Rabu, 22 April 2015

TURUN SALIB TIDAK PATUT TETAPI PERLU

Sumber : Google

Gempar seluruh Malaysia apabila penduduk yang beragama Islam di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan, membuat demonstrasi aman membantah kewujudan gereja haram di pertempatan mereka dan mendesak agar pihak gereja menurunkan salib yang dilekatkan di dinding luar gereja itu. Perbuatan penduduk Taman Medan itu mendapat bantahan segelintir rakyat Malaysia namun tidak kurang juga yang menyokong.

Isu turunkan salib ini samalah seperti isu pegang anjing tanpa sebab yang berlaku tidak lama dahulu. Reaksi rakyat Malaysia, terutama umat Islam pelbagai, jelas umat Islam tidak bersatu dalam menangani isu agama mereka sendiri.

Memang tidak sewajarnya penduduk Taman Medan bertindak sebegitu rupa kerana boleh menjejaskan keharmonian antara agama di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga telah mengatakan, kemungkinan besar penduduk yang terlibat dalam demonstrasi itu akan ditahan di bawah Akta Hasutan.


 Seperti yang saya sebut di atas tadi, memang tidak wajar tindakan penduduk Taman Medan itu namun kita harus ingat, dasar Kristianisasi semakin meruncing di negara ini. Bagi menyelematkan akidah Islam penduduk setempat, tindakan para demonstrasi itu saya kira betul. Prinsip mencegah lebih baik daripada merawat terpakai dalam situasi ini. Apabila sudah membarah, merawat pun sudah tidak berguna lagi.
                                              
Saya menyokong para demonstrasi itu kerana gereja itu dibina di kawasan pertempatan Melayu. Sudah wajarlah orang Melayu/Islam di situ menegakkan hak mereka untuk mempertahankan akidah masing masing. Seperti mana orang Cina yang tidak suka mendengar azan Subuh kerana mengganggu tidur mereka, begitu orang Islam yang mahu menurunkan salib tersebut untuk mempertahankan akidah mereka.


Klik gambar kalau mahu baca

Namun, perkara ini tidak disedari oleh kebanyakkan orang yang membantah demonstrasi aman itu. Mereka perlu sedar akan bahaya gerakan Kristianisasi yang semakin membarah dalam masyarakat Islam. Namun, saya yakin mereka pasti tidak sedar kerana khayal dengan kuasa politik dan khayal pula dengan nikmat duniawi ini.

Lucu juga apabila Wardina Safiyya dan Hafiz Hamidon (kedua duanya selebriti) membantah demonstrasi itu. Sekian banyak penghinaan yang dilakukan oleh masyarakat bukan Islam terhadap umat Islam, tidak ada seorang pun artis bukan Islam yang membantah. Alvin Tan yang menghina azan baru baru ini, tunjukkan kepada saya berapa ramai artis bukan Islam yang mengecam pemuda Cina tersebut? Mengapa Hafiz dan Wardina begitu sibuk mempertahankan penganut Kristian sedangkan tidak ada satu pun artis atau pemimpin bukan Islam sanggup mempertahankan Islam tatkala Islam dihina oleh orang bukan Islam?


nota : video Alvin Tan hina azan



Tidak salah untuk penduduk Taman Medan bertindak begitu semata mata untuk mempertahankan akidah mereka. Mempertahankan akidah adalah tuntutan wajib di dalam Islam. Tidakkah Wardina dan Hafiz sedar akan hal itu? Mungkin mereka sedar cuma berpura pura tidak sedar kerana taksub dengan amalam politik tertentu. Ingatlah, mencegah lebih baik daripada merawat!

Penghinaan terhadap agama Islam begitu banyak di media media sosial. Tidak percaya? Pergi baca komen komen pembaca di laman portal Malaysiakini dan Free Malaysia Today. Sekian banyak penghinaan orang bukan Islam lakukan terhadap orang Islam tanpa dikenakan sebarang tindakan. Ironinya, umat Islam yang mempertahankan akidah pula yang mahu ditahan di bawah Akta Hasutan dan dikecam habis habisan.   

Sumber : Google


Lebih pelik apabila Hafiz dan Wardina tidak pula bersuara apabila Alvin Tan menghina Azan baru baru ini. Mana suara emas dan lantang mereka yang sanggup membela penganut Kristian itu untuk mengecam Alvin Tan dan orang bukan Islam yang menghina Islam? Adakah Wardina dan Hafiz setuju dengan penghinaan yang Alvin Tan (dan orang bukan Islam lain) lakukan itu?


