Sumber : Google |
Baru baru ini wujud pertikaian
tentang amalan tahlil yang mahu dilakukan selepas kematian seseorang Muslim itu
sama ada mengikut Sunnah atau pun tidak. Pelbagai pendapat yang dikemukakan
oleh ramai agamawan di dalam hal ini dan sebagai blogger inginlah saya memberi
pandangan terhadap isu yang tidak berapa panas itu tetapi memberi kesan yang
besar kepada masyarakat. Saya bukanlah seorang ustaz, mufti, ulamak, mursyidul
am, atau agamawan tetapi saya mempunyai sedikit pengetahuan berkenaan hal itu.
Saya akui memang Rasulullah tidak
pernah melakukan tahlil. Ya, saya juga mengakui bahawa tahlil itu tidak ada
dalam Sunnah Rasulullah s.a.w. Sebab itu golongan yang berfahaman mazhab Wahabi
cenderung untuk mengatakan bahawa tahlil itu adalah bidaah hasanah! Bukan
sahaja tahlil, begitu juga dengan membaca Yaasiin malam Jumaat, menyambut
sambutan Maulidur Rasul dan banyak lagi. Tidak perlulah saya menyenaraikan satu
persatu di dalam entri yang serba terhad ini.
Dalam hal ini, kita perlu kembali
kepada sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Dahulu orang Melayu bukan
beragama Islam. Orang Melayu dahulu menganut agama Hindu/Buddha. Apabila
pendakwah pendakwah Islam datang ke Tanah Melayu dan berdakwah kepada Sultan
dan penduduk Tanah Melayu, barulah orang Melayu memeluk agama Islam.
Pendakwah pendakwah Islam yang datang
berdakwah ke Tanah Melayu suatu waktu dulu adalah pendakwah yang berhikmah,
bijak dan amat memahami budaya serta sikap orang Melayu. Cara dan pendekatan
dakwah mereka juga adalah mengikut budaya dan sikap orang Melayu itu sendiri.
Dahulu orang Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan. Apabila pulang ke
rumah, mereka menjadi penat. Oleh itu, ibadah yang mereka lakukan hanyalah
solat lima waktu sehari semalam sahaja. Mereka langsung tidak mahu membaca Al
Quran kerana faktor kemalasan dan kepenatan itu.
Bagi menggalakkan orang Melayu
membaca Al Quran, pendakwah pendakwah Islam ini mengajar orang Melayu membaca
Yaasiin pada setiap Khamis malam Jumaat. Pendakwah pendakwah Islam juga menganjurkan
majlis tahlil bagi menggalakkan orang Melayu membaca Yaasiin. Mengapa mesti
surah Yaasiin dan bukan surah surah lain? Ini kerana surah Yaasiin itu adalah
hati Al Quran dan surah itu juga mempunyai banyak fadhilatnya yang tersendiri.
Memanglah Yaasiin itu bukan Al Quran
tetapi sekurang kurangnya ada juga ayat ayat suci Al Quran dibaca oleh orang
Melayu. Daripada orang Melayu langsung tidak mahu membaca Al Quran, adalah
lebih baik mereka membaca Yaasiin yang merupakan sebahagian daripada Al Quran.
Ajaran pendakwah pendakwah Islam itu sudah menjadi satu adat dan budaya lalu
diikuti secara turun temurun sehinggalah ke generasi hari ini.
Janganlah kita mudah menghukum
sesuatu perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah itu sebagai bidaah
hasanah, sesat atau haram! Melakukan tahlil itu bukan perkara yang mensyirikkan
Allah atau melakukan dosa dosa besar. Kita hanya membaca Yaasiin dan berdoa
untuk orang yang telah meninggal dunia moga moga rohnya mendapat kebaikkan
berkat surah Yaasin dan doa yang dibaca tadi. Pada saya tidak ada salahnya
untuk melakukan tahlil itu. Melakukan tahlil pun tidak bercanggah dengan mana
mana hukum Islam.
Jika kita mahu menghukum semua
perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah itu sebagai sesat, bidaah hasanah
ataupun haram, mengapa kita tidak menghukum orang yang memakai kot itu sebagai haram,
sesat dan bidaah hasanah? Rasulullah sendiri tidak pernah memakai kot. Baginda
hanya memakai jubah sahaja dan adakah memakai kot itu haram, bidaah hasanah dan
sesat?
Itulah masyarakat kita. Gemar
menjatuhkan hukum tanpa usul periksa dan memahami sikap orang Melayu serta
membuat kajian yang mendalam terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Kita hanya
pandai menghukum tetapi tidak memahami hukum tersebut dijatuhkan atas dasar
apa.
Saya tidak berniat untuk melawan mana
mana ulamak, mufti, ustaz, mursyidul am atau agamawan tetapi saya ingin
melontarkan pendapat saya berdasarkan ilmu saya yang cetek ini. Inilah apa yang
saya belajar dan apa yang saya tahu. Terpulanglah kepada diri masing masing
untuk mengikut yang mana satu.
Kesimpulannya, saya tidak pernah
mengatakan bahawa wajib mengikuti apa yang saya lontarkan ini. Saya cuma
memberi pandangan alternatif berdasarkan sesuatu isu yang berlaku. Terpulanglah
kepada anda sama ada mahu melakukan majlis tahlil itu ataupun tidak. Apa apa
pun bergantung kepada niat. Jika niat kita baik, Insha Allah…semua akan menjadi
baik.
saya setuju... jangan mudah menghukum haram... lebih baik menumpukan perhatian pada kerja2 dakwah yang sangat tumpul di Malaysia yg menyebabkan Islam semakin dipijak2...
BalasPadambuat la perkara yg baik2 saja asalkan tidak melanggarkan syariat islam...
BalasPadamBoleh diterima pakai pendapat ni.kita berbuat kebaikan,bukan kejahatan.orang sekarang memang cepat benar nak jatuhkan hukum haram.
BalasPadamMasalahnya masyarakat kita ni kebanyakannya merupakan ustaz ustazah segera yang tiba-tiba berilmu tinggi di laman sosial. Mereka sesuka hati meletakkan hukum mengikut pendapat masing-masing. Mereka mahu menayang siapa yang salah semata-mata menurut amalan yang sempit dalam lingkungan sendiri..
BalasPadam