I
Farid memakirkan keretanya di
tepi hutan itu. Sudah begitu lama dia tidak bercuti. Menjadi seorang wartawan
hiburan menjadikan dirinya sentiasa sibuk. Dia tidak pernah ada masa untuk
bercuti. Dirinya sentiasa sibuk dengan gosip dan berita hangat dari artis artis
yang mendiami dunia hiburan di Malaysia. Dia sentiasa mencari berita dan gosip
untuk dimuatkan dalam ruangan hiburan di akhbar Harian Malaysia.
Ini semua demi melariskan
akhbar itu di pasaran. Jika akhbar itu laris dia akan mendapat nama dan periuk
nasinya juga turut terjaga. Apabila diberi cuti oleh ketuanya dia benar benar
rasa gembira. Dia mahu memanfaatkan cutinya yang pendek itu dengan menikmati
keindahan alam semulajadi ciptaan Allah Taala. Dia turun perlahan lahan menuju
ke arah sungai itu.
Dia berasa begitu tenang
mendengar bunyi air deras Sungai Congkak itu. Dia juga berasa tenang apabila
mendengar bunyi kicauan burung yang berada di dalam hutan itu. Dia mengambil
beberapa keping gambar flora dan fauna yang terdapat di sekitar hutan kecil itu
dengan kemera digitalnya. Dia berasa begitu gembira melihat gambar gambar yang
cantik itu.
Ketika dia sedang leka
menangkap gambar, dia mendengar suara seorang kanak kanak meminta tolong. Dia
terus berlari ke arah suara itu untuk memberikan pertolongan. Apabila dia
sampai sahaja di tempat itu dia melihat Sahiril sedang menyelamatkan kanak
kanak yang lemas itu. Dia juga melihat Melisa dan Mahmudah. Dia terus mengambil
gambar gambar Sahiril dan Melisa.
Segala aksi kedua dua figura
itu dirakamnya. Dia juga melihat pertengkaran Sahiril dan Mahmudah. Dari
pertengkaran itu dia dapat membuat satu kesimpulan bahawa Mahmudah tidak
menyenangi kehadiran Melisa bersama mereka. Dia begitu gembira melihat situasi
itu. Situasi ini boleh dimanfaatkan untuk melariskan akhbar Harian Malaysia
nanti.
Setelah melihat Sahiril
meninggalkan Mahmudah dan dua orang anak kecil itu dia terus menghampiri
Mahmudah.
“Apa kak Mudah buat kat sini? Sahiril tak ikut sama?” Soal Farid
berpura pura. Dia sengaja berlakon untuk menghilangkan kecurigaan di hati
Mahmudah yang kelihatan agak terkejut dengan kehadirannya.
“Bila masa kau sampai?”
Soal Mahmudah bingung melihat Farid yang berada di situ.
“Baru saja sampai. Saja nak
tengok keindahan hutan dan sungai ini.” Jelas Farid tanpa dipinta disulami
sebuah pembohongan. Mahmudah hanya mengangguk sambil mengawasi Irfan yang
sedang leka bermandi manda itu.
“Mana Sahiril? Dia tak ikut sekali?” Soal Farid
lagi sambil duduk di sebelah Mahmudah yang sedang memangku Adam.
“Dia dah balik.” Jawab
Mahmudah pendek dan acuh tidak acuh.
“Dia dah balik? Jadi dia ada di sini la tadi?
Kenapa dia balik?” Soal Farid bertalu talu. Dia sengaja melakukan sedemikian
untuk menutup lakonan yang sedang dirancangnya sekarang.
“Boleh tak kau buang
sifat wartawan kau tu bila dengan aku? Aku rimas bila kau tanya aku banyak
banyak pasal lelaki tu.” Bentak Mahmudah.
Farid sedikit terkejut
melihat perubahan Mahmudah. Dia tahu Mahmudah sedang marah pada waktu itu.
“Kalau kau
lapar kau makanlah makanan yang ada dalam raga itu. Aku masak banyak tu.” Ujar
Mahmudah setelah agak lama berdiam diri. Farid mengambil salah satu bekas yang
ada di salam raga itu. Dia membuka bekas tersebut dan melihat ada mihun goreng
di dalam bekas itu.
Aroma mihun goreng itu
membuka seleranya. Farid terus meletakkan mihun goreng itu ke dalam pinggan
kertas yang dibawa oleh Mahmudah. Dia terus memakan mihun goreng tersebut tanpa
dipinta.