Dipetik dari blog Ameno World

Tidaklah dangkal apa yang dilakukan oleh penduduk Taman Medan itu. Mungkin dangkal bagi sesetengah orang yang tidak menyedari tentang agenda Kristianisasi yang sedang bertebaran luas di negara ini. Juga dangkal bagi mereka yang tidak cukup ilmu dalam hal ini. Untuk pengetahuan pembaca, China dan Singapura turut melakukan perkara yang sama kepada penganut Kristian di negara masing masing dan tidak pula dibantah oleh penganut Kristian, pemimpin pembangkang dan orang Islam seperti di Malaysia. Tidak percaya? Saya beri bukti di sini

Dipetik dari blog Helen Ang

Amatlah menyedihkan apabila ramai pemimpin dan artis yang beragama Islam, bertudung dan menyanyi lagu lagu nasyid tidak menyedari kesan pembinaan gereja tersebut di kawasan Taman Medan itu lalu mempertahankan penganut Kristian pula. Saya bukannya menghasut orang ramai supaya membenci penganut Kristian namun saya merasakan layanan yang orang Islam terima di negara ini tidak adil sama sekali.

Begitu banyak penghinaan yang dilakukan oleh orang bukan Islam terhadap agama Islam, tetapi tidak ada seorang pun yang mahu mempertahankannya. Kecohnya pun tidaklah seperti sekarang. Jika orang Islam cuba mempertahankan akidah mereka akan dianggap sebagai melampau, tetapi apabila orang bukan Islam yang menghina Islam sesuka hati mereka, tidak pula dianggap melampau!

Sumber : Google

Seandainya tindakan undang undang dikenakan ke atas para demonstrasi itu, nescaya keadilan sudah tidak wujud lagi di Malaysia. Umat Islam dianiaya tanpa rasa belas kasihan hanya semata mata kerana mereka mahu mempertahankan akidah mereka sahaja. Orang bukan Islam yang menghina agama Islam tidak pula dikenakan apa apa tindakan. Jika kena pun langsung tidak menyakitkan tetapi orang Islam yang cuba untuk mempertahankan akidah mereka, mahu dikenakan tindakan undang undang yang tegas.


Sekiranya peserta demonstrasi itu ditahan di bawak Akta Hasutan oleh Kementerian Dalam Negeri, adalah lebih baik pada PRU14 yang akan datang orang Islam ramai ramai mengundi DAP. Sudah pastilah keadilan untuk orang Islam tidak wujud lagi. Apa guna memilih UMNO yang dianggotai oleh orang Islam tetapi tidak mampu untuk mempertahankan Islam!    

4 ulasan:

  1. Penulis seharusnya menyelami dulu makna toleransi sebelum menuang minyak dalam api. Cuba pandang sekejap ke Sabah dan Sarawak. Perkara ini tidak terjadi kerana kami rakyat Sabah dan Sarawak sentiasa menghormati agama dan adat aum lain. Contohnya di Miri. Terdapat sebuah masjid dan gereja yang hanya dipisahkan pagar sahaja. setiap kali Solat jumaat,pihak gereja akan membuka pintu kawasan gereja dan membenarkan parkin dalam kawasan gereja digunakan oleh Umat Islam. Begitu juga bila tiba masa Hari Ahad. Tidak ada pun kami sampai membuat perkara yang boleh menyakitkan hati saudara kami yang berlainan anutan. Perkara-perkara yang terjadi di SEMENANJUNG itu tidak pernah terjadi di Sabah dan Sarawak kecuali terdapat segelintir rakyat SEMENANJUNG yang cuba meracuni perasaan rakyat Sabah dan Sarawak bila dating ke sini. Sesuailah apa yang dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak yang tidak membenarkan orang-orang ini menjejakkan kaki ke negeri kami.

    BalasPadam
  2. Spatutnya kita smakin matang dlm menyentuh isu agama..namun..masih ada segelintir dkalangan kita yg merasakan tindakan mereka sntiasa betul..walaupun sbnrya salah...

    BalasPadam
  3. apa yg kita akan rasa bila di negara luar bukan islam, orang suruh kita turunkan kubah masjid?
    kita kena hidup dlm toleransi, sedangkan nabi suruh dan ajar kita menghormati agama org lain... tergugat kan iman kita dgn salib tu? terjejaskah akidah kita dgn salib tu? itu yang kita kena tanya diri kita... prvokasi tetap akan berlaku, penghinaan tetap akan berlaku, cerdiknya kita bukan dengan melawan tetapi menangani provokasi dan hinaan. kalau saya saya suka tunjukkan islam adalah agama yg mudah dan harmoni, walaupun ditindas tetap harmoni...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.