Isnin, 2 Februari 2015

JANGAN WUJUDKAN APA YANG TIDAK WUJUD!

Jangan sesekali merosakkan keharmonian kaum di Malaysia


Di era kini, perkara yang tidak wujud sengaja mahu diwujudkan supaya masyarakat menjadi keliru dan berpecah belah. Sesetengah pihak suka menimbulkan sesuatu isu yang sepatutnya tidak perlu timbul semata mata mahu mendapat publisiti murahan lalu menyebabkan masyarakat menjadi kucar kacir. Masyarakat yang menyokong dan masyarakat yang menentang terus berbalah semata mata mahu menegakkan benang yang basah di atas isu karut marut yang kita sengaja timbulkan.

Sebagai contoh, negara kita tidak pernah mengadakan pilihanraya di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi kemudian timbul satu pihak yang mahu pilihanraya di peringkat tersebut diadakan. Oleh itu, perkara yang tidak sepatutnya berlaku, pihak tersebut inginkannya berlaku semata mata mahu menjadi juara di mata rakyat.

Tidak salah untuk mewujudkan perkara yang tidak wujud tetapi perkara yang mahu diwujudkan itu mestilah membawa faedah dan kebaikkan kepada anggota masyarakat secara keseluruhannya. Tetapi jika perkara tersebut tidak mendatangkan faedah sebaliknya akan membawa seribu satu keburukkan, mengapa mesti kita wujudkan?


Sebagai contoh dalam isu mahu mengadakan pilihanraya di peringkat PBT tadi. Bukankah perkara tersebut boleh menyebabkan berlakunya polarisasi kaum? Mengapa kita mahu wujudkannya juga? Kita suka mencipta sesuatu perkara yang karut marut tetapi perkara tersebut langsung tidak mendatangkan banyak faedah sebaliknya seribu malapetakan boleh berlaku.

Lebih menjijikkan, ada pula anggota anggota masyarakat yang menyokong perkara tersebut dilaksanakan. Jika pilihanraya di peringkat PBT dilaksanakan, hanya akan memberi keuntungan disebelah pihak sahaja tetapi pihak yang satu lagi akan terus rugi. Bukankah itu boleh mengundang bencana kepada keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Inilah sikap segelintir daripada kita. Kita sakit hati melihat masyarakat di negara ini hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Kita sengaja mencipta sesuatu perkara yang karut marut supaya masyarakat berbalah dan berpecah belah. Kita dengki melihat masyarakat di negara ini hidup dalam keadaan aman dan bahagia.

Kesimpulannya, sebagai seorang blogger, saya memohon kepada semua anggota masyarakat supaya jangan mewujudkan perkara yang tidak wujud sedangkan perkara itu tidak mendatangkan kebaikkan pun kepada masyarakat secara keseluruhannya. Adalah lebih baik kita mencari idea yang boleh mendatangkan faedah kepada agama, bangsa dan tanah air secara keseluruhannya.   


5 ulasan:

  1. Saya kira hal ini sudah termasuk dalam bab politik... lebih daripada isu kemasyarakatan... juara politik akan memanaskan perkara ni sampai lah terjadi pecah belah antara rakyat... berhati2 lah...

    BalasPadam
  2. Betul tu bro!!!
    ...good information!!.. btw visit my blog on shukranzahari.blogspot.com

    BalasPadam
  3. rasanya tak ada apa pun, cuma ada sesetengah pihak yg suka provokasi.. jadinya benda tak ada apa jadi masalah besar...

    BalasPadam
  4. ada sesetengah pihak yg cuba amik kesempatan dalam situasi begini...lebih kepada perjuangan peribadi

    BalasPadam
  5. Kadang2 benda yang tak ada tu diada2kan ... Sesetengah pihak yang suka ambik kesempatan mmg suka bila buat benda2 takde faedah macam ni...Sekali terfikir fikir jugaklahh diaorg ni byk sangat masa hinggakan benda yang tak wujud pon blh diwujudkan..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.