“Irfan! Mari makan! Mak long ada bawa mihun goreng ni!” Laung Mahmudah
ke arah Irfan. Irfan yang sedang berenang itu terus mendapatkan Mahmudah.
Mahmudah menghulurkan sepinggan mihun goreng itu kepada Irfan. Anak kecil yang sedang
kelaparan itu makan dengan lahapnya.
“Makan perlahan lahan Irfan. Nanti
terkecik.” Mahmudah menasihati Irfan dan Irfan mula memperlahankan suapannya.
Farid hanya memandang sahaja. Dia tidak berkata apa apa.
“Kakak nak balik naik
apa nanti?” Soal Farid sambil memandang wajah Mahmudah.
“Entah. Mungkin aku
naik teksi kalau kawan aku tak boleh ambil aku.” Jawab Mahmudah tenang.
“Kalau macam tu lebih baik
kakak tumpang saya. Saya akan hantar balik rumah.” Pelawa Farid.
“Kalau macam
tu bagus juga. Lagipun aku tak tahu nak ambil teksi kat mana.” Walaupun
Mahmudah agak keberatan untuk menumpang Farid, namun dia tetap bersetuju kerana
dia membawa dua orang anak kecil. Dia tidak mahu Irfan berjalan jauh untuk
mendapatkan teksi nanti.
Seusai makan, Farid membantu
Mahmudah berkemas. Irfan juga telah menukar pakaian. Kemudian Farid menghantar
mereka bertiga pulang ke rumah. Di dalam hati Farid telah menyimpan sebuah rancangan
jahat. Dendamnya selama ini akan terbalas. Dia akan menghancurkan Sahiril dan
Mahani.
II
“Banyak kali I kata kat you
jangan buat baik sangat dengan perempuan tu. Dia memang sengaja nak cari salah you.”
Ujar Melisa ketika mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
“I
memang tak faham dengan perempuan tu. Entah apa yang dah masuk dalam kepala
otak dia sampai dia jadi macam tu.” Balas Sahiril tidak puas hati. Dia benar
benar sebal dengan Mahmudah kerana wanita itu sengaja mahu mencari salah
dirinya atas kecelakaan yang menimpa Irfan.
“Kenapa you tak halau
saja perempuan tu dari rumah you? Kalau I jadi you dah
lama I humban perempuan tu keluar dari rumah I.” Kata Melisa.
“You
tak faham situasi yang I alami sekarang. Kepala I tengah pening
sekarang ni.” Ujar Sahiril dan terus memandu membelah jalan raya menuju ke
rumah Melisa untuk menghantar gadis itu.
III
Sahimi Sahiril Tidak Pandai Jaga
Anak Sendiri
Oleh: Farid Farhanan
Ketua
Pegawai Eksekutif RaHa Hotel iaitu Sahimi Sahiril bin Datuk Mansur dilihat cuai
menjaga anaknya sendiri. Ini berikutan kerana lelaki itu dilihat sibuk bermandi
manda bersama teman wanitanya yang juga seorang model terkenal iaitu Melisa
Murad. Anak lelakinya yang berusia lapan tahun telah lemas seketika ketika
sedang bermandi manda di Sungai Congkak semalam.
Hati Sahiril benar benar
marah apabila membaca surat khabar yang diberikan oleh setiusahanya, Mona. Dia
tidak tahu bagaimana wartawan itu boleh mendapat tahu tentang peristiwa yang berlaku
semalam. Adakah wartawan itu mengintipnya? Dia sendiri tidak tahu. Namun apa
yang pasti, berita itu telah mencemarkan nama baiknya dan nama RaHa Hotel. Dia
tidak boleh berdiam diri.
Dia perlu bertindak. Dia
perlu bersemuka dengan wartawan yang menulis cerita ini. Dia menghempaskan
surat khabar itu di atas meja. Mona yang sedang duduk di hadapannya sungguh
terkejut dengan tindakan Sahiril. Dia tahu Sahiril sedang marah. Namun dia
hanya berdiam diri. Dia seboleh boleh tidak mahu membangkitkan kemarahan
Sahiril pada waktu itu.
“Saya nak awak buat temujanji
dengan Farid Farhanan ni. Saya nak jumpa dia hari ini juga. Kalau tak awak saya
pecat!” Arah Sahiril pada Mona.
