Selasa, 3 Februari 2015

BLOGGER KACAK ATAU CANTIK MUDAH TERKENAL

blogger kacak mudah terkenal
Sumber : Google

Seperti dalam entri sebelum ini, saya ada menulis tentang pengaruh seseorang blogger itu boleh memberi kesan kepada masyarakat. Seseorang blogger itu mampu untuk mempunyai kumpulan peminatnya tersendiri yang sentiasa menjadi pembaca setia kepada blog yang dikendalikannya.

Populariti seseorang blogger itu boleh diukur dari beberapa segi antaranya jumlah pengikut (followers), jumlah pengunjung (pageviews) dan sebagainya. Populariti seseorang itu juga boleh dipengaruhi dari beberapa faktor yang berlainan dan bersifat tersendiri.

Ada blogger yang boleh menjadi popular kerana penulisannya yang bernas dalam dunia penulisan di blog itu sendiri. Mereka berupaya memberikan sesuatu ulasan terhadap sesuatu isu yang berlaku mengikut pandangan mereka sendiri dan mereka menulisnya dengan bernas, tepat dan benar. Biasanya blogger ini adalah penulis blog politik seperti Milo Suam, Omak Kau, The Unspinners dan Semut Hitam.


Walaubagaimanapun, ada juga blogger yang bukan dalam niche politik tetapi boleh menjadi terkenal kerana penulisan mereka sentiasa menjadi perhatian pembaca dan mereka mempunyai kalangan peminat yang tersendiri. Antara blogger yang tersenarai dalam kumpulan ini adalah Ben Ashaari dan Redmummy.   

Ada juga blogger yang sememangnya sudah terkenal di dunia realiti dan kemudian mereka meneroka bidang penulisan blog pula untuk menambahkan lagi populariti mereka.  Blogger jenis ini biasanya dalam kalangan artis, penulis, wartawan dan sasterawan. Sebagai contoh adalah Zahiril Adhzim, Zarul Umbrella, Datuk A. Kadir Jasin, Mohd Sayuti Omar dan Mazidul Akmal Sidek.

Tidak kurang juga blogger yang terkenal kerana blog mereka menjadi rujukan terhadap sesuatu ilmu atau perkara. Antara yang tersenarai dalam kumpulan ini adalah Hasrul Hassan dan Encik Titan.

Pada saya, blogger yang dikurniakan wajah yang cantik dan kacak adalah lebih mudah dikenali kerana ramai manusia suka melihat wajah mereka. Dengan memaparkan gambar mereka di blog, serta merta blog mereka menjadi terkenal. Bukan sahaja blog, diri mereka sendiri turut menerima tempias populariti blog mereka itu. Lihatlah betapa dahsyatnya kuasa media sosial sekarang.

Antara blogger yang tersenarai dalam kumpulan ini adalah Hizami Li, Dr. Fatin Liyana, Darkbatman, Namee Roslan, Hanis Zalikha dan ramai lagi. Mahu tahu lebih banyak, silalah mencarinya di enjin carian Google atau terokai sahaja blog Hafiz Hafizol untuk mengetahuinya. 

Mereka beruntung kerana Allah telah mengurniakan wajah yang kacak dan cantik kepada mereka. Kita janganlah cemburu dengan kelebihan mereka walaupun kita semua tahu bahawa dengan wajah mereka itulah mereka mampu meraih populariti besar dalam dunia penulisan blog. Ingatlah, Allah itu Maha Adil. Mungkin kita kurang dari segi rupa tetapi kita pasti mempunyai banyak kelebihan dari segi yang lain.

Begitu juga dengan diri mereka yang mempunyai wajah yang kacak atau cantik itu. Mereka juga pasti mempunyai kekurangan dari segi yang lain cuma kita sahaja yang tidak tahu.

Apa yang penting adalah tujuan kita menceburi bidang penulisan blog itu sama ada secara separuh masa atau sepenuh masa. Sebagai blogger, kita perlu menyebarkan sesuatu perkara yang bermanfaat kepada masyarakat dengan menggunakan blog yang kita kendalikan itu. Pada saya, itu lebih mustahak dari rupa yang kacak, cantik dan populariti yang besar.

Kesimpulannya, kita perlu memperbetulkan semula niat kita dalam dunia penulisan blog. Adakah kita menulis blog semata mata mahu meraih populariti? Tidak salah mahu mengejar populariti tetapi mestilah dengan cara yang berhemah dan betul. Tidak guna mempunyai wajah yang cantik atau kacak tetapi sikap kita lebih buruk dari muka hantu!



