
Oleh kerana itulah Islam menyuruh
kita bersatu padu. Perpaduan sahaja yang akan menguatkan umat Islam tetapi itu
pasti tidak akan berlaku sekiranya orang Melayu taksub berpolitik sehingga
memecah-belahkan umat Islam sendiri.
Jujur saya akui, saya sendiri pun
khuatir semasa menulis entri ini. Mungkin selepas ini saya akan dituduh rasis
dan ditahan di bawah Akta Hasutan kerana menulis entri ini.
Kesimpulannya, mahukah umat Islam
mahu terus membiarkan agama dan bangsanya dihina oleh puak puak chauvinis ini?
Jika tidak mahu, marilah sama sama kita bersatu padu. Tanggalkan ‘serban’
politik masing masing dan marilah kita mengeratkan tali persaudaraan kita sesama
Islam demi mempertahankan agama Allah ini dari terus diperlekehkan oleh puak
puak chauvinis itu.
Betulke demikian yang berlaku di Indonesia?
BalasPadamYe, kita sebagai masyarakat Melayu ni semakin hari semakin 'dipijak2'.
Salah siapa? Sendiri mau pikir...