“Baik Encik Sahiril.” Jawab Mona. Dia perlu
berusaha untuk membuat janji temu dengan Farid Farhanan itu jika tidak sudah
tentu dia akan kehilangan kerja tersebut. Siapa yang mahu menyara adik
beradiknya yang ramai itu dikampung. Dia perlu membantu ibunya.
Ibunya hanya menggunakan duit
persaraan arwah ayahnya untuk menyekolahkan adik adiknya. Jika dia dibuang
kerja bagaimana dia dapat membantu ibunya lagi.
“Awak boleh keluar sekarang.”
Ujar Sahiril lalu mematikan lamunan Mona. Mona terus bangun dan keluar dari
bilik tersebut. Dia mahu segera melangsaikan tugas yang diberikan oleh majikannya
itu secepat mungkin.
Sahiril yang berada di
biliknya benar benar tertekan dengan keadaan itu. Dia tidak tahu bagaimana
wartawan bernama Farid Farhanan itu boleh mendapat berita itu. Dia mula
merasakan bahawa Farid Farhanan sering mengikuti dirinya. Namun tiba tiba satu
perkara muncul di kotak fikirannya. Dia mula curiga pada Mahmudah. Adakah
Mahmudah yang mendedahkan semua perkara yang berlaku pada wartawan itu.
Dia mula mencurigai Mahmudah.
Jika benar Mahmudah melakukannya dia mesti bertindak. Dia tidak boleh
membiarkan wanita itu terus bermaharajalela menjahanamkan diri dan
perniagaannya. Dia perlu segera bertindak sebelum keadaan yang lebih teruk
berlaku. Dia terus meninggalkan bilik itu sambil membawa akhbar tersebut.
“Mona, aturkan pertemuan saya dengan wartawan Harian Malaysia tu sekarang
juga.” Ujar Sahiril memberi arahan buat kali kedua pada Mona.
Mona hanya mengangguk. Dia
akan melaksanakan arahan majikannya itu secepat mungkin. Ketika Sahiril mahu
masuk ke dalam lif, Datuk Hasanah telah menahannya terlebih dahulu.
“Kamu nak
ke mana? Mama ada perkara nak bincang dengan kamu.” Ujar Datuk Hasanah. Sahiril
sudah tahu apa yang ingin dibincangkan oleh Datuk Hasanah dengannya. Sudah
tentu tentang berita yang sudah dibacanya tadi.
“Mama, kita bincang di rumah
saja. Saya ada urusan sekarang ni.” Ujar Sahiril lalu terus memasuki lif dan
meninggalkan Datuk Hasanah dalam keadaan terpinga pinga.
“Budak ni memang dah
melampu. Aku baru nak bercakap dengan dia, dia pergi macam tu saja.” Datuk
Hasanah membebel bersendirian. Ketika berada di dalam kereta Sahiril lantas
menelefon Mahmudah.
Mahmudah yang berada di
pejabat begitu terkejut dengan panggilan yang diterimanya dari Sahiril.
“Kenapa
kau telefon aku?” Mahmudah bertanya pada Sahiril. Dia berasa janggal kerana
lelaki itu menelefon dirinya di pejabat. Tidak pernah lagi lelaki itu menelefon
dirinya ketika dia berada di pejabat. Semalam Sahiril tidak bercakap dengannya.
Lelaki itu hanya mengurung diri di dalam bilik.
Bila dipanggil makan Sahiril
tidak mahu keluar dan tiba tiba pada hari ini Sahiril menelefon dirinya.
“Ada
perkara yang aku nak cakap dengan kau. Bagi aku alamat pejabat kau. Aku nak ke
sana sekarang.” Ujar Sahiril.
“Kenapa kau nak jumpa aku? Apa yang sudah
berlaku?” Soal Mahmudah bingung.
“Jangan banyak tanya boleh tak? Aku nak jumpa
kau sekarang. Bagi saja alamat pejabat kau pada aku.” Suara Sahiril agak keras
pada waktu itu. Mahmudah memberikan alamat
pejabatnya pads Sahiril dan terus menamatkan panggilan.
Mahmudah tertanya tanya
apakah perkara penting yang hendak dibincangkan oleh Sahiril padanya sehingga
lelaki itu tidak boleh tunggu di rumah. Mahmudah terus menunggu kedatangan
Sahiril di pejabatnya.
IV
Mahmudah menunggu Sahiril di
hadapan bangunan Wisma Goldhill itu. Dia melihat Sahiril yang baru keluar dari
kereta berjalan dengan pantas ke arah dirinya. Riak wajah lelaki itu kelihatan
marah.
