Sumber : Google |
Gempar seluruh Malaysia apabila
penduduk yang beragama Islam di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan, membuat
demonstrasi aman membantah kewujudan gereja haram di pertempatan mereka dan
mendesak agar pihak gereja menurunkan salib yang dilekatkan di dinding luar
gereja itu. Perbuatan penduduk Taman Medan itu mendapat bantahan segelintir
rakyat Malaysia namun tidak kurang juga yang menyokong.
Isu turunkan salib ini samalah
seperti isu pegang anjing tanpa sebab yang berlaku tidak lama dahulu. Reaksi
rakyat Malaysia, terutama umat Islam pelbagai, jelas umat Islam tidak bersatu
dalam menangani isu agama mereka sendiri.
Memang tidak sewajarnya penduduk
Taman Medan bertindak sebegitu rupa kerana boleh menjejaskan keharmonian antara
agama di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga
telah mengatakan, kemungkinan besar penduduk yang terlibat dalam demonstrasi
itu akan ditahan di bawah Akta Hasutan.
Seperti yang saya sebut di atas tadi, memang
tidak wajar tindakan penduduk Taman Medan itu namun kita harus ingat, dasar
Kristianisasi semakin meruncing di negara ini. Bagi menyelematkan akidah Islam
penduduk setempat, tindakan para demonstrasi itu saya kira betul. Prinsip
mencegah lebih baik daripada merawat terpakai dalam situasi ini. Apabila sudah
membarah, merawat pun sudah tidak berguna lagi.
Saya menyokong para demonstrasi itu
kerana gereja itu dibina di kawasan pertempatan Melayu. Sudah wajarlah orang
Melayu/Islam di situ menegakkan hak mereka untuk mempertahankan akidah masing
masing. Seperti mana orang Cina yang tidak suka mendengar azan Subuh kerana
mengganggu tidur mereka, begitu orang Islam yang mahu menurunkan salib tersebut
untuk mempertahankan akidah mereka.
Klik gambar kalau mahu baca |
Namun, perkara ini tidak disedari
oleh kebanyakkan orang yang membantah demonstrasi aman itu. Mereka perlu sedar
akan bahaya gerakan Kristianisasi yang semakin membarah dalam masyarakat Islam.
Namun, saya yakin mereka pasti tidak sedar kerana khayal dengan kuasa politik
dan khayal pula dengan nikmat duniawi ini.
Lucu juga apabila Wardina Safiyya dan
Hafiz Hamidon (kedua duanya selebriti) membantah demonstrasi itu. Sekian banyak
penghinaan yang dilakukan oleh masyarakat bukan Islam terhadap umat Islam,
tidak ada seorang pun artis bukan Islam yang membantah. Alvin Tan yang menghina
azan baru baru ini, tunjukkan kepada saya berapa ramai artis bukan Islam yang
mengecam pemuda Cina tersebut? Mengapa Hafiz dan Wardina begitu sibuk
mempertahankan penganut Kristian sedangkan tidak ada satu pun artis atau
pemimpin bukan Islam sanggup mempertahankan Islam tatkala Islam dihina oleh
orang bukan Islam?
nota : video Alvin Tan hina azan
Tidak salah untuk penduduk Taman
Medan bertindak begitu semata mata untuk mempertahankan akidah mereka.
Mempertahankan akidah adalah tuntutan wajib di dalam Islam. Tidakkah Wardina
dan Hafiz sedar akan hal itu? Mungkin mereka sedar cuma berpura pura tidak
sedar kerana taksub dengan amalam politik tertentu. Ingatlah, mencegah lebih
baik daripada merawat!
Penghinaan terhadap agama Islam
begitu banyak di media media sosial. Tidak percaya? Pergi baca komen komen
pembaca di laman portal Malaysiakini dan Free Malaysia Today. Sekian banyak
penghinaan orang bukan Islam lakukan terhadap orang Islam tanpa dikenakan
sebarang tindakan. Ironinya, umat Islam yang mempertahankan akidah pula yang
mahu ditahan di bawah Akta Hasutan dan dikecam habis habisan.
Sumber : Google |
Lebih pelik apabila Hafiz dan Wardina
tidak pula bersuara apabila Alvin Tan menghina Azan baru baru ini. Mana suara
emas dan lantang mereka yang sanggup membela penganut Kristian itu untuk
mengecam Alvin Tan dan orang bukan Islam yang menghina Islam? Adakah Wardina
dan Hafiz setuju dengan penghinaan yang Alvin Tan (dan orang bukan Islam lain)
lakukan itu?
