Sumber : Google |
Tindakan peguam PAS dan ahli Parlimen
Sepang, Hanipa Maidin yang mahu berdebat dengan Tan Sri Shafee Abdullah (peguam
Saiful Bukhari Azlan) dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar
terhadap isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu tindakan yang lucu
sebenarnya.
Pemimpin PAS yang tidak menggambarkan
sikapnya sebagai ahli politik yang beragama Islam ini sewajarnya menyahut
cabaran debat yang dikemukakan oleh Setiausaha DAPSY Pulau Pinang, Syeleena
Abdul Rashid terhadap isu Hudud kepada Zaharuddin Muhammad (Ahli Majlis Syura
Ulama PAS). Saya fikir sebagai peguam PAS, Hanipa wajar menggantikan Zaharudin
dalam menyahut cabaran debat itu. Itu adalah lebih baik buat PAS dan DAP.
Diharapkan debat yang akan berlangsung antara Hanipa dan Syeleena itu akan
lebih membuka kefahaman kaum Cina dan pemimpin DAP terhadap hukum Hudud.
Pelik bin aneh apabila Hanipa hanya
berani berlawan dengan UMNO atas isu Hudud ini tetapi menikus dengan DAP. Saya
tidak tahu ke mana hilangnya keberanian peguam PAS yang lantang bersuara di
Parlimen ini apabila bertemu dengan pemimpin DAP. Hanipa seorang pemimpin yang
lantang bersuara tetapi hanya dengan bangsanya sahaja tetapi tidak dengan
bangsa lain.
Sikap Hanipa ini samalah seperti
jaguh kampung. Pemimpin yang semacam ini tidak layak untuk memimpin Malaysia
dan memegang kementerian yang penting seperti Kementerian Luar dan Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri misalnya kerana jika dia berhadapan
dengan pemimpin luar negara, sudah pasti sikap pengecutnya akan bertambah
tambah lagi. Jika dengan pemimpin DAP pun dia tidak berani bagaimana dia mahu
berhadapan dengan pemimpin Amerika dan pemimpin Israel misalnya?
Oleh yang demikian, wajarlah Hanipa
berdebat dengan pemimpin DAP itu dahulu sebelum bercita cita mahu menawan
Putrajaya. Ingatlah, Hudud adalah agenda PAS sejak sekian lama. Sebelum Anwar
masuk penjara lagi agenda Hudud sudah dikemukakan. Oleh itu, wajarlah isu Hudud
itu dibahasakan kerana itu melibatkan agama Islam dan lebih penting dari segala
perkara. Anwar bukanlah orang yang terlalu penting untuk dipertahankan. Ramai juga
pejuang dan pemimpin luar negara yang masuk penjara seperti Nelson Mandela
misalnya namun tindakan penyokongnya tidaklah terlalu ‘ghairah’ seperti
penyokong Anwar.
Presiden PAS, Haji Hadi Awang pun
mengatakan jika Anwar menerima hukum Hudud, sudah pasti Anwar akan mendapat
keadilan yang sewajarnya. Nah, perjuangkan Hudud wahai Hanipa dan jika Anwar
tidak bersalah, dia akan bebas dengan sendirinya jika benar dia tidak bersalah.
Kesimpulannya, jika benar Hanipa mahu
membebaskan Anwar, Hanipa harus berusaha untuk memberi kefahaman kepada puak
liberal Islam dan chauvinis Cina supaya mereka boleh menerima Hudud agar hukum
Islam itu dapat dilaksanakan. Apabila Hudud berjaya dilaksanakan dan terbukti
Anwar tidak bersalah bahawa dia yang meliwat Saiful, maka Anwar akan bebas
dengan sendirinya.
Hudud hanyalah agenda politik sempit PAS. Mereka rela diliwat malah dijadikan babi tunggangan DAP. Memalukan betul ulamak-ulamak politik dalam PAS.
BalasPadamErmmm...kalau ada ilmu di bidang masing-masing tu, baik suarakan n laksanakan sebaiknya.
BalasPadamBukan menikus x kena tempatnya.
Spatutnya hudud perlu dperjelaskan dengn sejelas mgkin spaya xberlaku keraguan lagi mengenainya
BalasPadam