Sumber : Google |
Jika ditanya kepada anda, anda mahu
menjadi blogger yang bagaimana? Blogger jujur atau blogger berani mati (kontroversi)?
Apakah jawapan yang akan anda beri? Menjadi jujur atau berani mati ini berbeza
sebenarnya dalam pegangan hidup seorang blogger. Kedua duanya mempunyai
kelebihan dan kedua duanya perlu menanggung risiko. Cuma risiko itu sama ada
berat atau ringan sahaja.
Menjadi blogger yang berani mati
dalam memperkatakan dan membongkar sesuatu isu mungkin akan lebih dikenali oleh
masyarakat. Ini telah terbukti apabila Raja Petra Kamaruddin, penulis blog
Malaysia Today mengambil pendekatan itu. Menjadi blogger yang berani mati juga
menyebabkan kita mungkin mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat dan
serta merta blog yang kita kendalikan itu menerima tempias populariti kita.
Berbeza pula dengan blogger yang
mengambil sikap jujur dalam penulisannya. Saya bercakap dalam konteks
memperkatakan sesuatu isu panas dan isu politik yang berlaku. Mungkin menjadi
blogger yang jujur kita akan lambat dikenali kerana kita bercakap berdasarkan
fakta yang sahih dan diambil dari sumber yang sahih serta diketahui ramai
sahaja seperti akhbar dan portal berita. Namun, jika tidak kena gaya, nasib
kita juga akan sama seperti menjadi blogger berani mati tadi.
Blogger berani mati gemar menulis dan
membongkar sesuatu perkara dengan mengambil dari sumber yang tidak diketahui
oleh ramai dan kadang kala bersifat tidak sahih. Inilah kelebihannya menjadi
blogger berani mati. Mereka boleh membongkar dan menulis tentang sesuatu
perkara yang mengejutkan dan tidak ramai diketahui orang. Jika perkara yang
ditulis itu betul dan sahih, maka dia akan dipandang tinggi oleh masyarakat
seterusnya meningkatkan populariti dirinya tetapi bagaimana pula jika perkara
yang ditulis itu tidak sahih? Bukankah dia akan menghadapi masalah besar?
Oleh sebab itu, saya mengambil sikap
untuk menjadi blogger yang jujur dalam memperkatakan sesuatu isu walaupun isu
yang saya ingin katakan itu tidak popular dalam pandangan majoriti orang dan mungkin
berlawan arus dengan kehendak orang ramai. Saya tidak berani menjadi blogger
berani mati. Saya belum lagi sanggup tidur dalam lokap, ditahan di bawah Akta
Hasutan, disaman dan dikejar oleh polis cawangan khas.
Lebih parah lagi jika kita menjadi
blogger berani mati atau kontroversi tadi, maklumat yang kita dapat itu adalah
satu penipuan dan fitnah semata mata. Sudah pastilah kita akan popular kerana
maklumat tersebut mengejutkan orang ramai namun apa gunanya sekiranya maklumat
itu adalah fitnah? Secara tidak langsung kita telah menyebarkan fitnah tersebut
tanpa kita sedari dan sudah pasti kita akan menerima bahananya.
Saya mengambil contoh Raja Petra
Kamaruddin tadi yang berani membongkar keburukan Barisan Nasional di dalam blognya.
Dia menjadi terkenal tetapi pada masa yang sama dia juga turut menerima bahananya
sehingga terpaksa lari ke United Kingdom untuk menyelamatkan diri kerana apa
yang ditulisnya itu kadang kala bersifat fitnah, tidak sahih, wujud unsur tokok
tambah dan diambil dari sumber yang diragui. Dia juga pernah ditahan di bawah
ISA kerana penulisannya yang berani mati itu.
Ada juga dalam kalangan blogger
kontroversi yang suka menyebarkan fitnah yang direka reka hasil daripada
imaginasi mereka sendiri. Mereka melakukan perbuatan tersebut kerana mungkin
mereka mahu mendapat imbuhan imbuhan tertentu, mahu mengejar traffik yang
tinggi, mahu menjadi terkenal dalam masa yang singkat atau mungkin juga mereka
mahu menjatuhkan pihak pihak tertentu yang mereka tidak suka.
Sekali lagi saya menegaskan bahawa
cara itu mungkin mendapat kebaikkan singkat seperti yang saya tulis di atas
namun kita tidak tahu risiko apa yang akan seseorang blogger kontroversi itu
boleh terima. Oleh itu, adalah lebih baik kita menjadi blogger yang jujur
sahaja supaya kita boleh menulis di blog kita dengan penuh jujur, mengambil dari
sumber yang sahih dan diketahui ramai (akhbar), tidak menyebarkan fitnah dan
risiko yang kita hadapi mungkin kurang dan tidak terlalu bahaya.
Memang seronok kalau boleh menjadi
blogger berani mati atau kontroversi tadi kerana blog kita akan lebih mudah
dikenali tetapi sanggupkah kita menerima risiko yang saya telah sebutkan di
atas? Jika kita sanggup, teruskanlah dan tiada masalah. Jika kita tidak
sanggup, adalah lebih baik kita menjadi blogger yang bersikap jujur sahaja
dalam penulisan di blog kita. Itu lebih memadai. Ataupun tidak perlulah menulis
tentang sesuatu isu panas itu. Memadailah sekadar menulis tentang diri dan
kehidupan kita seharian di dalam blog yang kita kendalikan.
Kesimpulannya, jika ditanya kepada
saya, saya mahu menjadi blogger yang berani mati (kontroversi) atau blogger
jujur, saya lebih cenderung untuk menjadi blogger yang jujur. Ini kerana risiko
yang saya hadapi adalah kurang berbanding risiko yang ditanggung oleh blogger
berani mati!
Sy pilih yg jujur..kerana jujur mencerminkan keperibadian sbnr...
BalasPadamblogger biasa2 je . nak berpolitik tak pandai . huhuu
BalasPadammengikut situasi dan keadaan kowt. Tapi dijauhkan dari polotik dan ketidakjujuran. Yang penting ikhlas berblogging (=
BalasPadamjujur la..hehe..sebab tak sanggup la bawa-bawa kontroversi ni..aniaya kat orang lain..
BalasPadamblogger yang jujur dan dapat duit berkat adalah lebih baik
BalasPadamSaya rasa, selama saya menulis..saya masih blogger yang jujur, bukannya blogger berani mati. Saya xmau mendapat populariti segera dengan cara yang salah.
BalasPadamsaya masih belum cukup berani untuk jadi blogger berani mati. huhu
BalasPadamapapun, berani biarlah bertempat..(peringatan utk diri sndiri juga)