Dipetik dari blog Ameno World |
Tidaklah dangkal apa yang dilakukan
oleh penduduk Taman Medan itu. Mungkin dangkal bagi sesetengah orang yang tidak
menyedari tentang agenda Kristianisasi yang sedang bertebaran luas di negara
ini. Juga dangkal bagi mereka yang tidak cukup ilmu dalam hal ini. Untuk
pengetahuan pembaca, China dan Singapura turut melakukan perkara yang sama kepada
penganut Kristian di negara masing masing dan tidak pula dibantah oleh penganut
Kristian, pemimpin pembangkang dan orang Islam seperti di Malaysia. Tidak
percaya? Saya beri bukti di sini.
Dipetik dari blog Helen Ang |
Amatlah menyedihkan apabila ramai
pemimpin dan artis yang beragama Islam, bertudung dan menyanyi lagu lagu nasyid
tidak menyedari kesan pembinaan gereja tersebut di kawasan Taman Medan itu lalu
mempertahankan penganut Kristian pula. Saya bukannya menghasut orang ramai
supaya membenci penganut Kristian namun saya merasakan layanan yang orang Islam
terima di negara ini tidak adil sama sekali.
Begitu banyak penghinaan yang
dilakukan oleh orang bukan Islam terhadap agama Islam, tetapi tidak ada seorang
pun yang mahu mempertahankannya. Kecohnya pun tidaklah seperti sekarang. Jika
orang Islam cuba mempertahankan akidah mereka akan dianggap sebagai melampau,
tetapi apabila orang bukan Islam yang menghina Islam sesuka hati mereka, tidak
pula dianggap melampau!
Sumber : Google |
Seandainya tindakan undang undang
dikenakan ke atas para demonstrasi itu, nescaya keadilan sudah tidak wujud lagi
di Malaysia. Umat Islam dianiaya tanpa rasa belas kasihan hanya semata mata
kerana mereka mahu mempertahankan akidah mereka sahaja. Orang bukan Islam yang
menghina agama Islam tidak pula dikenakan apa apa tindakan. Jika kena pun
langsung tidak menyakitkan tetapi orang Islam yang cuba untuk mempertahankan
akidah mereka, mahu dikenakan tindakan undang undang yang tegas.
Sekiranya peserta demonstrasi itu
ditahan di bawak Akta Hasutan oleh Kementerian Dalam Negeri, adalah lebih baik
pada PRU14 yang akan datang orang Islam ramai ramai mengundi DAP. Sudah
pastilah keadilan untuk orang Islam tidak wujud lagi. Apa guna memilih UMNO
yang dianggotai oleh orang Islam tetapi tidak mampu untuk mempertahankan Islam!
Penulis seharusnya menyelami dulu makna toleransi sebelum menuang minyak dalam api. Cuba pandang sekejap ke Sabah dan Sarawak. Perkara ini tidak terjadi kerana kami rakyat Sabah dan Sarawak sentiasa menghormati agama dan adat aum lain. Contohnya di Miri. Terdapat sebuah masjid dan gereja yang hanya dipisahkan pagar sahaja. setiap kali Solat jumaat,pihak gereja akan membuka pintu kawasan gereja dan membenarkan parkin dalam kawasan gereja digunakan oleh Umat Islam. Begitu juga bila tiba masa Hari Ahad. Tidak ada pun kami sampai membuat perkara yang boleh menyakitkan hati saudara kami yang berlainan anutan. Perkara-perkara yang terjadi di SEMENANJUNG itu tidak pernah terjadi di Sabah dan Sarawak kecuali terdapat segelintir rakyat SEMENANJUNG yang cuba meracuni perasaan rakyat Sabah dan Sarawak bila dating ke sini. Sesuailah apa yang dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak yang tidak membenarkan orang-orang ini menjejakkan kaki ke negeri kami.
BalasPadamJANGAN BIARKAN SALIB BEBAS BERJALAN
BalasPadamSpatutnya kita smakin matang dlm menyentuh isu agama..namun..masih ada segelintir dkalangan kita yg merasakan tindakan mereka sntiasa betul..walaupun sbnrya salah...
BalasPadamapa yg kita akan rasa bila di negara luar bukan islam, orang suruh kita turunkan kubah masjid?
BalasPadamkita kena hidup dlm toleransi, sedangkan nabi suruh dan ajar kita menghormati agama org lain... tergugat kan iman kita dgn salib tu? terjejaskah akidah kita dgn salib tu? itu yang kita kena tanya diri kita... prvokasi tetap akan berlaku, penghinaan tetap akan berlaku, cerdiknya kita bukan dengan melawan tetapi menangani provokasi dan hinaan. kalau saya saya suka tunjukkan islam adalah agama yg mudah dan harmoni, walaupun ditindas tetap harmoni...