Khamis, 23 April 2015

SERANGAN MAHATHIR, TERGUGATKAH NAJIB?

Sumber : Google

Tidak putus putus serangan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri dan negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamed ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Terbaru, Dr. Mahathir mengatakan Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri. Sebelum ini, beliau mendesak Najib supaya meletak jawatan setelah menarik kembali sokongannya kepada Perdana Menteri itu.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa Mahathir mahu menjatuhkan Najib seperti mana yang telah beliau lakukan kepada Tun Abdullah (Pak Lah) suatu ketika dahulu. Melihat suasana di media sosial, jelas ramai orang menyokong Mahathir daripada menyokong Najib. Hanya ahli ahli UMNO sahaja yang masih berpihak kepada Najib. Ini bermakna politik berasaskan ketaksuban kepada pemimpin begitu menebal dal jiwa orang orang UMNO mengatasi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Mahathir menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan Najib. Bukan sahaja melalui akhbar, blog beliau turut memainkan peranan untuk menjalankan gerakan menjatuhkan Najib itu. Pelbagai isu yang beliau bangkitkan dan pelbagai kelemahan Najib yang beliau senaraikan bagi membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa Najib memang tidak layak untuk berada di tempatnya sekarang.


Najib pula sekadar membisu seribu bahasa dan ‘buat buat pekak sahaja’ akan segala serangan Mahathir itu. Ya, memang ada Najib menjawabnya segala serangan dan persoalan itu semasa ditemuramah oleh TV3 namun menurut kebanyakkan orang, jawapan Najib itu terlalu lemah pengisiannya. Maksudnya, Najib tidak menjawab penuh segala serangan dan soalan Mahathir itu.

Sebagai pemimpin berwibawa dan berada pula di jalan yang betul, Najib sepatutnya menjawab, membuktikan, dan mematahkan segala serangan serta soalan Mahathir itu dengan mengemukakan jawapan yang bernas lagi tepat. Malangnya Najib tidak berbuat demikian. Oleh itu, kecurigaan Mahathir dan kecurigaan rakyat terhadap Najib semakin melebar terutama dalam isu GST, 1MDB, dan pembunuhan Altantuya.

Perkara semacam itu boleh menjejaskan kreadibiliti Najib sebagai Perdana Menteri dan memberi kesan buruk kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Timbul persoalan, adakah serangan Mahathir itu mampu menjatuhkan Najib seperti mana yang berlaku kepada Pak Lah? Pada hemat saya, gerakan menjatuhkan Najib yang ditaja oleh Mahathir ini tidak semudah seperti mana yang terjadi kepada Pak Lah. Di zaman Pak Lah, ada ramai blogger, ahli dan pemimpin UMNO (Muhyiddin Yaasin terutamanya) yang memberi sokongan padu kepada Mahathir. Maka, gerakan menjatuhkan Pak Lah semakin mudah dan lancar pelaksanannya.

Di zaman Najib, ramai blogger, ahli dan pemimpin UMNO (Muhyiddin Yaasin pun) berada di belakang Perdana Menteri itu menyebabkan gerakan menjatuhkannya semakin susah dan sukar. Muhyiddin pun dilihat tidak agresif untuk menjatuhkan Najib seperti mana yang pernah beliau lakukan kepada Pak Lah dahulu walhal jika dilihat, Najib lebih teruk daripada Pak Lah!

Mahathir tidak disokong oleh ahli, blogger dan pemimpin UMNO yang agresif seperti di zaman Pak Lah dahulu dalam menjatuhkan Najib pada hari ini. Justeru itu, kedudukan Najib terus ampuh dan kukuh di persada kuasa tersebut. Mahathir hanya mampu berusaha selagi nyawanya masih ada tetapi sekiranya ahli, blogger dan pemimpin UMNO masih bersama Najib, sukar untuk usaha beliau itu dilaksanakan.    

Najib hanya boleh dijatuhkan melalui dua cara, pertama, seluruh ahli UMNO dan blogger pro UMNO supaya bersatu dengan Mahathir untuk menjatuhkan Najib. Gerakan menjatuhkan Najib juga mesti disokong oleh seorang (sekurang kurangnya) pemimpin UMNO yang kuat dan berwibawa seperti Muhyiddin umpamanya.

Tetapi, jika dilihat pada situasi sekarang, sukar untuk perkara itu berlaku. Jelas, ramai penyokong, pemimpin dan blogger pro UMNO terus menyokong kepimpinan Najib. Maka, gerakan menjatuhkan Najib itu dilihat lemah.

Cara yang kedua adalah melalui pilihanraya. Cara ini lebih praktikal berbanding cara yang pertama tadi. Rakyat jangan mengundi UMNO-BN pada PRU14 dan sudah pasti Najib dapat dijatuhkan dengan serta merta. Cara ini lebih mudah dan tidak mustahil untuk berlaku memandangkan begitu ramai (rakyat) yang negatif pada kepimpinan Najib.

Jika perkara itu berlaku, maka iklim politik Malaysia akan berubah secara mendadak. UMNO – BN pasti akan menangis tidak berlagu dan peluang untuk mereka menguasai Putrajaya tidak akan lagi tercapai sampai bila bila. Jika UMNO – BN tidak mahu perkara tersebut berlaku, wajarlah mereka bertindak sekarang.

Walau apa pun, gerakan menjatuhkan Najib yang digerakkan oleh Mahathir sangat sukar pada waktu itu. Mahathir memang mendapat sokongan rakyat namun tidak sokongan UMNO. Maka, sukarlah Mahathir untuk menjatuhkan Najib kecuali ada keajaiban yang akan berlaku. Bila Najib akan turun sebagai Perdana Menteri? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui…    

  

3 ulasan:

  1. Scara peribadi sy sgt kecewa dgn temuramah tv3 yg lepas kerana soklan yg dtujukan pon umpama membaca skrip dan tak relevan...jawapn pulak??? Hmmm...paham2 sndiri je laaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu deanna, membengkokkan (divert) jawapan kpd jambatan bengkok semata mata... jawapan x menampakan pemikiran seorang perdana menteri

      Padam
  2. ahahaha..mungkin hampir tertewas dah PM kita ni.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.