Rabu, 18 Februari 2015

RASIS, HAK DAN KEBEBASAN

Sumber : Google


Orang Melayu/Islam sekarang sedang terhimpit dan tersepit di negaranya sendiri. Keadilan yang diharapkan sudah hilang entah ke mana. Orang Melayu pada masa kini sudah hidup seperti zaman penjajahan dahulu. Mereka sudah tidak bebas lagi seperti dahulu. Kebebasan yang dicetuskan dari kemerdekaan yang digerakkan oleh Tunku Abdul Rahman sudah tidak lagi bermakna pada masa sekarang apabila orang Melayu sudah tidak boleh lagi bercakap tentang hak bangsanya walaupun hak itu terjamin dalam Perlembagaan sejak negara ini mencapai kemerdekaan.

Apabila orang Melayu bercakap atau mempertahankan hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan itu, mereka akan dituduh rasis oleh chauvinist yang entah mengapa menunjukkan sikap anti-Melayunya sejak akhir akhir ini. Namun, apabila mereka menghina bangsa Melayu dan agama Islam, mereka tidak pula dituduh sebagai rasis!

Jika benarlah orang Melayu itu rasis, mereka tidak akan membenarkan kerakyatan diberikan secara jus soli kepada kaum Cina dan India sebelum Tanah Melayu merdeka dahulu. Jika benarlah orang Melayu rasis, orang Melayu tidak akan benarkan kewujudan sekolah Cina dan sekolah Tamil di negara ini. Jika benarlah orang Melayu rasis, orang Melayu tidak akan membenarkan kaum kaum lain mengamalkan budaya dan amalan keagamaan serta bertutur bahasa masing masing di negara ini.


Kita lihat seperti di Indonesia. Sekolah Cina dan sekolah Tamil tidak dibenarkan diwujudkan di sana. Mereka juga tidak bebas mengamalkan budaya, adat, dan amalan keagamaan kaum masing masing. Nama Cina atau nama India pun kadangkala tidak dibenarkan untuk digunapakai. Hanya adat, budaya, dan agama orang Indonesia sahaja di benarkan. Mengapa pula kaum Cina di sana tidak menuduh orang Indonesia sebagai rasis?

Sama juga seperti di Singapura dan Thailand. Tiada sekolah Cina atau sekolah Tamil berada di sana. Jika ada pun bukan dibiayai oleh kerajaan sebaliknya dibiayai secara persendirian. Masyarakat Cina di Thailand misalnya telah mengasimilasikan diri mereka dengan penduduk asal rakyat Siam sehingga mereka boleh bertutur Bahasa Siam dan mengamalkan adat Siam. Sebab itulah rakyat Thailand boleh menerima Thaksin Shinawatra dan Yingluck Shinawatra sebagai Perdana Menteri Thailand walaupun mereka berbangsa Cina.

Berbeza dengan chauvinis Cina di negara ini, mereka bukan sahaja tidak mahu mengasimilasikan diri mereka dengan orang Melayu tetapi juga mereka mempertikaikan hak hak istimewa yang diterima oleh orang Melayu. Jika orang Melayu mengkritik mereka atau bercakap tentang hak Melayu, orang Melayu akan dituduh rasis oleh mereka. Tetapi mereka yang acapkali menghina bangsa Melayu dan agama Islam, tidak pula dipanggil rasis.    

Mengapa perkara ini boleh berlaku? Ini kerana orang Melayu sendiri telah berpecah belah kerana kuasa politik. Orang Melayu terlalu tamakkan kuasa politik sehingga tega menggadaikan bangsanya sendiri. Kita terlalu memberi muka kepada chauvinis untuk melakukan apa sahaja kerana kita mahukan kuasa politik itu. Akibatnya, chauvinis bukan sahaja tidak mahu bersyukur tetapi juga memijak kepala kita.

Apabila orang Melayu berpecah belah kerana kuasa politik, suara majoriti orang Melayu akan hilang. Akibatnya, suara majoriti itu sudah digantikan dengan suara minoriti kerana suara majoriti tadi sudah berpecah menjadi suara suara yang kecil. Oleh sebab itulah, jelas kelihatan orang Melayu semakin lemah dan semakin tertindas di buminya sendiri.

Apabila kita terlalu memberi muka kepada chauvinis di samping kita sendiri berpecah belah, menyebabkan kita tidak berupaya untuk menghalang mereka untuk terus menguasai negara ini dan memperlecehkan agama serta bangsa kita. Oleh sebab itulah, penghinaan terhadap bangsa Melayu dan agama Islam terus berlaku di laman laman sosial oleh puak puak chauvinis ini.

Oleh kerana itulah Islam menyuruh kita bersatu padu. Perpaduan sahaja yang akan menguatkan umat Islam tetapi itu pasti tidak akan berlaku sekiranya orang Melayu taksub berpolitik sehingga memecah-belahkan umat Islam sendiri.

Jujur saya akui, saya sendiri pun khuatir semasa menulis entri ini. Mungkin selepas ini saya akan dituduh rasis dan ditahan di bawah Akta Hasutan kerana menulis entri ini.


Kesimpulannya, mahukah umat Islam mahu terus membiarkan agama dan bangsanya dihina oleh puak puak chauvinis ini? Jika tidak mahu, marilah sama sama kita bersatu padu. Tanggalkan ‘serban’ politik masing masing dan marilah kita mengeratkan tali persaudaraan kita sesama Islam demi mempertahankan agama Allah ini dari terus diperlekehkan oleh puak puak chauvinis itu. 

1 ulasan:

  1. Betulke demikian yang berlaku di Indonesia?
    Ye, kita sebagai masyarakat Melayu ni semakin hari semakin 'dipijak2'.
    Salah siapa? Sendiri mau pikir...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.