Rabu, 25 Februari 2015

SEORANG DATIN KAYA

Gambar Hiasan


Seorang posmen tua,
Menjalankan tugasnya seperti biasa, 
Menghantar surat sebagi kerja,
Dari rumah ke rumah orang berada,
Hingga sampai ke rumah datin kaya.

Dia menekan loceng pintu,
Dengan harapan untuk bertemu,
Untuk serahkan surat berdaftar itu,
Datin keluar dengan muka seperti hantu,
Sumpah seranah yang keluar dahulu,
Bukan salam atau senyum selalu.

Dia merungut kerana marah,
Kononnya nasi baru nak jamah,
Posmen tua pula yang kena marah,
Padahal bukan posmen tua yang salah,
Posmen tua tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumah,
Tapi datin buat tak endah,
Kerana sombong sampai tak sudah.

Itulah realiti orang kaya,
Bukan nak umpat atau mengata,
Selalu sombong dengan rakyat jelata,
Dengan harta yang dia ada.
Padahal harta Allah yang punya,
Sekali Allah rampas baru padan muka. 

7 ulasan:

  1. Benar tu MNH. Terutama orang kaya bumiputera. Bila dah kaya lupa diri..

    p/s: Tolong buang widget kakiping tu ye..sangat mengganggu..

    BalasPadam
  2. bila dah kaya , hidup senang , lupa Allah . rasa macam dah boleh buat apa saja dengan duit

    BalasPadam
  3. kesiannya cerita dia... kalau saya lah next time saya bagi jer surat tu kat anjing....

    BalasPadam
  4. Ragam manusia yang bodoh sombong tak bertempat. Yang miskin dipijak.. Yang kaya dibodek..

    BalasPadam
  5. Ada orang kaya okey..hidup low profile.
    Makan mamak tepi jalan je.
    Yang berlagak nak mam*** tu yang nyampah.
    Betul juga kata Najib..
    Nak ke taknak surat tu? Sumbat dalam mulut tu baru tau.

    BalasPadam
  6. bila sudah kaya dan lupa diri sehingga terlupa bahawa roda kehidupan tidak selalunya di atas,sedih lihat golongan kaya mencaci hina yang miskin,.moga kita di jauhi dari sema ini,InshaAllah,.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.