Setelah menghantar Mahani ke klinik, Mahmudah terus membawa Mahani
ke rumahnya. Setelah Mahani menelan ubat dan memakan semangkuk bubur ayam yang
dimasak oleh Mahmudah, Mahani terus tertidur. Tubuh Mahani sangat lemah. Dia
benar benar keletihan dan kesakitan setelah dipukul teruk oleh Sahiril semalam.
“Mana Mahani?” Soal Ramli setelah melihat Mahmudah yang muncul dari kamar
tidur.
“Dia tidur. Mungkin penat sangat agaknya.” Jawab Mahmudah.
“Kejam
betul Sahiril tu. Saya tak sangka dia boleh pukul Mahani seteruk itu.” Ujar
Ramli.
“Sahiril memang manusia berhati binatang. Muka saja tampan tapi perangai
macam iblis laknatullah.” Kata Mahmudah tidak berpuas hati.
“Kamu tak kerja ke
hari ni?” soal Mahmudah.
“Tak. Saya ambil cuti sehari. Mari kita ke hospital.
Kasihan Irfan seorang diri kat sana.” Ujar Ramli.
“Lupa pula kakak pada Irfan. Jomlah kita pergi hospital. Ani pun
asyik tanya pasal Irfan saja.” Ujar Mahmudah. Setelah memastikan Mahani dalam
keadaan baik mereka berdua terus manaiki kereta menuju ke hospital.
“Sebelum
kita ke hospital mari kita ke RaHa Hotel dulu.” Ujar Mahmudah sewaktu mereka
dalam perjalanan ke hospital.
“RaHa Hotel? Nak buat apa ke sana?” Soal Ramli
yang diserang rasa bingung.
“Kakak nak cakap dengan
Sahiril sikit.” Jawab Mahmudah.
“Nak cakap dengan Sahiril? Pasal apa? Mahani?”
Soal Ramli bertubi tubi.
“Ya!” Jawab Mahmudah ringkas tapi padat. “Saya rasa
lebih baik kakak batalkan saja niat kakak. Saya tak fikir Sahiril nak jumpa
dengan kakak.” Kata Ramli.
“Aku tak kira. Jantan tu mesti diajar. Kakak nak
beri
dia amaran supaya dia tak buat Ani macam tu lagi.” Ujar Mahmudah.
“Tapi kak…” Belum sempat
Ramli menghabiskan kata katanya Mahmudah telah memintasnya terlebih dahulu.
“Jangan banyak cakap. Kakak tahulah apa yang kakak nak buat kat sana nanti.”
Kata Mahmudah tegas. Ramli tiada pilihan selain menuruti kata kata Mahmudah.
............................................................................................
“Sahiril ada di dalam?” Soal Mahmudah kepada Mona yang duduk di
hadapan bilik Sahiril itu.
“Maksud cik Encik Sahiril?” Soal Mona yang kaget
melihat Mahmudah yang terpacak dihadapannya.
“Ya. Saya nak jumpa dengan dia.”
Jawab Mahmudah. Ramli tidak ada bersamanya. Dia hanya menunggu Mahmudah di kafe
hotel tersebut kerana tidak mahu ikut campur.
“Dia ada tapi dia tak nak jumpa siapa siapa hari ni.” Ujar Mona berterus
terang.
“Terima kasih.” Ucap Mahmudah dan terus merempuh masuk ke bilik Ketua
Pegawai Ekskutif RaHa Hotel itu.
“Cik!
Cik! Cik tak boleh masuk nanti Encik Sahiril marah.” Kata Mona sambil mengejar
Mahmudah dari belakang. Sahiril yang sedang menyemak beberapa fail agak
terkejut melihat Mahmudah yang masuk ke biliknya secara tiba tiba.
“Siapa yang benarkan dia masuk? Saya dah beri arahan saya tak nak
jumpa siapa siapa hari ni.” Jerkah Sahiril pada Mona. Mencerlang mata Sahiril
memandang setiausahanya itu.
“Saya minta maaf Encik Sahiril. Saya dah beritahu
pada cik ni apa yang encik arahkan tapi dia tak mahu dengar.” Jawab Mona
membela diri.
“Baiklah. Awak boleh keluar sekarang.” Arah Sahiril dan Mona
terus meninggalkan bilik tersebut.
“Kau ni memang manusia tak tahu adab kan? Sudahlah masuk bilik orang
tak ketuk pintu kemudian masuk tanpa kebenaran pula tu.” Marah Sahiril.
“Ya.
Memang aku manusia tak ada adab tapi kau manusia berhati binatang. Sanggup kau
pukul Mahani macam tu. Suami jenis apa kau ni?” Soal Mahmudah kegeraman.
