Ketika saya menjadi Pengerusi Majlis di Seminar Perniagaan Islam KPTM Bangi |
Perempuan mana yang tidak suka akan
lelaki yang kacak? Mesti kaum wanita berasa bangga dan bahagia jika mempunyai
suami atau teman lelaki yang kacak seperti Charyl Chappuis. Lee Min Ho, Taufik
Batisah, atau Taylor Lautner. Lebih membahagiakan apabila teman lelaki atau
suami anda itu bukan sahaja kacak malah penyayang, beriman, bertanggungjawab
dan lengkap serba serbi atau dalam bahasa sekarang dipanggil Suamiku Encik
Perfect 10!
Namun begitu, bagaimana pula jika
lelaki kacak itu tadi lembut macam perempuan? Apakah pendapat anda dalam hal
ini? Di dalam entri ini saya ingin berterus terang tentang diri saya supaya
anda tidaklah terlalu terkejut apabila melihat saya di luar dari dunia blog
ini. Saya sebenarnya adalah seorang lelaki yang lembut tetapi tidak kacak! Jika
dibuat perbandingan, sifat lembut saya ini sama seperti Datuk Redzuan Ismail
atau Chef Wan tetapi jauh sekali dari personaliti Azwan Ali!
Saya memang sama macam lelaki biasa
di luar sana cuma perwatakkan saya memang lembut sehingga bernanah telinga
apabila orang memanggil saya sebagai ‘pondan’ dan ‘bapok’ ketika zaman sekolah
dahulu. Cuma ‘arbok’ sahaja yang belum lagi saya terima. Saya juga lelaki yang
agak manja, tidak suka melakukan kerja kerja berat, kaki bangku dalam permainan
bola sepak, tidak minat menonton perlawanan bola kecuali jika pasukan Malaysia
bermain dengan negara lain, tidak suka aktiviti lasak, tidak bersenam di
gimnasium dan tidak banyak yang saya boleh buat seperti mana yang lelaki lain
mampu buat.
Saya juga tidak pandai untuk
‘mengurat’ perempuan tetapi memang ramai dan suka berkawan dengan perempuan.
Saya tidak tahu apakah persepsi anda tentang saya dalam hal ini tetapi saya
masih lagi macam lelaki biasa. Saya masih lagi berpakaian lelaki, ‘malas’ macam
lelaki, berambut gaya lelaki (dikatakan kuno), tidak pernah memakai alat solek
dan tidak pernah mencuba memakai pakaian perempuan. Cuma gaya dan personaliti
saya sahaja yang mirip perempuan.
Saya juga tidak pernah bernafsu
dengan lelaki dan tidak pernah pula jatuh cinta dengan lelaki. Biasa jatuh
cinta dengan perempuan tetapi tidak pernah menjadi kekasih. Sekadar suka dari
jauh sahaja. Saya tidak punya keberanian untuk ‘mengurat’ mana mana perempuan.
Demi Allah! Saya tidak pernah
menyalahkan Allah di atas personaliti saya ini. Saya juga tidak mengangap
perkara ini sebagai takdir tetapi lebih kepada pemberian Allah kepada diri
saya. Saya yakin banyak hikmah yang baik dengan personaliti saya sekarang cuma
mungkin ada sesetengah orang mencemuhnya. Saya tidak terlalu mengambil cakna
akan cemuhan orang di atas kelembutan saya ini.
Saya menjadi lembut sejak kecil dan
bukan sengaja dibuat buat. Kelembutan ini datang secara semulajadi dalam diri
saya dan saya menyedarinya sejak saya darjah satu. Saya menjadi lembut mungkin
kerana saya terlalu dimanjakan oleh nenek dan ibu saya. Saya tidak dibenarkan
bermain bersama kawan kawan semasa kecil dahulu kerana nenek saya tidak suka
saya bergaul dengan budak budak nakal. Bayangkan, saya mula belajar membasuh
kasut sekolah dan baju sekolah sendiri ketika saya di tingkatan dua! Begitu
juga dengan menggosok baju. Sebelum itu, semuanya dilakukan oleh nenek saya.
