Sumber : Google |
Cikgu : Kelajuan cahaya tertinggi yang
pernah dicatatkan oleh ahli sains adalah 299 792 45558 m/s. Itu adalah kelajuan
yang paling pantas yang pernah dicatatkan dalam dunia sejak zaman dahulu
lagi. Ada sesiapa di antara kamu yang
boleh membuktikan sesuatu yang lebih laju dari cahaya?
Rayyan : Ada cikgu…jawapan saya suis lampu.
Cikgu : Suis lampu? Buktikan kepada saya…
Rayyan : Sebelum cahaya tu bergerak, suis
lampu yang bergerak dulu cikgu. Kalau suis tak dipetik, cahaya pun tak bergerak
cikgu.
Cikgu : Haa…bagus buah fikiran kamu
Rayyan.
Hakim : Saya bantah cikgu…saya ada jawapan
yang lain yang lebih bagus daripada jawapan Rayyan.
Cikgu : Apa dia Hakim?
Hakim : Jawapan saya adalah fikiran cikgu.
Fikiran lebih pantas daripada cahaya dan suis lampu. Sebelum suis lampu itu
dipetik, fikiran dah mendahului tangan yang memetik suis.
Cikgu : Hmm…sungguh kreatif cara kamu
berfikir Hakim. Bagus! Ada sesiapa lagi nak berikan jawapan yang lebih bagus
daripada jawapan Hakim dan Rayyan.
Mikhail : Ada cikgu…saya rasa semua tu tak
sepantas mana.
Cikgu : Ok, apa jawapan kamu Mikhail?
Mikhail : Cirit cikgu.
Cikgu : Cirit? Awak jangan nak main main
dalam kelas saya ye. Nak main main sila keluar!
Mikhail : Iye cikgu…pada suatu malam tu…saya
terjaga…tak sempat saya fikir, tak sempat saya petik suis lampu…dah tercirit
dalam seluar.
p/s : kahkahkah
hahahahhahaaha betui jugak
BalasPadamhahahahaah...dpt anak murid cenggini...hari2 gelak
BalasPadam