Sumber : Google |
Umum tahu bahawa Pembina UiTM Shah
Alam sekarang telah dipimpin oleh jawatankuasa yang baru (diketuai oleh akhi
Thaqif sebagai Presiden). Walaupun jawatankuasa tersebut dibarisi oleh muka
muka lama tetapi tetap ada juga muka muka yang baru. Rombakan jawatan yang
telah dibuat sebelum ini telah meletakkan Pembina UiTM Shah Alam sebagai sebuah
pertubuhan yang boleh bersaing dan berdaya maju.
Kita semua yakin dan percaya bahawa
jawatankuasa yang baru ini pasti dapat mengemudi Pembina dengan sebaiknya.
Berbekalkan bakat, pengalaman, dan kebijaksanaan yang ada pada mereka, pastilah
Pembina dapat melangkah ke hadapan dengan lebih berjaya.
Kita juga yakin dan percaya bahawa
sekalian orang yang duduk dalam jawatankuasa baru itu mempunyai kredibiliti dan
integriti. Atas kapasiti itulah mereka diberi kepercayaan untuk mengemudi
persatuan yang bukan setahun jagung usianya ini. Maka, sekalian ahli Pembina sama
ada yang aktif mahupun yang kurang aktif mestilah memberi sokongan penuh kepada
mereka tanpa ada rasa berbelah bahagi.
Tidak banyak sebenarnya yang saya
boleh cerita mengenai mereka. Saya mengenali mereka dengan seadanya sahaja.
Tetapi melihat pada diri mereka daripada jauh dan melihat gerak kerja mereka
seberapa lama, saya yakin mereka adalah orang yang bertanggungjawab dan boleh
buat kerja.
Bagi memimpin sebuah persatuan yang
sebesar Pembina ini bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak cabaran yang perlu
dihadapi dan semestinya ia sangat payah. Hanya orang yang berani, berwawasan,
berbakat, bijaksana, dan berkebolehan sahaja yang mampu melakukannya. Kerana
mereka sudah bersedia untuk memikul tugas tersebut sejak sekian lama.
Tugas tugas untuk menjadi seorang
pemimpin ini sangat berat dan sangat banyak sebenarnya. Jika tidak bersedia atau
tidak mempunyai bakat sebagai pemimpin pastilah sukar seseorang itu melakukan
tugas-tugasnya. Sebab itu ramai orang tidak bersedia atau mungkin tidak layak
untuk untuk menjadi seorang pemimpin. Dia lebih suka dirinya terus dipimpin.
Tetapi berdasarkan gerak kerja yang sedia ada, sekalian jawatankuasa baru ini
pastilah terdiri daripada orang orang yang boleh memimpin.
Dengan dipimpin oleh jawatankuasa
yang baru, diharapkan Pembina diberi nafas baru dan mempunyai idea yang baru.
Program program yang akan dilaksanakan oleh Pembina pun pastilah lebih segar
dan bermutu. Ini bertujuan untuk menarik lebih ramai mahasiswa UiTM untuk
menyertai Pembina. Maka, dakwah dan tarbiyah yang selama ini terpasak lama
dalam batang tubuh Pembina akan tersebar luas di sini sana.
Berdasarkan maklumat yang saya
terima, gerak kerja Pembina sudah berubah dan sedikit berbeza. Perubahan yang
dibuat itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kebaikkan Pembina juga.
Perubahan juga dibuat supaya Pembina boleh mendapat lebih ramai pelapis untuk
terus memimpinnya. Semuanya untuk memastikan agar Pembina UiTM Shah Alam akan
terus bertahan sampai bila bila.
Semua pihak yang berada dalam Pembina
mesti bekerjasama. Tidak boleh diharap kepada jawatankuasa yang baru sahaja
untuk buat kerja. Apabila ada kerjasama, pastilah semua gerak kerja dapat
berjalan dengan sempurna. Dan pastilah Pembina mendapat keuntungan yang besar
daripadanya. Tegas pepatah : bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat.
Kepada semua ahli jawatankuasa yang
lama terutama kepada akhi Saiful dan akhi Asyraff khususnya, terima kasih atas
segala sumbangan dan bakti kalian kepada Pembina. Tanpa kalian pastilah Pembina
tidak akan ke mana mana. Ahli jawatankuasa yang baru ini muncul pun kerana
hebatnya ahli jawatankuasa yang lama. Semoga jasa kalian kepada Pembina UiTM
Shah Alam diberkati oleh Allah hendaknya.
Apa apa pun, saya ingin mengucapkan
tahniah dan selamat bertugas kepada semua ahli jawatankuasa yang baru.
Lakukanlah apa sahaja yang terbaik untuk memastikan Pembina terus hebat dan
maju. Semoga sumbangan anda semua kepada Pembina dirahmati oleh Allah
selalu.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.