Sabtu, 7 Februari 2015

PEKERJA PEMARAH

Sumber : Google

Setiap kali aku singgah di pejabat itu,
Untuk melunaskan tugas tugasku,
Aku pasti akan bertemu,
Dengan pekerja pemarah itu.

Setiap kali aku mahu,
Melunaskan tugas harianku,
Memohon bantuan darinya,
Pekerja di pejabat itu,
Aku mendapat balasan,
Kemarahan dan wajah kemasaman.

Aku tidak tahu apa salahku,
Sehingga dia bisa jadi begitu,
Bukan dengan aku sahaja,
Dengan orang lain juga,
Sehingga dirinya,
Dicap pemalas dan pemarah,
Oleh pengunjung lain,
Yang singgah di pejabat kecil itu.


Adakah begitu sukar,
Untuk kau berkata baik,
Adakah begitu perit,
Untuk kau senyum sedikit.

Kau belum menjadi ketua,
Hanya seorang pekerja cabuk sahaja,
Tapi lagakmu mengalahkan seorang ketua,
Adakah begitu sikapmu,
Pabila dirimu menjadi ketua nanti,
Jika jawapan adalah iya,
Dirimu pasti akan terus dibenci.


6 ulasan:

  1. Apabila seorang bos berpegang pada pendapatnya, itu bermakna dia seorang yang konsisten dan proaktif. Dan apabila seorang pekerja berpegang pada pendapatnya, itu bermakna dia keras kepala!

    Apabila seorang bos suka berubah pendapat, itu bermakna dia seorang yang fleksibel dan cuba menyesuaikan sesuatu dengan keadaan. Dan apabila seorang pekerja suka berubah pendapat, itu bermakna dia tidak mempunyai pendirian yang tetap!

    Apabila seorang bos lambat melakukan kerja, itu bermakna dia seorang yang teliti. Dan apabila pekerja lambat melakukan kerja, itu bermakna dia tidak perform!

    BalasPadam
  2. saya masih blum menempuh alam pekerjaan. hopefully rkn2 skerjanya baik2 and saya tak kekok nak kerja :P

    BalasPadam
  3. Kecewa bila kita kena hadap karenah pekerja pemarah tu...buat rosak mood je :)

    BalasPadam
  4. Huh..belum jumpa Dr. Shikin. Jumpa orang macam ni tahan telinga je lah kena sembur balik.
    Sapa suruh buat perangai biadab.
    Kerja biar ikhlas baru hidup berkat.
    Memanglah kita manusia ni sering penat kalau kerja bertimbun.
    Tapi, sedar x kalau buat baik tu balasannya baik juga..kalau tak di sini...tentunya di sana.

    BalasPadam
  5. sabar je la.. tp kalau kena kt saya maunya stress juga mengadap selama 8 jam :3

    BalasPadam
  6. pekerja yg pemarah eh?? sy selalu gak jupe yg cenggitu...tp sy selalu aggap dia datang bulan...hahahahah

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.