Ini adalah satu luahan pendapat di Twitter berkenaan dengan lelaki yang kerap ke gymnasium. Lelaki yang gemar ke gymnasium ini sudah tentulah mempunyai susuk tubuh yang berotot. tegap, cantik dan menarik. Sudah pastilah ramai gadis gadis comel akan tertarik dengan lelaki lelaki yang sebegini.
Kebiasaannya, lelaki lelaki yang mempunyai tubuh yang berotot ini, gemar untuk menayangkan tubuh mereka di laman sosial seperti Intagram misalnya. Saya tidak tahu apa tujuan mereka tetapi menurut saya, mungkin mereka mahu tunjukkan hasil penat lelah mereka selama ini dan mahukan orang lain mengikuti jejak langkah mereka.
Masakan tidak, lelaki yang mempunyai tubuh yang berotot ini sudah pastilah seorang lelaki yang sihat, kacak dan bergaya!
Untuk pengetahuan semua, lelaki lelaki yang gemar menunjukkan tubuh mereka di media sosial ini dipanggil lelaki spornoseksual. Spornoseksual merujuk kepada golongan lelaki berbadan sasa yang obses menayangkan menayangkan badan mereka dalam foto berbentuk selfie untuk dikongsi di laman sosial. Istilah spornoseksual itu diperkenalkan oleh seorang wartawan dan penulis Britain bernama Mark Simpson.
Sumber : Google |
Timbul persoalan, adakah semua lelaki yang gemar ke gymnasium ini atau lelaki yang mempunyai badan berotot ini seorang gay? Soalan itu sukar dijawab memandangkan sekian banyak perkara perkara pelik yang berlaku di akhir zaman ini. Tidak mustahil lelaki lelaki seperti ini bernafsu songsang tetapi janganlah kita terlalu jumud dengan mengatakan semua lelaki berbadan sasa itu gay. Ada juga yang normal dan mencintai kaum wanita seperti biasa.
Pokok pangkalnya, terpulang kepada individu itu sendiri mengapa dia gemar ke gymnasium dan mempunyai tubuh badan yang berotot itu. Jika niat mereka mahu menjaga penampilan diri dan sentiasa sihat, itu satu perkara yang bagus. Tetapi jika niat mereka sudah menyongsang daripada itu, bawa bawalah bertaubat...
tak minat badan berotot ni . huhuu
BalasPadamsetuju .. ada je lelaki berotot yg dah berkeluarga, ada bini cantik, ada anak semua.. :)
BalasPadamtak juga.. abang sy suka p gym sebab taknak perut boroi.. tu je.. tapi utk badan ketak2 tu takde lar.. nasib lah dia bukan jenis sPornoseksual.. ??
BalasPadamAlamak si badan sado pun ada yang gay...
BalasPadambetul tu,bergantung pada niat.seeloknya niat untuk sihat kan.kalau menyimpang tu,harap bertaubat la.
BalasPadamHuihh..abg sado...sy lak yg segan tgk...heheheh
BalasPadambenda ni 50-50 gak
BalasPadamada abg sado yg mmg gay cuma kita x tau tp
ada gak yg dah ada famili sume tp org salah fhm gak ngan diorg ni