Sumber : Google |
Seperti dalam entri sebelum ini, saya
ada menulis tentang pengaruh seseorang blogger itu boleh memberi kesan kepada
masyarakat. Seseorang blogger itu mampu untuk mempunyai kumpulan peminatnya
tersendiri yang sentiasa menjadi pembaca setia kepada blog yang
dikendalikannya.
Populariti seseorang blogger itu boleh
diukur dari beberapa segi antaranya jumlah pengikut (followers), jumlah
pengunjung (pageviews) dan sebagainya. Populariti seseorang itu juga
boleh dipengaruhi dari beberapa faktor yang berlainan dan bersifat tersendiri.
Ada blogger yang boleh menjadi
popular kerana penulisannya yang bernas dalam dunia penulisan di blog itu
sendiri. Mereka berupaya memberikan sesuatu ulasan terhadap sesuatu isu yang
berlaku mengikut pandangan mereka sendiri dan mereka menulisnya dengan bernas,
tepat dan benar. Biasanya blogger ini adalah penulis blog politik seperti Milo
Suam, Omak Kau, The Unspinners dan Semut Hitam.
Walaubagaimanapun, ada juga blogger
yang bukan dalam niche politik tetapi boleh menjadi terkenal kerana
penulisan mereka sentiasa menjadi perhatian pembaca dan mereka mempunyai
kalangan peminat yang tersendiri. Antara blogger yang tersenarai dalam kumpulan
ini adalah Ben Ashaari dan Redmummy.
Ada juga blogger yang sememangnya
sudah terkenal di dunia realiti dan kemudian mereka meneroka bidang penulisan
blog pula untuk menambahkan lagi populariti mereka. Blogger jenis ini biasanya dalam kalangan
artis, penulis, wartawan dan sasterawan. Sebagai contoh adalah Zahiril Adhzim,
Zarul Umbrella, Datuk A. Kadir Jasin, Mohd Sayuti Omar dan Mazidul Akmal Sidek.
Tidak kurang juga blogger yang
terkenal kerana blog mereka menjadi rujukan terhadap sesuatu ilmu atau perkara.
Antara yang tersenarai dalam kumpulan ini adalah Hasrul Hassan dan Encik Titan.
Pada saya, blogger yang dikurniakan
wajah yang cantik dan kacak adalah lebih mudah dikenali kerana ramai manusia
suka melihat wajah mereka. Dengan memaparkan gambar mereka di blog, serta merta
blog mereka menjadi terkenal. Bukan sahaja blog, diri mereka sendiri turut
menerima tempias populariti blog mereka itu. Lihatlah betapa dahsyatnya kuasa
media sosial sekarang.
Antara blogger yang tersenarai dalam
kumpulan ini adalah Hizami Li, Dr. Fatin Liyana, Darkbatman, Namee Roslan,
Hanis Zalikha dan ramai lagi. Mahu tahu lebih banyak, silalah mencarinya di
enjin carian Google atau terokai sahaja blog Hafiz Hafizol untuk
mengetahuinya.
Mereka beruntung kerana Allah telah
mengurniakan wajah yang kacak dan cantik kepada mereka. Kita janganlah cemburu
dengan kelebihan mereka walaupun kita semua tahu bahawa dengan wajah mereka
itulah mereka mampu meraih populariti besar dalam dunia penulisan blog.
Ingatlah, Allah itu Maha Adil. Mungkin kita kurang dari segi rupa tetapi kita
pasti mempunyai banyak kelebihan dari segi yang lain.
Begitu juga dengan diri mereka yang
mempunyai wajah yang kacak atau cantik itu. Mereka juga pasti mempunyai
kekurangan dari segi yang lain cuma kita sahaja yang tidak tahu.
Apa yang penting adalah tujuan kita
menceburi bidang penulisan blog itu sama ada secara separuh masa atau sepenuh
masa. Sebagai blogger, kita perlu menyebarkan sesuatu perkara yang bermanfaat
kepada masyarakat dengan menggunakan blog yang kita kendalikan itu. Pada saya,
itu lebih mustahak dari rupa yang kacak, cantik dan populariti yang besar.
Kesimpulannya, kita perlu
memperbetulkan semula niat kita dalam dunia penulisan blog. Adakah kita menulis
blog semata mata mahu meraih populariti? Tidak salah mahu mengejar populariti
tetapi mestilah dengan cara yang berhemah dan betul. Tidak guna mempunyai wajah
yang cantik atau kacak tetapi sikap kita lebih buruk dari muka hantu!