“Aku nak cakap dengan kau tapi bukan di sini.” Ujar Sahiril.
“Apa kata
kita cakap kat kedai mamak kat sebelah bangunan ni.” Mahmudah memberi cadangan
dan Sahiril mengangguk setuju.
Mereka berdua berjalan menuju
ke arah kedai mamak yang terletak bersebelahan dengan bangunan itu. Mereka
memilih di satu meja kosong yang agak tersorok sikit walaupun pelanggan di
kedai itu tidak ramai memandangkan mereka sedang berada di kawasan pejabat. Mahmudah
memesan teh ais manakala Sahiril pula tidak memasan apa apa.
“Apa yang kau nak
cakap dengan aku sebenarnya sampai tak boleh cakap kat rumah?” Soal Mahmudah.
“Kalau kau bencikan aku
sekalipun tolong jangan babitkan nama keluarga dan nama syarikat aku.” Ujar
Sahiril keras bercampur kasar.
“Apa yang kau cakap ni? Aku tak faham.” Soal
Mahmudah bingung. Dia benar benar tidak tahu apa yang cuba disampaikan oleh
Sahiril.
“Kau jangan nak berlakon dan jangan nak tunjuk baik kat sini. Aku tahu
kau yang laporkan pada wartawan pasal hal semalam.” Ujar Sahiril sinis.
“Apa yang kau merepek ni? Bila
masa aku laporkan pada wartawan pasal hal semalam? Aku kenal wartawan pun tak.
Kau jangan tuduh tuduh.” Balas Mahmudah.
“Habis yang ini apa?” Sahiril
menghempaskan surat khabar Harian Malaysia itu di atas meja. Mahmudah membaca
artikel yang ditulis oleh Farid Farhanan itu. Mahmudah benar benar terkejut
apabila membaca berita itu.
Dia tidak sangka berita
tersebut boleh keluar di surat khabar. Sebuah berita yang terlalu remeh untuk
dilaporkan oleh seorang wartawan. Dia tidak menyangka bahawa Farid memang
bermuka muka.
“Memang aku ada jumpa dia semalam tapi aku tak cakap apa apa pun
pasal perkara tu. Mungkin dia intip kita masa kita kat Sungai Congkak tu.” Ujar
Mahmudah membela diri.
“Sudahlah Mahmudah. Kau tak
payah nak berlakon lagi. Aku dah muak dengan lakonan bodoh kau tu. Ini bukan
kali pertama. Sudah banyak berita pasal aku dah keluar dan itu semua disebabkan
kau. Kau dengan adik kau sama saja. Dua dua tak boleh pakai. Kau ingat aku
boleh percaya dengan kata kata kau tu. Jangan harap! Kau dengar sini baik baik.
Aku takkan batalkan surat perjanjian tu. Apa nak jadi… jadilah!” Ujar Sahiril
dan terus beredar meninggalkan Mahmudah bersendirian.
Mahmudah sudah tidak dapat
berkata apa apa lagi. Dia hanya mampu mengeluh namun dia tahu dia perlu
bertindak. Dia perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan. Dia perlu
bertemu dengan Farid untuk meminta penjelasan. Dia akan melakukan apa saja untuk
Sahiril membatalkan surat perjanjian tersebut dan menerima Mahani dalam hidup
lelaki tersebut.
V
Mahmudah terus memohon cuti
pada hari itu. Nasib baik Encik Sulaiman mempunyai angin yang baik pada hari
ini jadi cutinya diluluskan oleh ketuanya itu. Dia terus memandu keretanya
menuju ke pejabat Harian Malaysia. Dia bertanya pada wanita yang berada di
kaunter pertanyaan itu untuk bertemu dengan Farid Farhanan. Mahmudah terus
mendapatkan wartawan hiburan terkenal itu di bilik wartawan.
Nasibnya baik kerana Farid
ada di mejanya. Mahmudah terus mendapatkan Farid dan tanpa berfikir panjang dia terus menampar wajah lelaki itu sekuat
hatinya. Tidak cukup dengan itu dia terus menarik rambut Farid yang agak
panjang itu sehingga lelaki itu menjerit kesakitan. Beberapa orang wartawan
yang berada di situ meleraikan pergaduhan yang terjadi antara Mahmudah dan
Farid. Farid yang lembut seperti perempuan itu tidak mampu melawan Mahmudah
yang agak garang itu.
“Kenapa dengan Kak Mudah ni?