“Adik
kau tu memang patut dilayan macam tu. Dasar perempuan tak sedar diri. Dia
sengaja perangkap aku supaya aku kahwin dengan dia.” Ujar Sahiril.
“Kalau kau bencikan dia sekalipun kau tak berhak nak pukul dia
sampai macam tu sekali. Kalau aku buat laporan polis kau boleh kena tahan kau
tahu tak. Biar satu Malaysia tahu siapa Sahimi Sahiril bin Mansur yang kejam
macam Fiaraun ni.” Ugut Mahmudah. Apabila terdengar nama polis sahaja Sahiril
sudah kecut perut. Dia tahu dia telah melakukan kesilapan dengan memukul
Mahani.
“Kau dengar sini baik baik. Lain
kali kalau kau buat Mahani macam tu aku tak akan teragak agak untuk buat
laporan polis. Biar kau kena tangkap. Faham!” Kata Mahmudah. Serentak dengan
itu dia terus menolak Sahiril sehingga lelaki itu jatuh terduduk ke lantai.
Mahmudah terus pergi meninggalkan Sahiril yang dalam keadaan marah. Sakit
punggungnya pada waktu itu. Dia tidak menyangkan Mahmudah mampu menolak lelaki
yang dua kali lebih besar dari dirinya.
..........................................................................................
Hospital Kuala Lumpur atau
nama singkatannya HKL adalah hospital utama yang terletak di Bandaraya Kuala
Lumpur dan merupakan hospital terbesar dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia
dan antara yang terbesar di rantau Asia. Mempunyai 38
buah jabatan, 23 buah jabatan klinik dan 11 buah klinik perkhidmatan sokongan.
Terletak di tanah perdana berkeluasan 150 ekar dengan 81 buah wad dan
2502 buah katil. HKL juga mempunyai sebanyak 7000 kakitangan dan hampir 100 buah
pekerjaan dalam pelbagai bidang. Mahani, Mahmudah dan Ramli yang berada di HKL
pada petang itu begitu gembira melihat Irfan yang dilihat sudah semakin sihat cuma
anak kecil itu tidak boleh banyak bergerak kerana tangannya yang patah masih
belum sembuh. Walaupun Mahani masih lemah namun digagahi juga dirinya untuk
melawat Irfan pada petang itu.
“Ibu, kenapa muka ibu lebam lebam?” Soal Irfan yang sedang mengunyah
nasi yang disuap oleh Mahmudah. Mahmudah dan Ramli memandang ke arah Mahani.
Mahani pula cuba mencari jawapan yang sesuai untuk menjawab soalan Irfan itu.
“Semalam ibu jatuh tangga. Itu yang muka ibu lebam lebam.” Bohong Mahani.
“Kasihan ibu. Lain kali ibu hati hati tau.” Pesan Irfan.
“Amboi, pandainya dia bagi nasihat kat orang. Irfan pun kena hati
hati juga kalau tak patah tangan lagi.” Ujar Mahmudah.
“Ibu, Irfan nak makan
ais krim.” Pinta Irfan.
“Irfan mana boleh makan ais krim lagi. Irfan masih
belum sihat lagi. Bila Irfan dan sihat nanti ibu beli ais krim untuk Irfan.”
Ujar Mahani memujuk Irfan. Irfan mengangguk tanda faham.
“Aku rasa aku nak balik
dulu kak long.” Kata Mahani.
“Kau nak balik? Kenapa kau tak tidur rumah aku saja?” Soal Mahmudah.
“Betul tu Mahani. Lebih baik awak tidur rumah Mahmudah malam ni. Saya tak nak
awak kena pukul dengan Sahiril lagi.” Ramli menyokong kata kata Mahmudah.
“Pakcik
Sahiril pukul ibu ke?” Soal Irfan. Terpana mereka bertiga mendengar soalan
Irfan. Mereka tidak
sedar yang Irfan juga ada bersama mereka.
“Mana ada Irfan. Semalam pakcik Sahiril pukul pencuri yang masuk
rumah ibu.” Jawab Mahmudah bagi pihak Mahani. Mahani dan Ramli berasa lega
mendengar jawapan Mahmudah. Mereka tidak mahu budak kecil seperti Irfan
mengetahui perkara seperti itu. Cukuplah apa yang telah dilihatnya sewaktu
perkahwinan ayah dan ibunya dahulu sebelum mereka bercerai.
“Aku rasa lebih baik kau tidur rumah aku sehari dua ni Mahani. Aku
takut Sahiril melakukan perkara yang sama pada kau lagi.” Ujar Mahmudah. Nada
suaranya sengaja direndahkan supaya Irfan tidak mendengarinya.
“Baiklah.” Jawab
Mahani mengalah setelah didesak oleh Ramli dan Mahmudah.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.