Sumber : Google |
Jika kita lihat sekarang jenayah semakin berleluasa di negara kita. Sebagai orang awam, untuk ke mana mana, kita tidak boleh membawa pisau ataupun gunting untuk dijadikan senjata. Pistol sudah pasti kita tidak boleh kerana harga pistol sangat mahal. Hanya orang kaya sahaja yang boleh membawa pistol untuk ke mana mana.
Bagi menyelamatkan diri kita dari serangan penjenayah yang semakin banyak, hanya dengan seni mempertahankan diri sahaja yang kita boleh guna untuk tumpaskan mereka. Itulah 'senjata' yang kita boleh bawa ke mana mana untuk memastikan diri kita sentiasa selamat. Jika bawa pisau atau gunting ke mana mana, kita khuatir kita akan ditahan oleh pihak polis. Polis pasti curiga apabila kita membawa alatan yang tajam ke mana mana.
Oleh yang demikian, pada hari ini saya mahu tunjukkan Senarai Seni Mempertahankan Diri Yang Paling Cepat Tumpaskan Penjenayah. Saya fikir kita semua, baik lelaki atau perempuan perlu belajar seni mempertahankan diri supaya kita kekal selamat di luar sana. Di dalam artikel yang saya sediakan pautannya itu, ada ditunjukkan senarai seni mempertahankan diri yang sesuai untuk kita semua belajar bagi mempertahankan diri kita daripada menjadi mangsa kepada penjenayah yang semakin berleluasa di luar sana. Selamat membaca...
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.