Sumber : Google |
Selain daripada isu GST dan isu serangan
Mahathir kepada Najib, tumpuan rakyat Malaysia kini terarah kepada dua PRK
iaitu Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Rompin. PRK di Permatang Pauh
diadakan ekoran penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjarakan selama
lima tahun dan pengampunan beliau ditolak oleh Seri Paduka Baginda Yang Di
Pertuan Agong. PRK Rompin pula diadakan ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri
Jamaluddin Jarjis yang terlibat di dalam nahas helikopter baru baru ini.
Saya tidak mahu mengulas kelebihan
dan kekurangan calon yang bertanding di kedua dua PRK itu sama ada di pihak BN
mahupun di pihak PR. Pada saya, calon calon yang bertanding di kedua dua kerusi
itu berpeluang untuk menang. Tetapi, suka untuk saya mengulas tentang kebolehan
BN dalam merampas kerusi Permatang Pauh di samping mempertahankan kerusi Rompin
pada PRK kali ini.
Sebagai blogger yang tidak cekap,
saya tidak mahu bermain dengan angka dalam ulasan saya kali ini. Saya lebih
suka mengulas dari segi pengaruh politik dan pengaruh isu nasional yang pasti akan
menghambat dan menghangatkan PRK kali ini.
Saya kurang yakin yang BN boleh
merampas Permatang Pauh dari tangan PKR walau siapa pun calon yang mereka
letakkan dan dengan siapa pun calon itu berlawan. Saya yakin, pengundi
Permatang Pauh pasti akan mengundi PKR seperti mana sebelum ini. Simpati mereka
kepada Anwar dan keluarga menguatkan lagi sokongan mereka untuk memberi undi
kepada sesiapa sahaja calon yang diletakkan oleh Pakatan Rakyat. Saya yakin BN
pasti kuluhum di Permatang Pauh melainkan ada keajaiban yang bakal muncul
kerana di dalam politik apa sahaja boleh berlaku! Tidak mustahil juga untuk BN
memang tetapi saya yakin jalannya pasti penuh liku dan perlu pula menempuh
banyak onak duri.
Berbeza dengan di Rompin, kawasan ini
adalah kawasan ‘simpanan tetap’ untuk BN sejak sekian lama. Maka, peluang untuk
BN mempertahankan kerusi ini sangat luas. Saya fikir BN tidak punya banyak
masalah untuk mengekalkan kerusi ini ditambah pula, menurut cakap cakap
politik, calon yang BN letakkan memang berwibawa dan berkreadibiliti untuk
mempertahankan kerusi ini.
Walabagaimanapun, BN tidak boleh
berasa terlalu selesa di Rompin. Isu GST, isu 1MDB, isu Altantuya dan segala
macam isu yang menghambat kepimpinan Najib serta BN akan terus dimainkan oleh
PR bagi meraih sokongan pengundi pengundi Rompin. Isu isu nasional sebegini
yang menggerhanakan peluang BN untuk mempertahankan kerusi itu. Adalah tidak
mustahil untuk BN kalah di Rompin jika mereka silap membuat percaturan dalam
menangani isu dan mainan politik pembangkang.
Sebagai pengamal politik Machievelli,
sudah pastilah strategi matlamat menghalalkan cara digunakan. Ahli ahli politik
di kedua dua parti pasti akan menggunakan apa jua cara untuk menawan hati
pengundi. Fitnah, media dan wang pasti akan digunakan sebagai salah satu
strategi untuk meraih sokongan pengundi di Rompin dan Permatang Pauh.
Pada saya, isu GST adalah isu terbaik
yang pasti akan digunakan oleh parti pembangkang untuk menawan kerusi ini.
Pembangkang punya peluang yang cerah untuk menawan Permatang Pauh tetapi agak
sukar di Rompin. Terpulanglah kepada ahli politik pembangkang untuk menggunakan
strategi yang mana bagi menambah sokongan pengundi di pihak mereka. Jika nasib
mereka baik, kedua dua kerusi berjaya mereka tawan, Jika nasib mereka buruk,
mereka hanya tawan Permatang Pauh dan tidak Rompin atau mungkin kehilangan
kedua dua kerusi sekaligus!
Apa yang penting adalah rakyat di
Permatang Pauh dan di Rompin perlu menunaikan tanggubjawab anda sebagai
pengundi pada PRU akan datang. Jangan sesekali culas untuk menunaikan
tanggungjawab anda kerana satu undi anda amatlah berharga. Tanggungjawab anda
sebagai pengundi, tidak kira anda undi BN atau PR, perlu dilaksanakan dengan
sebaik mungkin.
jangan ada pengundi hantu sudahla hehehehe
BalasPadamEntah2 keduanya tak dapat. Hehe...
BalasPadamRompin msih bn permatang pauh masih pkr heeheheh
BalasPadam