Jumaat, 24 April 2015

PERMATANG PAUH SUKAR, ROMPIN ADA HARAPAN

Sumber : Google

Selain daripada isu GST dan isu serangan Mahathir kepada Najib, tumpuan rakyat Malaysia kini terarah kepada dua PRK iaitu Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Rompin. PRK di Permatang Pauh diadakan ekoran penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjarakan selama lima tahun dan pengampunan beliau ditolak oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. PRK Rompin pula diadakan ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang terlibat di dalam nahas helikopter baru baru ini.

Saya tidak mahu mengulas kelebihan dan kekurangan calon yang bertanding di kedua dua PRK itu sama ada di pihak BN mahupun di pihak PR. Pada saya, calon calon yang bertanding di kedua dua kerusi itu berpeluang untuk menang. Tetapi, suka untuk saya mengulas tentang kebolehan BN dalam merampas kerusi Permatang Pauh di samping mempertahankan kerusi Rompin pada PRK kali ini.

Sebagai blogger yang tidak cekap, saya tidak mahu bermain dengan angka dalam ulasan saya kali ini. Saya lebih suka mengulas dari segi pengaruh politik dan pengaruh isu nasional yang pasti akan menghambat dan menghangatkan PRK kali ini.


Saya kurang yakin yang BN boleh merampas Permatang Pauh dari tangan PKR walau siapa pun calon yang mereka letakkan dan dengan siapa pun calon itu berlawan. Saya yakin, pengundi Permatang Pauh pasti akan mengundi PKR seperti mana sebelum ini. Simpati mereka kepada Anwar dan keluarga menguatkan lagi sokongan mereka untuk memberi undi kepada sesiapa sahaja calon yang diletakkan oleh Pakatan Rakyat. Saya yakin BN pasti kuluhum di Permatang Pauh melainkan ada keajaiban yang bakal muncul kerana di dalam politik apa sahaja boleh berlaku! Tidak mustahil juga untuk BN memang tetapi saya yakin jalannya pasti penuh liku dan perlu pula menempuh banyak onak duri.

Berbeza dengan di Rompin, kawasan ini adalah kawasan ‘simpanan tetap’ untuk BN sejak sekian lama. Maka, peluang untuk BN mempertahankan kerusi ini sangat luas. Saya fikir BN tidak punya banyak masalah untuk mengekalkan kerusi ini ditambah pula, menurut cakap cakap politik, calon yang BN letakkan memang berwibawa dan berkreadibiliti untuk mempertahankan kerusi ini.

Walabagaimanapun, BN tidak boleh berasa terlalu selesa di Rompin. Isu GST, isu 1MDB, isu Altantuya dan segala macam isu yang menghambat kepimpinan Najib serta BN akan terus dimainkan oleh PR bagi meraih sokongan pengundi pengundi Rompin. Isu isu nasional sebegini yang menggerhanakan peluang BN untuk mempertahankan kerusi itu. Adalah tidak mustahil untuk BN kalah di Rompin jika mereka silap membuat percaturan dalam menangani isu dan mainan politik pembangkang.      

Sebagai pengamal politik Machievelli, sudah pastilah strategi matlamat menghalalkan cara digunakan. Ahli ahli politik di kedua dua parti pasti akan menggunakan apa jua cara untuk menawan hati pengundi. Fitnah, media dan wang pasti akan digunakan sebagai salah satu strategi untuk meraih sokongan pengundi di Rompin dan Permatang Pauh.

Pada saya, isu GST adalah isu terbaik yang pasti akan digunakan oleh parti pembangkang untuk menawan kerusi ini. Pembangkang punya peluang yang cerah untuk menawan Permatang Pauh tetapi agak sukar di Rompin. Terpulanglah kepada ahli politik pembangkang untuk menggunakan strategi yang mana bagi menambah sokongan pengundi di pihak mereka. Jika nasib mereka baik, kedua dua kerusi berjaya mereka tawan, Jika nasib mereka buruk, mereka hanya tawan Permatang Pauh dan tidak Rompin atau mungkin kehilangan kedua dua kerusi sekaligus!

Apa yang penting adalah rakyat di Permatang Pauh dan di Rompin perlu menunaikan tanggubjawab anda sebagai pengundi pada PRU akan datang. Jangan sesekali culas untuk menunaikan tanggungjawab anda kerana satu undi anda amatlah berharga. Tanggungjawab anda sebagai pengundi, tidak kira anda undi BN atau PR, perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. 


3 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.