Jangan sesekali merosakkan keharmonian kaum di Malaysia |
Di era kini, perkara yang tidak wujud
sengaja mahu diwujudkan supaya masyarakat menjadi keliru dan berpecah belah.
Sesetengah pihak suka menimbulkan sesuatu isu yang sepatutnya tidak perlu
timbul semata mata mahu mendapat publisiti murahan lalu menyebabkan masyarakat
menjadi kucar kacir. Masyarakat yang menyokong dan masyarakat yang menentang
terus berbalah semata mata mahu menegakkan benang yang basah di atas isu karut
marut yang kita sengaja timbulkan.
Sebagai contoh, negara kita tidak
pernah mengadakan pilihanraya di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi
kemudian timbul satu pihak yang mahu pilihanraya di peringkat tersebut
diadakan. Oleh itu, perkara yang tidak sepatutnya berlaku, pihak tersebut
inginkannya berlaku semata mata mahu menjadi juara di mata rakyat.
Tidak salah untuk mewujudkan perkara
yang tidak wujud tetapi perkara yang mahu diwujudkan itu mestilah membawa
faedah dan kebaikkan kepada anggota masyarakat secara keseluruhannya. Tetapi
jika perkara tersebut tidak mendatangkan faedah sebaliknya akan membawa seribu
satu keburukkan, mengapa mesti kita wujudkan?
Sebagai contoh dalam isu mahu
mengadakan pilihanraya di peringkat PBT tadi. Bukankah perkara tersebut boleh
menyebabkan berlakunya polarisasi kaum? Mengapa kita mahu wujudkannya juga?
Kita suka mencipta sesuatu perkara yang karut marut tetapi perkara tersebut
langsung tidak mendatangkan banyak faedah sebaliknya seribu malapetakan boleh
berlaku.
Lebih menjijikkan, ada pula anggota
anggota masyarakat yang menyokong perkara tersebut dilaksanakan. Jika
pilihanraya di peringkat PBT dilaksanakan, hanya akan memberi keuntungan
disebelah pihak sahaja tetapi pihak yang satu lagi akan terus rugi. Bukankah
itu boleh mengundang bencana kepada keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
Inilah sikap segelintir daripada
kita. Kita sakit hati melihat masyarakat di negara ini hidup dalam keadaan aman
dan harmoni. Kita sengaja mencipta sesuatu perkara yang karut marut supaya
masyarakat berbalah dan berpecah belah. Kita dengki melihat masyarakat di
negara ini hidup dalam keadaan aman dan bahagia.
Kesimpulannya, sebagai seorang
blogger, saya memohon kepada semua anggota masyarakat supaya jangan mewujudkan
perkara yang tidak wujud sedangkan perkara itu tidak mendatangkan kebaikkan pun
kepada masyarakat secara keseluruhannya. Adalah lebih baik kita mencari idea
yang boleh mendatangkan faedah kepada agama, bangsa dan tanah air secara
keseluruhannya.
Saya kira hal ini sudah termasuk dalam bab politik... lebih daripada isu kemasyarakatan... juara politik akan memanaskan perkara ni sampai lah terjadi pecah belah antara rakyat... berhati2 lah...
BalasPadamBetul tu bro!!!
BalasPadam...good information!!.. btw visit my blog on shukranzahari.blogspot.com
rasanya tak ada apa pun, cuma ada sesetengah pihak yg suka provokasi.. jadinya benda tak ada apa jadi masalah besar...
BalasPadamada sesetengah pihak yg cuba amik kesempatan dalam situasi begini...lebih kepada perjuangan peribadi
BalasPadamKadang2 benda yang tak ada tu diada2kan ... Sesetengah pihak yang suka ambik kesempatan mmg suka bila buat benda2 takde faedah macam ni...Sekali terfikir fikir jugaklahh diaorg ni byk sangat masa hinggakan benda yang tak wujud pon blh diwujudkan..
BalasPadam