Sumber : Google |
Cakap cakap politik mengatakan, ada
pihak pihak tertentu yang mahukan DAP meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan
bersama dengan keluarga besar Barisan Nasional (BN). Setakat mana dakwaan itu
benar tidak dapat saya pastikan. Dakwa cakap cakap politik itu, ini berikutan
kegagalan UMNO mengajak PAS masuk ke dalam BN.
Menurut Tokoh Pendidikan, Tan Sri
Nordin Kardi di dalam kolumnya di Utusan Malaysia, perjuangan DAP yang mahu
mewujudkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ jika berjaya memerintah Malaysia kelak
adalah sama dengan konsep 1Malaysia yang diuarkan-uarkan oleh Datuk Seri Najib
Tun Razak.
Saya tidak tahu setakat mana bagusnya
cadangan itu namun pada saya cadangan itu agak dangkal bunyinya. Ini kerana
pasti akan berlaku pertelingkahan dalam keluarga besar BN terutama dalam
kalangan MCA dan GERAKAN dengan DAP dari segi jawatan dalam kabinet dan dalam
pembahagian kerusi pilihan raya.
Jujur saya katakan bahawa cadangan
itu bukan cadangan yang baik. Jangan ingat DAP boleh dijinakkan jika mereka
menyertai BN. Mungkin sifat chauvinis mereka akan bertambah hebat jika mereka
bersama BN. Kalau MCA sendiri pun sudah tinggi semangat chauvinisnya di dalam
BN, adakah apabila DAP masuk BN, semangat chauvinisnya boleh pudar?
Pada saya, perjuangan DAP langsung tidak
sama dengan BN. Seteruk teruk BN, mereka masih menjunjung Perlembagaan negara
namun DAP tidak begitu. Jika mereka menjunjung Perlembagaan negara, masakan
mereka boleh menolak Hukum Hudud dilaksanakan. Hukum Hudud itu satu hukum dalam
agama Islam dan kebetulan Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. Jadi, wajarlah Hukum Hudud mahu dilaksanakan di Kelantan.
Jelas, perjuangan DAP bercanggah
dengan Perlembagaan negara. DAP juga tidak suka akan kuota Bumiputera terutama
Melayu yang diberi untuk masuk ke dalam UiTM. Pada mereka, kuota untuk orang
Melayu masuk ke dalam UiTM perlu dihapuskan seperti mana disuarakan oleh
Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofea sewaktu PRK Parlimen Teluk
Intan dahulu.
Perlu diingatkan bahawa kedudukan dan
hak istimewa orang Melayu dijamin oleh Perlembagaan. Oleh itu, wajarlah orang
Melayu diberi kuota lebih untuk masuk ke universiti awam memandangkan orang
Melayu bukan semuanya mampu untuk bersaing dengan pelajar pelajar Cina yang
pandai pandai itu! Jika kuota itu pun
mereka mahu hapuskan, tidak mustahil hak istimewa orang Melayu yang dijamin
oleh Perlembagaan itu boleh mereka hapuskan jika mereka memerintah nanti.
Tambahan pula, orang Melayu sekalipun
tidak pernah meminta atau mempertikaikan kewujudan SJKC dan SJKT di Malaysia
walaupun perkara itu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, ura ura untuk mengajak DAP
masuk ke dalam BN perlu dilupakan dengan segera. Apa yang perlu BN lakukan
terutama UMNO adalah menyatu-padukan semua orang Islam agar umat Islam dan
agama Islam kekal terpeliharan sampai bila bila.
Akhir kata, marilah sama sama kita
berdoa akan umat Islam dan agama Islam itu sendiri akan kekal terjaga hingga ke
akhir waktu.
UMNO bukannya terlalu lemah sehingga perlu bergabung dengan DAP. Apa yg perlu hanya muhasabah dlm pasukan dan menyingkir pemimpin yg lemah dan malas membuat kerja.
BalasPadamBagi zumal DAP tak diperlukan dalam BN...
BalasPadamkalau dah tidak sehaluan...biar laa belayar ikut layar masing2...dalam 1 kapal xleh ada 2 kapten....takut kapal tenggelam
BalasPadamjangan lupa kisah lama apabila PAP nak memasuki pilihanraya malaysia semasa singapore berada dalam malaysia lagi... dan jangan lupa akan agenda lee kuan yew utnuk menjadikan Malaysian Malay...
BalasPadam