Khamis, 12 Februari 2015

PENGACARA MENGARUT

Sumber : Google


Pengacara yang mengarut,
Lawak lawakmu sungguh karut,
Disulami dengan nada mencarut,
Sejak dirimu mendapat Datuk,
Sikapmu bertukar menjadi buruk.

Dirimu sudah mula berubah,
Dari rambut sampai ke jubah,
Cakapmu juga berubah rubah,
Kutuk mengutuk biasa sudah,
Hina menghina bukanlah payah,
Itulah dirimu yang kian punah.


Segeralah sedar wahai pengacara,
Jangan sampai kau hilang kerja,
Dibenci oleh rakyat jelata,
Melihat dirimu yang suka mengata,
Tanpa mengira orang dan jiwa.

Jangan sesekali kau lupa,
Apa jadi pada seniormu,
Akibat berlagak seperti hantu,
Dirinya sudah menjadi kutu,
Dibenci orang sampai tak mahu,
Tiada kerja menggediklah selalu,
Populariti hilang tanpa menunggu.

3 ulasan:

  1. Tajam kiasannya MNH, siapa gerangan agaknya..

    BalasPadam
  2. hmmm...mcm leh teka jer sape...hehehehhe

    BalasPadam
  3. bukan senang jadi pengacara..bila berkata2, biarlah dengan ilmu. jangan melulu, kan?

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.