Saya tidak menyalahkan mereka atas
sikap mereka itu. Saya percaya kelembutan saya ini datang dengan sendirinya dan
mungkin ia satu ‘anugerah’ Allah kepada saya. Saya yakin Allah itu Maha
Penyayang dan dia tahu kebaikkan untuk setiap hambaNya.
Berbalik kepada topik di atas, lelaki
kacak tetapi lembut itu juga sama macam lelaki lain cuma sifat lembut itu
sahaja yang membezakan mereka. Tetapi saya yakin adalah amat janggal lelaki
kacak bersifat lembut namun kita tidak boleh mencemuh dan menolak mereka begitu
sahaja. Mereka juga manusia biasa, suka disayangi dan punya hati serta
perasaan.
Saya ambil contoh Datuk Aliff Shukri,
pengasas produk D’ Herbs terlajak laris. Dia juga seorang lelaki lembut tetapi
sudah berkahwin, mempunyai beberapa orang anak dan seorang usahawan yang
berjaya. Maknanya, bukan semua lelaki lembut itu pondan. Dan bukan semua lelaki
lembut itu gay!
Amatlah malang jika seorang lelaki
lembut ditambah pula mempunyai wajah yang kacak tetapi gay! Menjadi lembut
bukan satu tiket untuk kita melanggar hukum Allah dengan menjadi homoseksual.
Lelaki lembut tetap lelaki cuma personaliti mereka sahaja yang seperti
perempuan. Sampai akhirat pun mereka tetap lelaki namun persepsi lelaki lembut
itu pondan dan gay sukar dikikis dari minda masyarakat kita.
Kesimpulannya, janganlah terlalu
jumud dengan mengatakan semua lelaki lembut itu pondan dan gay. Ada juga di
antara mereka yang normal cuma personaliti mereka sahaja yang berbeza. Namun
begitu, mereka tidak boleh menolak persepsi masyarakat menjadi begitu terhadap
mereka kerana kesilapan yang dibuat oleh segelintir daripada mereka sendiri.
Lelaki kacak juga punya perasaan, punya hati, punya cinta, ingin disayangi dan
ingin dicintai. Dan kalau anda jumpa saya di luar nanti, jangan terkejut ye
melihat personaliti saya. Hahahaha…
SP dulu masa sekolah ada rakan sekelas dan mmg lelaki lembut. SP tiada masalah dgn lelaki sebegini kecuali dia bersolek! Cuma sejujurnya, perkara pertama dln fikiran seorang llki bila bertemu insan lembut ialah, adakah dia gay? Yang 'menakutkan' ialah lelaki gay bukan lelaki lembut. Dan penjelasan MNH ttg keadaan diri sendiri sgtlah tepat dan sepatutnya begitu...:)
BalasPadamramai suami2 orang..datuk2 org.. lelaki2 macho gay. Fact. Hihihihi...
BalasPadamHaha.. sabar jak bro.. memang itulah stigma dan diskriminasi orang macam ni.. aku pun banyak kawan yang normal, cuma lemah lembut orangnya.. bukan satu jenyah, tp pemikiran macam tu terkadang susah dibuang dalam masyarakat kita ni.. huhu
BalasPadamEhh..Ajik belum kawen lagi ye?
BalasPadamSaya ingatkan sudah..maafkan saya macamana pulak boleh silap ni.
Arbok tu saya pernah dengar tapi xtau maksud.
Bagi saya, kalau Ajik lembut tapi tak buat perkara haram, cth gay dll macam mention kat atas..tak ada apa yang perlu dipersoalkan.
Secara jujurnya, saya kalau nampak lelaki lembut memang saya akan rasa terkesan juga dek kelainan sifatnya. Staff kat klinik saya pun ada macam tu.
Tapi, saya ni jenis kamceng ngan sesiapa tak kira encik sotong ke ape.. Tapi, mencemuh tu jauh sekali.
Cuma satu je yang saya harap Ajik jangan buat - 'malas' macam lelaki lain.
