Ahad, 22 Februari 2015

HANIPA WAJAR DEBAT DENGAN DAP, BUKAN SHAFEE

Sumber : Google


Tindakan peguam PAS dan ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin yang mahu berdebat dengan Tan Sri Shafee Abdullah (peguam Saiful Bukhari Azlan) dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar terhadap isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu tindakan yang lucu sebenarnya.

Pemimpin PAS yang tidak menggambarkan sikapnya sebagai ahli politik yang beragama Islam ini sewajarnya menyahut cabaran debat yang dikemukakan oleh Setiausaha DAPSY Pulau Pinang, Syeleena Abdul Rashid terhadap isu Hudud kepada Zaharuddin Muhammad (Ahli Majlis Syura Ulama PAS). Saya fikir sebagai peguam PAS, Hanipa wajar menggantikan Zaharudin dalam menyahut cabaran debat itu. Itu adalah lebih baik buat PAS dan DAP. Diharapkan debat yang akan berlangsung antara Hanipa dan Syeleena itu akan lebih membuka kefahaman kaum Cina dan pemimpin DAP terhadap hukum Hudud.

Pelik bin aneh apabila Hanipa hanya berani berlawan dengan UMNO atas isu Hudud ini tetapi menikus dengan DAP. Saya tidak tahu ke mana hilangnya keberanian peguam PAS yang lantang bersuara di Parlimen ini apabila bertemu dengan pemimpin DAP. Hanipa seorang pemimpin yang lantang bersuara tetapi hanya dengan bangsanya sahaja tetapi tidak dengan bangsa lain.


Sikap Hanipa ini samalah seperti jaguh kampung. Pemimpin yang semacam ini tidak layak untuk memimpin Malaysia dan memegang kementerian yang penting seperti Kementerian Luar dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri misalnya kerana jika dia berhadapan dengan pemimpin luar negara, sudah pasti sikap pengecutnya akan bertambah tambah lagi. Jika dengan pemimpin DAP pun dia tidak berani bagaimana dia mahu berhadapan dengan pemimpin Amerika dan pemimpin Israel misalnya?

Oleh yang demikian, wajarlah Hanipa berdebat dengan pemimpin DAP itu dahulu sebelum bercita cita mahu menawan Putrajaya. Ingatlah, Hudud adalah agenda PAS sejak sekian lama. Sebelum Anwar masuk penjara lagi agenda Hudud sudah dikemukakan. Oleh itu, wajarlah isu Hudud itu dibahasakan kerana itu melibatkan agama Islam dan lebih penting dari segala perkara. Anwar bukanlah orang yang terlalu penting untuk dipertahankan. Ramai juga pejuang dan pemimpin luar negara yang masuk penjara seperti Nelson Mandela misalnya namun tindakan penyokongnya tidaklah terlalu ‘ghairah’ seperti penyokong Anwar.  

Presiden PAS, Haji Hadi Awang pun mengatakan jika Anwar menerima hukum Hudud, sudah pasti Anwar akan mendapat keadilan yang sewajarnya. Nah, perjuangkan Hudud wahai Hanipa dan jika Anwar tidak bersalah, dia akan bebas dengan sendirinya jika benar dia tidak bersalah. 

Kesimpulannya, jika benar Hanipa mahu membebaskan Anwar, Hanipa harus berusaha untuk memberi kefahaman kepada puak liberal Islam dan chauvinis Cina supaya mereka boleh menerima Hudud agar hukum Islam itu dapat dilaksanakan. Apabila Hudud berjaya dilaksanakan dan terbukti Anwar tidak bersalah bahawa dia yang meliwat Saiful, maka Anwar akan bebas dengan sendirinya.  




3 ulasan:

  1. Hudud hanyalah agenda politik sempit PAS. Mereka rela diliwat malah dijadikan babi tunggangan DAP. Memalukan betul ulamak-ulamak politik dalam PAS.

    BalasPadam
  2. Ermmm...kalau ada ilmu di bidang masing-masing tu, baik suarakan n laksanakan sebaiknya.
    Bukan menikus x kena tempatnya.

    BalasPadam
  3. Spatutnya hudud perlu dperjelaskan dengn sejelas mgkin spaya xberlaku keraguan lagi mengenainya

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.