Sumber : Google |
Saya mula minat dalam dunia politik
ketika saya di tingkatan dua atau pada umur 14 tahun. Pada waktu itu, PRU12
sedang berlangsung. Suka saya melihat gelagat ahli ahli politik kita di pentas
pentas politik dan teringin menjadi seperti mereka. Tetapi, apabila difikirkan
semula saya lebih sesuai menjadi penulis yang menulis dan mengulas tentang isu
politik daripada menjadi ahli politik itu sendiri.
Menjadi ahli politik mesti berani
ambil risiko, pandai membaca situasi yang berlaku, bijak, jujur, ikhlas,
beriman, dan boleh survive dalam apa jua keadaan. Jika tidak ada sifat
sifat yang saya sebutkan di atas, lupakanlah cita cita anda untuk jadi ahli
politik. Jika jadi pun, jadilah ahli politik yang merosakkan atau ahli politik
mee segera yang akan terkubur dalam masa yang singkat!
Jujur saya katakan, jika saya menjadi
ahli politik, saya mungkin boleh mengelakkan diri saya dari mengambil dan
memberi rasuah tetapi tidak dalam mengamalkan kronisme dan nepotisme walhal
itulah sikap yang perlu dielakkan oleh seorang ahli politik. Oleh itu, sebelum
saya mengamalkan sikap mazmumah itu, adalah lebih baik saya tidak menjadi ahli
politik. Cukuplah sekadar menjadi penulis dan pengulas politik di dalam blog
ini sahaja.
Memasuki bidang politik untuk menjadi
seorang politikus yang baik mestilah ikhlas dan jujur dalam perjuangan politik
itu sendiri. Di dalam jiwa seorang ahli politik yang baik mestilah tertanam
azam untuk membantu rakyat serta membangunkan agama, bangsa dan tanah air. Jika
kita berpolitik semata mata untuk menjadi terkenal, menjadi kaya atau ingin
memegang kuasa semata mata, perjuangan dan matlamat politik kita sudah tidak
suci lagi. Oleh itu, diri kita sebagai seorang ahli politik pun boleh rosak
kerana sikap kita itu.
Sayang seribu kali sayang, itulah
sikap yang diamalkan hampir kesemua ahli politik yang ada di negara kita pada
hari ini. Agenda untuk membantu rakyat, membangunkan agama, bangsa dan tanah
air sudah bukan lagi keutamaan sebaliknya mengejar pangkat, harta dan kuasa
sudah menjadi buruan nombor wahid! Oleh
sebab itulah, negara kita kian hancur hari demi hari.
Politikus politikus jahat yang
terlalu taksub dengan kuasa, pangkat, dan harta tadi sanggup melakukan apa
sahaja untuk mencapai hasrat mereka itu. Ini bertepatan dengan gagasan politik
yang dicetuskan oleh Nicollo Macheiveili (Bapa Politik Moden) iaitu matlamat
menghalalkan cara. Mereka sanggup merasuah, menipu, membunuh, menjual agama,
bangsa dan tanah air asalkan cita cita mereka yang rakus itu tercapai. Akibatnya,
rakyat menjadi sengsara akibat perbuatan kejam mereka.
Apabila mereka sudah tidak boleh lagi
mencapai cita cita rakus mereka tadi, mereka mula berpaling tadah dan menyokong
puak puak yang selama ini mereka cemuh, caci dan keji. Mereka mula membalas
dendam dengan menyokong pihak lawan yang dahulunya mereka ludah dengan kahak
yang hijau pekat dan mengatakan bahawa inilah perjuangan yang tulin dan
mengikut jalan yang benar. Selama ini mereka mencemuh dan tidak pernah pula
mengatakan sedemikian tetapi apabila mereka sudah tidak lagi mendapat harta,
pangkat dan kuasa dari pihak yang mereka sokong dahulu, mereka mula berpaling
tadah dan menjadi pengkhianat!
Oleh sebab itu, kita perlu
memperbetulkan dahulu niat kita menceburi bidang politik. Jika niat kita salah,
tindakan kita pasti akan salah. Jika niat kita betul, tindakan kita pasti akan
betul. Perlu diingatkan, tiada kawan atau musuh yang sejati dalam politik. Hari
ini mereka berkawan, esok mungkin mereka berlawan dan begitu juga sebaliknya.
MSO bermadah : jangan pernah percaya pada sumpah dan janji orang politik tetapi
jangan rasa mustahil dengan tindakan orang politik!
Ahli politik yang jujur dan ikhlas
dalam perjuangan politiknya tidak takut untuk hilang pangkat, kuasa mahupun
harta. Dia akan bertindak dengan jujur dan berani. Apa yang salah, akan
dibangkangnya dengan berani dan apa yang betul, dia akan menyokongnya tanpa
perasaan berbelah bahagi. Dia tidak takut menanggung risiko kerana dia yakin
dan tahu Allah dan rakyat sentiasa bersama dirinya.
Ahli politik yang jujur dan ikhlas
juga tidak akan mengambil dan menerima rasuah. Dia juga tidak akan berbohong,
buat fitnah, menjual agama, bangsa dan negara semata mata kerana inginkan
pangkat, harta dan kuasa tadi. Dia rela kehilangan semua itu asalkan rakyat
dapat hidup dengan tenang. Dia rela kehilangan semua itu asalkan Islam, Melayu
dan Malaysia kekal terpelihara sampai bila bila. Itulah ciri ciri ahli politik
yang hebat dan berjaya tetapi masih adakah ahli politik seperti itu di negara
kita dan berada di zaman ini?
Walaupun ada tetapi jumlahnya amat
sedikit dan mungkin tidak popular kerana dicantas lebih awal oleh ahli ahli
politik yang rakus dan tamak tadi. Inilah yang menyebabkan kita sukar untuk
bertemu dengan mereka. Tambahan pula, mereka hidup di dalam kelompok ahli
politik yang rakus dan tamak itu.
Kesimpulannya, setiap ahli politik
perlu memperbetulkan semula niat mereka menceburi bidang politik itu. Adakah
mereka benar benar ikhlas mahu membantu rakyat? Adakah mereka benar benar jujur
untuk memperkasakan agama, bangsa dan tanah air? Jika ya, mereka sudah membuat
perkara yang betul dan jika tidak, adalah lebih baik mereka berundur dari dunia
politik itu sekarang!
Setuju dengan kenyataan anda bila mana ramai politikus mengamalkan konsep matlamat menghalalkan cara. Sebaiknya jadikan Islam sebagai cara hidup. :)
BalasPadamhttp://atassampan.blogspot.com/2015/02/jawatan-kosong-lembaga-getah-malaysia-3.html
Takut juga kalau...
BalasPadamSebelum jadi ahli politik hati bersih, niat baik..
Tapi,
Bila dah jadi 1 of them terus matlamat bertukar kerana kepentingan tertentu.
politik di negara kita masih belum matang..masih lagi dipengaruhi dgn faktor politik wang...hanya yg betul2 naif sje yg mengakui politik dinegara kita ni matang..
BalasPadam