Sumber : Google |
Jika anda bukan penganut blog dan
peminat politik yang tulen, sudah pasti anda tidak akan mengenal nama blogger
berbangsa Tionghua bernama Helen Ang ini. Walaupun baru lima tahun menubuhkan
blog helenang.wordpress.com, namun dia mampu untuk mencatat pageview
lebih daripada lima juta! Ini adalah satu rekod yang sangat membanggakan bagi
seorang penulis blog. Sebagai blogger, jujur saya katakan bahawa saya adalah
peminat tegar kepada Helen Ang ini.
Timbul persoalan siapakah blogger
Helen Ang ini? Mengapa blog beliau boleh dikenali sebegitu cepat? Apakah cara
yang beliau gunakan untuk mempopularkan blog beliau itu? Adakah Helen Ang ini
seorang politikus, jutawan, model, ataupun seorang pejuang?
Helen Ang hanyalah seorang penulis
blog biasa yang menulis secara moderate tetapi menyengat! Beliau pernah
bertugas sebagai wartawan di akhbar New Straits Times, The Star dan terakhir di
laman portal Malaysiakini. Oleh kerana siri siri rencananya (kolum) sering
melawan arus dengan sidang editorial Malaysiakini dan selera pembaca laman
portal itu, kolum beliau pun dibekukan dan dihapuskan. Setelah berkhidmat
selama tujuh belas tahun sebagai wartawan, akhirnya Helen Ang menjadi salah
seorang penulis blog yang cukup popular di Malaysia (bagi peminat politik
seperti saya)
Apa yang menarik tentang blogger
wanita Cina ini ialah kebolehan beliau menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu dengan baik di dalam blognya. Jarang sekali ada blogger seperti beliau.
Saya sendiri pun hanya menulis dalam Bahasa Melayu dan jarang sekali mahu
menulis dalam Bahasa Inggeris kerana saya tidak mahir menggunakan bahasa
penting itu. Berbeza dengan Helen Ang, beliau cekap menulis dalam Bahasa
Inggeris dan mahir pula menulis dalam Bahasa Melayu walaupun bukanlah orang
dari bangsa Melayu!
Jika kita membaca blog beliau, pasti
pelbagai gambarajah, carta, graf, dan jadual akan menghiasi hampir kebanyakkan
entri beliau. Satu perkara yang sangat jarang dilakukan oleh mana mana blogger.
Segala gambarajah, carta, graf dan jadual itu memperkukuhkan lagi hujah hujah
beliau dalam memberi penerangan di setiap entrinya. Segala unsur itu telah
membuatkan tulisan beliau sangat ampuh dan sukar untuk disangkal. Inilah kali
pertama saya bertemu dengan penulis blog yang serajin itu.
Walaupun beliau agak pro-BN dan UMNO
dalam setiap tulisannya, tetapi beliau tidak segan silu menghentam mana mana
pemimpin BN yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat dengan
sempurna. Seperti saya, ramai pemimpin telah menjadi sasaran kritikkan beliau
antaranya Datuk Seri Chua Soi Lek, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khairy
Jamaluddin, Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan ramai lagi.
Pelik bin aneh sebenarnya apabila
seorang wanita Cina dan tidak menganut agama Islam, namun membela orang Melayu
dan agama Islam seolah olah Melayu dan Islam itu adalah agama dan bangsa
beliau. Selain daripada Dr. Ridhuan Tee Abdullah (ahli akademik dan pendakwah),
inilah kali pertama saya berjumpa dengan orang Cina yang tidak beragama Islam
yang terang terang menyokong Islam dan Melayu.
Setahu saya, hampir semua masyarakat
Cina pasti akan berpihak kepada DAP namun berlainan sekali dengan Helen Ang.
Beliau tidak segan silu untuk menghentam ahli politik DAP yang sebangsa dan
mungkin seagama dengan beliau di dalam setiap tulisannya di blog. Beliau tidak
habis habis mengkritik DAP dan masyarakat Cina yang acapkali menghina orang
Islam, Melayu dan Malaysia. Inilah yang membezakan Helen Ang dengan ramai orang
Cina dan orang Melayu di luar sana.
Beliau acapkali mendedahkan agenda
Kristian yang dicetuskan oleh DAP di dalam blognya dan tidak pernah berhenti
berusaha untuk mengingatkan orang Melayu/Islam supaya berhati hati dengan
gerakan evangelist Kristian yang dimainkan oleh pemimpin pemimpin DAP. Beliau
juga tidak putus putus memberi peringatan orang Melayu akan bahaya yang bangsa
mereka bakal hadapi jika DAP memerintah Malaysia suatu hari nanti.
Selain pemimpin UMNO-BN, pemimpin PR
juga banyak ‘dilanyak’ oleh beliau di dalam blognya seperti Hannah Yeoh (sudah
acapkali), Ong Kian Ming, Lim Guan Eng, Mujahid Yusuf Rawa dan ramai lagi.
Dalam isu Turun Salib yang meletus di
Taman Medan baru baru ini, ternyata beliau tidak segan silu menyokong para
peserta demonstrasi itu. Beliau mengeluarkan hujah hujah bernas mengapa salib
itu wajar diturunkan. Saya begitu kagum dengan beliau. Seorang Cina bukan Islam
boleh melihat bahaya agenda Kristian di situ tetapi sayangnya tidak dapat
dilihat orang Melayu/Islam yang diberi cahaya keimanan oleh Allah seperti
Wardina Safiyya dan Hafiz Hamidon terutamanya.
Helen Ang yang bukan Melayu dan bukan
Islam begitu tekal dan berani mempertahankan Islam tetapi ramai orang Melayu
hanya berpeluk tubuh sahaja tatkala Islam dihina. Lebih menyedihkan, mereka
bukan sahaja tidak mahu mengambil apa apa tindakan, malah mencemuh pula para
peserta itu. Ada juga yang mahu para peserta itu dihukum supaya toleransi
antara agama dapat dipertahankan. Mereka tetap mahu menunjukkan kebaikkan dan
kelembutan Islam dalam menangani penghinaan itu walaupun Islam sudah acapkali
dihina oleh orang bukan Islam.
Itulah hebatnya blogger bernama Helen
Ang ini. Walaupun tidak berdarah Melayu/Islam, tetapi semangat, gerak rasa dan
akal budi Melayu Islam itu tertanam kukuh di dalam dirinya. Saya berdoa agar
Allah boleh membuka pintu hidayah kepada Helen Ang agar wanita ini boleh
memeluk agama kebenaran dan diredhai ini suatu hari nanti. Alangkah indahnya
dunia jika ramai umat Islam seperti blogger Helen Ang…
Semoga helen ang masuk Islam secepat mungkin
BalasPadamOooo...baru tau..sblum ni xkenal pon dia...mgkin sbb genre blog dia yg jarang sy ikuti kot...lepas ni leh lah jenguk2 blog dia
BalasPadamsaya peminat senyap Helen Ang dan kagum dengan beliau.semoga Allah mengurniakan hidayah untuknya menjadi seorang muslim...
BalasPadamBegitulah skrip yg telah tertulis di Loh Mahfuz semenjak azali lagi. Kalau umat Islam masih tak sedar jugak fikir-fikirlah kenapa Allah mengatakan " Nikmat ALLAH yang mana satu yg kamu nafikan" sebanyak 31 kali didalam surah Ar Rahman.
BalasPadamYa Allah bukakan lah pintu hati Helen Ang supaya memeluk AgamaMu..
Padam