19 ulasan:

  1. Hehehe .. blogger pemes sebab isu ngative pon ade.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...saya pun terlepas pandang dalam menulis entri ni.

      Padam
  2. Satu cara untuk kita dapat follower da like.. Kita boleh buat GA atau sponsor GA untuk blog lain.. saya baru je jadi sponsor untuk satu blog ni.. jom la singgah blog saya..

    done follow blog ini 129

    http://faceblogisra.blogspot.com/2014/12/jom-join-giveaway-segmen-jom.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sebab follow saya. Nanti saya akan follow dan singgah semula.

      Padam
  3. Wa stuju nga lu bro...tmbh2 lg lau pompuan cntik,,,mesti femes.punye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sebab selalu singgah blog saya. Ada masa nanti saya singgah blog and balik ye. :)

      Padam
  4. Mcmana pula dengan blog yg hebat dan blogger yg hebat? Rasanya menarik untuk Mnh kupas diartikel akan datang. SP nantikan..

    Walhal rupa bkn penentu utama popularnya blog dan blogger. Buktinya, drpd ribuan blog di malaysia, majoriti yg popular kita tak kenal pun rupanya.

    Kefahaman yg tinggi dan kepetahan menulis adalah faktor no wahid..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam susah je nak kupas isu tu. Nantilah bro SP. Ada idea nanti saya tulis.pasal tu. Huhu

      Padam
  5. Yang cantik dan comel tak semestinya blog dia best utk diteroka ..Yang kacak dan hensem tak semestinya cerita kat blog dia menarik ..Tapi bukan semua bukan semua tauu..Cantik dan kacak itu pakej utk mereka kalau penulisan menarik gaya bahasa best dan cerita yang dipaparkan sentiasa segar ...Blog yang baik dan mendapat tempat di hati Kak Lya bukan sebab blog tu owner dia comel cantik atau kacak tapi Kak Lya terjah blog semua orang tak kira..Setiap orang adacara menulis dia..Orang tu macamni orang ni macam tu..Jadi kadangkala kalau kita singgah blog org lain jangan pula kita nak samakan blog org tu ngan org ni jauh no bezanya..Jgn sekali2 sebab dua blog berbeza adalah dua penulis berbeza...Ok MH..Kak Lya suka entri ni ..sebab tu komen panjang lebar hehehe ..Jangan marah terpanjang pulak komen ahkak mlm nie...Salam Selasa MH..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe kak...komen banyak mana pun tak apa. Saya tak kisah. Hihi. Tapi.saya sangat setuju dengan pandangan akak. Terima kasih akak.sebab sudi singgah blog saya yang tak seberapa ni. Nanti saya singgah blog akak balik.

      Padam
    2. betul...sy tumpang setuju boleh?? hehheheeh

      Padam
  6. Bagi saya pengisian blog itu lebih penting berbanding wajah blogger

    BalasPadam
  7. tu la.

    best gak jadi blogger hensem nih. hmm..

    BalasPadam
  8. rezeki dorang kot. mungkin penulisan kita tak berapa menarik dr mereka yg femes atau.. tahlah..
    xpelah jnji sy bole luah apa sy suka melalaui penulisan sy. xda org baca pun xpe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe...yang penting kita ikhlas.dalam menulis blog dan kongsi perkara yang bermanfaat kepada masyarakat. :)

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tulis balik ape yg sy komen hari tu.Tak tau kenapa tapi tak dipos. xD
      Bgi sy , sy lebih tgk penulisan. Lgi best sbb bloggers semua ada cara penulisan masing . Sy lebih suka kalau pos bloggers tu pendapat mereka dan bkn setakat copy paste.

      Bloggers yg cantik/ kacak yg terlalu popular ni slalunya byk dapat tawaran iklan. So posting mereka kbyknnya iklan. Sy kurang minat sbb sy nk tau psl bloggersnya, bkn iklan

      Padam
  10. gaya n penulisan yang baik penarik orang nak pergi masuk blog... akak tahun ni baru bergiat aktif dengan blog... tulis entah apa2 kadang2 typo.... hahahhaha...

    BalasPadam
  11. sy kalau berminat nk terjah mana2 blog sy prefer tgk isi penulisan nyer...tanpa mengira rupa...heheehehh

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.