Sumber : Google |
Kedudukan Datuk
Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO masih kukuh
walaupun digoncang kuat oleh Tun Mahathir, rakyat, dan pemimpin pembangkang.
Dengan segala isu yang menghambat dirinya, seperti GST, 1MDB, Altantuya, Rosmah
dan sebagainya, Najib memang kukuh bertahan di singgahsana kuasanya namun lain
pula yang terjadi kepada UMNO. UMNO pula yang terpaksa menerima bahana di atas
segala kesalahan yang dilakukan oleh Najib dan kabilahnya.
Najib masih
berfantasi atau masih tidak sedar diri dengan mengatakan bahawa partinya UMNO
dan rakyat jelata masih menyokong beliau. Atas sebab itu, Najib tidak mahu
meletak jawatan sehingga keluarlah cerita hebatnya sebagai orang Bugis yang
kita semua sedia maklum satu suku yang berani, cekal, bijak dan tabah.
Saya tidak pasti
mengapa Najib beranggapan rakyat masih menyokongnya. Saya percaya kebanyakkan
orang UMNO masih menyokongnya kerana mereka akan mendapat habuan daripada
sokongan itu cuma saya berasa pelik bagaimana Najib bisa tahu majoriti rakyat
menyokongnya? Jika dilihat dalam keputusan PRU13, BN hanya mendapat 133 kerusi
Parlimen dan sudah pasti majoriti dua per tiganya dinafikan di samping undi
popularnya turun dengan begitu mendadak sekali.
Jika dilihat
daripada keputusan itu, jelas menunjukkan sokongan rakyat kepada Najib begitu
negatif. Jelas mejoriti rakyat tidak menyokong beliau. Beliau menjadi Perdana
Menteri adalah kerana beliau adalah Presiden UMNO dan UMNO pula menang di
kawasan luar bandar sahaja (kebanyakkannya) sehingga boleh membentuk kerajaan
dalam PRU yang lalu.
Dengan
pelaksanaan cukai GST yang bermula 1 April lalu, jelas sokongan rakyat kepada
Najib tambah mengecil! Lebih memburukkan keadaan apabila isu 1MDB terbongkar
dan Dr. Mahathir terus memperhebatkan serangan beliau kepada Najib. Faktor
faktor ini akan dan telah membuatkan rakyat menjadi benci dan meluat pada diri
Najib.
Sebagai
pemimpin, Najib tidak boleh bermimpi di siang hari, kerap berfantasi dan masih
tidak sedar diri dengan berhujah bahawa majoriti rakyat menyokongnya
menyebabkan beliau tidak mahu meletak jawatan walaupun imej beliau sebagai
Perdana Menteri sudah calar balar sejak belakangan ini. Najib perlu menggunakan
segala jentera kerajaan untuk mengetahui peratusan sokongan rakyat padanya sama
ada tinggi ataupun rendah.
Jika Najib
mendapati sokongan rakyat padanya semakin rendah, wajarlah beliau meletak
jawatan bagi menyelamatkan UMNO, Islam, Melayu dan Malaysia.
Mungkin juga
Najib tahu akan sokongan rakyat padanya semakin mengecil namun kerana sayangkan
jawatannya sebagai Perdana Menteri, beliau mula ‘mengarang novel’ dengan
mengatakan bahawa majoriti rakyat masih menyokongnya padahal hakikatnya
tidaklah begitu. Majoriti rakyat sudah tidak sabar sabar lagi mahu Najib
meletak jawatan.
Dalam kes yang
menimpa Najib ini, sudah tidak ada jalan penyelesaian lain untuk
menyelamatkannya. Imej Najib sebagai Perdana Menteri semakin teruk hari demi
hari. Perkara ini akan mengancam UMNO secara keseluruhannya. Justeru itu,
wajarlah Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri secepat mungkin bagi
menyelamatkan partinya.
Kesimpulannya,
tidak ada cara lain lagi yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan UMNO
melainkan Najib perlu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Jika Najib masih
berdegil, masih berfantasi, masih bermimpi di siang hari, dan masih tidak sedar
diri, tunggulah kehancuran UMNO dan tunggulah juga kehancuran dirinya!
Najib dan pasukannya mula mensasarkan kelemahan terdahulu Tun M walhal isu kehilangan wang 1MDB sebanyak 27 bilion langsung tidak mampu dijawab. Kalau Tun M bersalah, tangkap dan kalau Najib didapati bersalah juga wajib ditangkap..
BalasPadam