BalasPadamJadilah macam blogger seperti Bro JR, Arz Moha, Cikgu Etuza yang mana saya nampak dorang ni family type - suka bantu isteri & bergaul mesra dengan anak-anak.
IbuNoey dari kecil lagi dah boleh bezakan antara lelaki lembut dan pondan.sebenarnya lelaki lembut ni boleh dipanggil gentleman.cuma kadang mentaliti orang ni yang tak berapa nak faham perbezaan antara keduanya.
BalasPadambagusnya entry ini. sangat ikhlas.. :")
BalasPadamok saja dilahirkan lembut asalkan kita x buat benda2 yang salah. kan?
yang penting tau mana yang halal mana yang haram...lembut ke keras...xbermakna apa2 kalau tak tau membezakan halal haram...hihihih
BalasPadamSy ade minat dan suke pd rakan sekerja sy dan die sorg lelaki lembut....sy suke dgt gaya die yg sopan...berckp pon xkasar....scre xsgje sy suke die....tp kekdg terpikir die xkn mungkin suke pd sy...sbb sy ni janda ank 1.dan mungkin die seorg yg hanya suke berkawan.....
BalasPadamKah3 situasi ko sama mcm ak.. lembut personaliti.. tp masih ramai yg minat keh3.. tp ramai org gelar ak pondan n bapok kalau depan org tu malu gilee..
BalasPadamSetiap kejadian Allah tu ada kebaikannya...jangan rasa rendah diri x konfiden dgn perempuan jika saudara berkenan..setiap makhluk tu Allah jadikan berpasangan...ada sebenarnya wanita yang selesa tertarik kpd lelaki lembut...saya salah seorang drpdnya..1st love of my life saya seorang lelaki lembut...mgkin tiada jodoh kami berpisah..sehingga kini saya masih single..sbb susah btl nak tertarik selesa dgn lelaki yg konon2 sasa tegap kat luar sana tu..sukar nak lupa betapa manis manja romantiknya my 1st soft cuddly lover...
BalasPadamSaya pun lelaki lembut, syukur semua pekerjaan rumah dan luar rumah sy pandai buat. High clss kan?? apa kerja dlm rumah tinggl sebut jak sybtahu buat. Lelaki yg tulen kunun, mampu ka buat mcm kmi orng. Fyi, sy ramai peminat perempuan walaupun sy berperwtkn lembut. Bukn mcm lelaki yg belagak hensem or masculin tp ttp ramaI juga gay. Siap offer tidur sama bodohh!!...siapa yg sesat skrg.
BalasPadamSaya pun lelaki lembut juga, guess wht sy tahu buat semua benda dri kerja dlm rumh smpaila kerja luar. Biarla orng mengata sy mcm apa, sy hidup berdikari sejak kecil lagi dri tahun 1. Haa tepuk.. sy jumpa ramai lelaki yg kononya lelaki tulen la, lelaki masa depan la..lantakla ko gelar ko superman pun I dont care, tp tak pandai kerja dlm rumh. Ko boleh bykn bini dia nnt buat kerja mcm mau mampus kat rumh haaa tepuk.. sy tak gay k. Sy dulu suka perempuan confess bagai, hahaha kena reject juga. Kesian. Takpa janji kita cuba tak salah. Fyi, sy byk peminat perempuan suka dgn sy k. Enthla, sbb ada sifat kewanitaan tu kut.
BalasPadamPersepsi org lain2... Mcm kecantikan jugak subjektif... Mcm kes sy lain pulak... Sy berusia 25 thn... So normal la family desak suh Kawen... Nk kata memilih tu tidak... Tp sy hanya berminat Dgn lelaki lembut... Chef wan tu crush sy tau... byk yg nk berkenalan... Smpi org hntr rombongan meminang pun byk... Dr engineer, doctor smpi ke kerja sendiri pun ada... Chef je xde lg... Sob2x... Sy bkn x mencuba... Jodohkan perlu diusahakan... Tp nk buat mcm mne... Dh taste sy lelaki lembut... Doakan la sy jumpa lelaki mcm chef wan... ��
BalasPadam