Tiba tiba saja pukul saya tak tentu pasal.” Farid memarahi Mahmudah yang berada
di hadapannya.
“Kau memang dah melampau! Kau memang munafik! Ini semua adalah
balasan atas kejahatan yang kau lakukan.” Jerit Mahmudah kemarahan.
“Apa yang
saya dah buat? Apa salah saya?” Soal Farid terpinga pinga.
“Kau tanya aku apa
salah kau? Kenapa kau pergi tulis cerita pasal Sahiril yang tak pandai jaga
anak? Kenapa kau tulis cerita yang bukan bukan pasal dia?” Soal Mamhudah keras.
Nada suaranya masih tinggi.
Dia begitu marah pada lelaki itu. Kalau diikutkan hatinya mahu saja dia membunuh
Farid yang munafik itu.
“Memang betul kan yang dia tak pandai jaga anak. Memang
betul dia biarkan Irfan lemas dan dia pula sibuk bermesraan dengan perempuan
tu” Ujar Farid.
“Kalau betul sekalipun apa kau peduli? Ada dia susahkan hidup
kau? Ada dia kacau kau? Ada dia minta makan pada kau?” Soal Mahmudah sinis.
“Saya cuma nak ceritakan kebenaran pada masyarakat. Saya nak orang ramai
tahu pasal Sahimi Sahiril yang sombong dan berlagak tu.” Balas Farid. “Kau tahu
tak buka aib orang itu berdosa. Kau tahu tak Allah akan buka aib kita jika kita
suka buka aib orang lain kat akhirat nanti. Kau tahu tak disebabkan kau hidup
Mahani dah nak musnah. Kau tahu tak sebab kau aku dipersalahkan oleh Sahiril." Mahmudah melepaskan kemarahannya.
"Aku dituduh menceritakan
semua keburukkan dia pada kau sedangkan aku tak tahu apa apa pun. Kau dah lupa
siapa kau dulu. Kau dah lupa siapa yang tolong kau masa mak kau susah nak
hantar kau belajar. Kau dah lupa yang mak aku sanggup jualkan tanah dia semata
mata nak bagi kau masuk universiti dan
sekarang ini balasan kau pada aku dan Mahani.” Sambung Mahmudah. Farid hanya diam. Dia sudah
hilang kata kata. Semua rakan rakan memandang ke arah dirinya.
“Kau dengar sini
Farid. Lebih baik kau minta maaf pada Sahiril. Kalau tak nahas kau aku
kerjakan.” Mahmudah memberi amaran lalu meninggalkan Farid. Farid benar benar
malu atas apa yang terjadi. Semua rakan rakannya sudah memandang serong pada
dirinya. Mereka berbisik antara satu sama lain. Farid lantas keluar dari
pejabatnya dan menuju ke pejabat Sahiril.
VI
Sudah acapkali Mona membuat
panggilan di pejabat Harian Malaysia namun dia masih lagi tidak dapat bercakap
dengan Farid Farhanan kerana menurut operator itu Farid Farhanan telah keluar.
Dia hanya boleh meninggalkan pesanan sahaja agar Farid dapat menelefon semula
setelah wartawan itu kembali ke pejabat nanti. Sahiril yang berada di
pejabatnya kerap kali mendesak Mona agar mencari segara wartawan itu.
Ketika Mona sedang sibuk
menyiapkan tugasannya, dia dikunjungi oleh seorang lelaki. Dia memandang wajah
lelaki tersebut. Seingatnya dia pernah melihat lelaki itu tetapi dia tidak
pasti di mana.
“Boleh saya berjumpa dengan Encik Sahimi Sahiril?” Soal lelaki
itu lembut.
“Encik ini siapa? Encik ada buat temujanji?” Soal Mona pula. Dia
perlu memastikan sesiapa sahaja orang yang mahu berjumpa dengan majikannya itu
perlu membuat temujanji terlebih dahulu.
“Nama saya Farid Farhanan.
Saya nak jumpa dengan Encik Sahiril sekejap saja. Saya tak buat apa apa
temujanji dengan dia hari ini.” Jawab Farid jujur. Mendengar sahaja nama Farid
Farhanan, Mona serta merta berasa lega. Dia tidak perlu lagi mendail nombor
telefon pejabat Harian Malaysia kerana orang yang ingin dicarinya sudah berada
di depan mata.
“Kebetulan pula, Encik Sahiril pun nak bertemu dengan encik.
