Sabtu, 7 Februari 2015

LIEBSTER AWARD OLEH BLOG PARIHH

liebster award


Semalam masa blogwalking, jumpalah dengan Blog Parihh. Terpandang Liebster Award yang berjaya dia siapkan. Maka, saya pun bacalah Liebster Award tu. Saya suka baca entri Liebster Award ni. Kita boleh kenal diri seseorang berdasarkan soalan soalan yang dikemukakan. Saya pun baca sampai habis dan di akhir entri tu Parihh tag blog saya untuk Liebster Award tu sekaligus menjawab soalan soalan yang dia bagi. Jom tengok apa soalan Parihh bagi dan apa jawapan saya. hehehe


1. Apa pendapat ikhlas mengenai blog Parihh

Simple, kemas, dan ada nilai nilai innovasi, kreatif dan berteknologi tinggi kat situ.

2. Agak2 apa perasaan hidup tak ada phone?

Boleh gila kot. Hahahaha. Sumpah bosan kalau tak ada phone. Phone bagi saya bukan sekadar nak berhubung dengan orang lain. Tapi juga sebagai penghibur di kala bosan gila tu. huhu

3. Blog mana yang selalu anda pergi?

Blog yang selalu singgah dan komen kat blog saya. Tapi kadang kadang saya selalu juga singgah blog politik nak tahu pandangan diaorang pasal sesuatu isu. Dari situ saya boleh dapat idea untuk menulis.


4. Ada prinsip ke dalam hidup?

Ada banyak tapi dah lupa. Kahkahkah. Okeylah...saya bagi apa yang saya ingat. Pertama, kalau orang buat baik dengan kita, kita mesti buat baik dengan orang. Kedua, kena jujur dalam menulis blog dan dalam kehidupan kita seharian. 

5. Selalu bila rasa kesepian apa yang anda buat? 

Tidur, menulis blog, tengok televisyen, dan membaca.

6. Target nak capai dalam blogging? 

Jadi blogger yang terkenal dan boleh jadi pengedar Shaklee berjaya dengan berniaga melalui blog. hehe

7. Anda ni orang yang jenis macam mana? 

Simple, tak peramah dengan orang yang kenal, mudah terasa hati, pendendam, jiwa lembut. Kuikuikui.

8. Agak2 apa pendapat tentang Ahmad Faris Bin Ahmad Fadzil?

Simple, trendy, berwajah manis, mahir teknologi. 

9. Lelaki/perempuan yang macam mana anda nak jadikan pasangan?

Beriman, lemah lembut, pandai masak, hormat saya dan ibu bapa saya, menerima diri saya seadanya, serta sanggup susah dan senang bersama. 

10. Makan sayur ke tak? Kalau tak kita geng.

Makan sayur tapi bukan semua jenis sayur. Ada sayur yang saya tak makan. 

Selesai sudah menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh Parihh. Saya mohon maaf sebab saya tak tag sesiapa dan tak siapkan soalan apa apa. Bukan sombong tapi malas! kahkahkah.

Selamat berhujung minggu

10 ulasan:

  1. Baca dari atas memang best... sekali sampai kat bawah tu blh plak tersenyum kejap.. ahahaa boleh plak malas ye (=
    Apapun Liebster ni banyak kebaikannya kan..

    BalasPadam
  2. selalu juga akak ke blog Parihh tu ... heheheh

    BalasPadam
  3. hahahhahahah aduhhh soalan last part sayur ni.... kalau dang ko akak la buat resepi orang yg tak mkn sayur makan nanti...

    BalasPadam
  4. Saya harap impian Ajik untuk jadi blogger terkenal tu tercapai. Juga menjadi pengedar Shaklee yang berjaya.

    BalasPadam
  5. Betul, nak jadi blogger kena jujur.
    Tulis apa yang datang ikhlas dari hati.

    BalasPadam
  6. Semoga pasangan mempunyai ciri2 yang dicari.
    Insyaallah..

    BalasPadam
  7. Zumal dah rindu dengan Liebster Award nie, lama tak kena tag... Hehe ^-^

    BalasPadam
  8. no.10 tu sama ngn sy....xsemua sayur sy makan....heheheheeh

    BalasPadam
  9. hehee . terima kasih sudi menjawab mnh . semoga tercapai impian :)

    BalasPadam
  10. Salam kenal.
    Singgah.. sini Mrs. A pun baru jer..jawab

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.