Hehehe .. blogger pemes sebab isu ngative pon ade.
BalasPadamBetul tu...saya pun terlepas pandang dalam menulis entri ni.
PadamSatu cara untuk kita dapat follower da like.. Kita boleh buat GA atau sponsor GA untuk blog lain.. saya baru je jadi sponsor untuk satu blog ni.. jom la singgah blog saya..
BalasPadamdone follow blog ini 129
http://faceblogisra.blogspot.com/2014/12/jom-join-giveaway-segmen-jom.html
Terima kasih sebab follow saya. Nanti saya akan follow dan singgah semula.
PadamWa stuju nga lu bro...tmbh2 lg lau pompuan cntik,,,mesti femes.punye..
BalasPadamTerima kasih sebab selalu singgah blog saya. Ada masa nanti saya singgah blog and balik ye. :)
PadamMcmana pula dengan blog yg hebat dan blogger yg hebat? Rasanya menarik untuk Mnh kupas diartikel akan datang. SP nantikan..
BalasPadamWalhal rupa bkn penentu utama popularnya blog dan blogger. Buktinya, drpd ribuan blog di malaysia, majoriti yg popular kita tak kenal pun rupanya.
Kefahaman yg tinggi dan kepetahan menulis adalah faktor no wahid..:)
Macam susah je nak kupas isu tu. Nantilah bro SP. Ada idea nanti saya tulis.pasal tu. Huhu
PadamYang cantik dan comel tak semestinya blog dia best utk diteroka ..Yang kacak dan hensem tak semestinya cerita kat blog dia menarik ..Tapi bukan semua bukan semua tauu..Cantik dan kacak itu pakej utk mereka kalau penulisan menarik gaya bahasa best dan cerita yang dipaparkan sentiasa segar ...Blog yang baik dan mendapat tempat di hati Kak Lya bukan sebab blog tu owner dia comel cantik atau kacak tapi Kak Lya terjah blog semua orang tak kira..Setiap orang adacara menulis dia..Orang tu macamni orang ni macam tu..Jadi kadangkala kalau kita singgah blog org lain jangan pula kita nak samakan blog org tu ngan org ni jauh no bezanya..Jgn sekali2 sebab dua blog berbeza adalah dua penulis berbeza...Ok MH..Kak Lya suka entri ni ..sebab tu komen panjang lebar hehehe ..Jangan marah terpanjang pulak komen ahkak mlm nie...Salam Selasa MH..
BalasPadamTakpe kak...komen banyak mana pun tak apa. Saya tak kisah. Hihi. Tapi.saya sangat setuju dengan pandangan akak. Terima kasih akak.sebab sudi singgah blog saya yang tak seberapa ni. Nanti saya singgah blog akak balik.
Padambetul...sy tumpang setuju boleh?? hehheheeh
PadamBagi saya pengisian blog itu lebih penting berbanding wajah blogger
BalasPadamtu la.
BalasPadambest gak jadi blogger hensem nih. hmm..
rezeki dorang kot. mungkin penulisan kita tak berapa menarik dr mereka yg femes atau.. tahlah..
BalasPadamxpelah jnji sy bole luah apa sy suka melalaui penulisan sy. xda org baca pun xpe..
Takpe...yang penting kita ikhlas.dalam menulis blog dan kongsi perkara yang bermanfaat kepada masyarakat. :)
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSaya tulis balik ape yg sy komen hari tu.Tak tau kenapa tapi tak dipos. xD
PadamBgi sy , sy lebih tgk penulisan. Lgi best sbb bloggers semua ada cara penulisan masing . Sy lebih suka kalau pos bloggers tu pendapat mereka dan bkn setakat copy paste.
Bloggers yg cantik/ kacak yg terlalu popular ni slalunya byk dapat tawaran iklan. So posting mereka kbyknnya iklan. Sy kurang minat sbb sy nk tau psl bloggersnya, bkn iklan
gaya n penulisan yang baik penarik orang nak pergi masuk blog... akak tahun ni baru bergiat aktif dengan blog... tulis entah apa2 kadang2 typo.... hahahhaha...
BalasPadamsy kalau berminat nk terjah mana2 blog sy prefer tgk isi penulisan nyer...tanpa mengira rupa...heheehehh
BalasPadam