Sumber : Google |
Nota : Baca artikel ini terlebih dahulu sebelum membaca artikel di bawah
Seorang anak muda tidak takut dengan
apa sahaja. Darah muda yang mengalir dalam diri mereka membuatkan mereka
menjadi manusia yang berani sentiasa. Cuba lihat anak muda yang merempit di
jalan raya. Mereka tahu perkara itu bahaya tetapi mereka tetap lakukan juga.
Ini kerana mereka memikirkan keseronokkan semata-mata. Mereka tidak fikirkan
bahaya apatah lagi memikirkan kematian atau kecederaan yang boleh menimpa
mereka.
Menjadi anak muda memang sentiasa
mahu hidup bahagia. Mahu hidup bahagia itu ada bermacam cara dan salah satunya
adalah dengan mencari cinta. Ramai anak muda bercinta di usia muda untuk
mencapai maksud bahagia. Silapnya anak muda dalam bercinta ini adalah mereka
bukan sahaja lupa segala-galanya seperti pelajaran dan ibu bapa malah melakukan
seks bebas pula. Atas sebab inilah mengapa ramai agamawan menghalang anak muda
bercinta. Kerana anak muda bercinta sering membelakangkan agama.
Tetapi ada juga anak muda yang
mencari cinta semata-mata untuk menggapai redha Allah pula. Mereka bercinta
supaya mereka boleh membawa pasangan mereka ke gerbang perkahwinan yang
bahagia. Anak muda beginilah yang Islam suka. Mereka mencari cinta bukan untuk
berseronok sahaja tetapi lebih kepada untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala
juga.
Ramai orang kata zaman remaja atau
zaman muda adalah zaman yang paling gembira. Pada zaman atau pada usia inilah
sekalian anak muda mencuba pelbagai perkara. Pada zaman atau pada usia inilah
anak muda mahu mengenal dunia. Pada zaman inilah seorang manusia menikmati
hidupnya dengan keluar melepak bersama kawan kawan, menonton wayang, berkaroeke,
bersukan, dan sebagainya.
Tetapi pada usia beginilah usia yang
paling bahaya. Oleh kerana anak muda suka mencuba pelbagai perkara maka
dikhuatiri mereka mencuba perkara perkara yang merosakkan mereka pula seperti
dadah dan arak misalnya. Sebab itulah sedari kecil lagi mereka perlu dididik
dengan ilmu agama. Supaya apabila mereka menjadi anak muda, barangkali mereka
boleh jauh daripada perkara perkara yang boleh merosakkan mereka.
Pada zaman atau usia beginilah
seorang anak muda itu perlu menimba ilmu sebanyak-banyaknya. Mereka muda dan
pastilah segala cabaran dalam menuntut ilmu itu mereka boleh tahan sentiasa.
Berbekalkan ilmu di dada, seorang anak muda bukan sahaja boleh berjaya, malah
boleh juga menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara.
Mereka boleh membantu anggota masyarakat yang tidak terbela nasibnya dengan
menggunakan ilmu yang mereka ada.
Tidak dapat dipisahkan sama sekali
antara anak muda ddengan cita-cita. Semua anak muda bukan sahaja mempunyai cita-cita
tetapi juga berusaha untuk mencapai cita-cita. Cita cita anak muda ada pelbagai
sebenarnya. Ada yang mahu menceburi sesuatu kerjaya, ada yang mahu berjaya
dalam kerjaya, ada yang mahu menjadi kaya, dan sebagainya. Pendek kata, semua
anak muda mempunyai cita cita dan mereka berusaha untuk mencapai cita cita.
Mereka percaya, dengan cita-cita yang mereka ada, pasti mereka tidak susah
apabila mereka sudah berada di usia tua.
Semua anak muda mahu melakarkan
sesuatu kenangan atau kejayaan yang indah dalam hidup mereka tatkala mereka
masih lagi bergelar seorang anak muda. Kenangan atau kejayaan yang indah dan
manis itu penting supaya mereka boleh mengecap kegemilangan dalam hidup mereka.
Apabila mereka sudah tua nanti, mereka boleh ceritakan semula kisah kenangan
dan kejayaan mereka kepada anak cucu mereka pula. Mereka berharap agar segala
kenangan atau kejayaan yang mereka telah kutip itu dapat mereka warisi kepada
anak cucu mereka.
Di dalam diri seorang manusia bernama
anak muda ada pelbagai perkara. Terpulanglah kepada semua manusia termasuklah
anak muda sendiri bagaimana mahu mencari segala perkara yang ada. Seorang
manusia bernama anak muda adalah manusia yang istimewa. Mereka adalah pengubah
dunia. Mereka juga adalah penggerak agama, bangsa, dan negara.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.