Tunggu sekejap ya.” Pinta Mona. Dia terus memberitahu Sahiril
tentang kedatangan Farid.
“Encik Farid boleh masuk sekarang. Jangan lupa untuk
ketuk pintu dulu sebelum masuk.” Mona memberitahu kepada Farid.
“Baiklah.
Terima kasih.” Ucap Farid sambil menghadiahkan sebuah senyuman buat Mona. Mona
membalas senyuman tersebut dan Farid terus mengetuk pintu bilik Sahiril.
Apabila menerima arahan masuk,
Farid terus membuka pintu. Dia melihat Sahiril sedang berdiri sambil memandang
tajam ke arahnya.
“Apa khabar Sahiril? Sudah lama kita tidak berjumpa.” Farid
menghulurkan tangan kepada Sahiril untuk bersalam namun tidak disambut. Sahiril
hanya memandang huluran tangan itu maka Farid menarik tangannya semula.
Kedua dua lelaki itu hanya
mengunci mulut masing masing. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulut mereka
berdua. Mereka hanya memandang di antara satu sama lain.
“Tak sangka.” Ujar
Farid pendek memecahkan kesunyian yang melanda antara mereka.
“Apa yang tak
sangka?” Soal Sahiril bingung namun wajahnya masih seperti tadi. Tetap masam
dan marah memandang Farid.
“Sifat sombong dan angkuh kau
masih tak hilang sejak dari sekolah menengah.” Jawab Farid sambil tersenyum
sinis memandang Sahiril.
“Kesombongan aku tiada apa nilainya berbanding dengan
fitnah yang selalu kau tabur pada aku. Kau memang wartawan tak guna. Kau
sampah!” Ujar Sahiril. Dia masih mengawal nada suaranya walaupun dia berada di
dalam keadaan marah. Dia tidak mahu pertelingkahannya dengan wartawan itu
didengari oleh kakitangannya.
“Aku datang ni bukan nak cari
gaduh dengan kau. Aku datang ni sebab nak minta maaf atas semua yang telah aku
lakukan pada kau.” Ujar Farid.
“Maaf? Itu saja kata kata kau setelah apa yang
kau dah buat pada aku selama ini? Kau dah rosakkan nama baik aku, kau burukkan
nama keluarga aku, kau jahanamkan reputasi aku dan kau hampir musnahkan perniagaan aku dan
sekarang kau datang sini dan hanya meminta maaf? Manusia jenis apa kau ni?” Soal
Sahiril. Matanya mencerlang memandang
ke arah Farid yang berdiri di hadapannya.
“Aku tahu aku salah. Aku telah benyak
menyusahkan kau. Sebenarnya semua berita yang keluar itu adalah dari aku. Aku
yang selalu mengintip kau. Mahmudah tak bersalah. Dia tidak tahu apa apa pun.
Dia hanya menjadi mangsa keadaan. Janganlah kau salahkan dia.” Ujar Farid.
Sahiril sedikit tersentak mendengar pengakuan Farid.
Dia tidak menyangka bahawa
Mahmudah tidak bersalah. Mahmudah hanya menjadi mangsa keadaan. Dia tidak
sepatutnya menuduh Mahmudah secara membabi buta. Dia tidak sepatutnya
menyalahkan Mahmudah di atas semua yang berlaku. Dia berasa bersalah pada
Mahmudah. Dia tahu Mahmudah mempunyai hati yang ikhlas. Dia hanya mahu
membahagiakan adiknya yang telah menderita sejak sekian lama.
“Kau tengoklah. Sebab kau
orang lain menjadi mangsa. Aku nak kau bersihkan nama aku. Aku tak nak lagi
dengar berita berita macam ni keluar lagi kat surat khabar. Kalau aku dapat
tahu kau masih lagi tulis cerita yang bukan bukan pasal aku, lebih baik kau
tempah keranda dan liang lahad sebab aku akan kirim kau ke alam barzah. Faham!”
Jerit Sahiril.
“Baiklah. Aku akan ikut semua
kata kata kau.” Kata Farid mengalah.
“Kau boleh berambus dari pejabat aku sekarang.”
Sahiril menghalau Farid keluar dari pejabatnya. Farid terus meninggalkan
pejabat Sahiril. Sahiril pula terus menghenyakkan dirinya di atas kerusi. Dia berasa
bersalah terhadap Mahmudah. Dia perlu melakukan sesuatu. Dia perlu meminta maaf pada kakak
iparnya itu.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.