Setelah mengetuk pintu berkali kali namun pintu masih tidak dibuka
dari dalam. Hampir sakit kerongkong Sahiril memanggil nama Mahani namun masih
tiada jawapan. Tahulah Sahiril bahawa Mahani tiada di rumah. Dia melihat jam di
pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan ke angka sebelas. “Mahani pergi
hopital agaknya.” Desis hati kecilnya. Sahiril lantas membuka pintu rumahnya
menggunakan kunci.
Dia mendapati rumah dalam kedaan gelap gelita. Dia menekan suis
lampu yang berada di tepi dinding. Rumah itu kelihatan terang benderang setelah
disimbahi dengan cahaya lampu. Sahiril membuka kasutnya dan meletakkan di dalam
rak kasut lalu bergerak menuju ke ruang tamu. Dia membuka pendingin hawa dengan
menggunakan alat kawalan jauh yang berada di atas meja kopi tersebut.
Kemudian dia membuka ikatan tali leher dan baju kemeja yang
membaluti tubuhnya. Dia sengaja membiarkan tubuhnya terdedah agar dapat
menikmati kesejukkan pendingin hawa
tersebut. Dia lantas membuka televisyen dan bersandar di atas sofa empuk itu.
Dia teringat akan amaran Mahmudah pagi tadi. Dia benar benar menyesal kerana
telah memukul Mahani.
Dia tidak tahu syaitan apa yang telah merasuknya sehingga dia boleh
bertindak sebegitu rupa padahal dia tidak pernah mengasari seorang perempuan.
Semalam dia betul betul letih dan tertekan dengan kerja di pejabatnya.
Tekanannya bertambah apabila melihat Mahani tiada di rumah sewaktu dia pulang
samalam. Kemarahnannya memuncak apabila
melihat Mahani pulang dengan Ramli.
Dia merasakan Mahani telah curang padanya sebagai seorang isteri.
Perasaan cemburu tiba tiba menyerang sanubarinya apabila melihat Mahani dan
Ramli berada di hadapan pintu rumahnya. Entah mengapa dia cemburu dia sendiri
tidak tahu.
“Apa hubungan antara Mahani dengan Ramli? Bagaimana mereka boleh
menjadi rapat?” Soal Sahiril dalam hati.
Dia tahu bahawa Ramli ialah ketua Mahani sewaktu wanita itu bekerja
di RaHa Hotel tapi mengapa pula Ramli yang menghantar Mahani pulang semalam.
Adakah Ramli tahu yang anak Mahani kemalangan.
“Ahhh!.” Sahiril menjerit kecil.
Soalan soalan yang tidak ada jawapan itu menyesakkan otaknya. Sahiril terus
bangun dan melangkah ke dapur. Dia melihat tidak ada makanan yang disediakan
oleh Mahani untuknya.
Biasanya Mahani pasti akan menyediakan makan malam untuk dirinya.
Dia tidak menyangka Mahani begitu pandai memasak. Masakannya benar benar sedap
dan kena dengan seleranya tapi dia sengaja mengatakan masakan Mahani tidak
sedap untuk meyakiti hati wanita itu. Tiba tiba perasaan rindu muncul di
hatinya. Dia tidak tahu mengapa perasaan itu bisa wujud di sanubarinya.
“Ah, gila. Ini semua gila.” Jerit Sahiril bersendirian. Sahiril naik
ke bilik tidurnya untuk membersihkan diri seterusnya ingin melelapkan mata.
.....................................................................................................
Setelah Irfan berada di Hospital Kuala Lumpur selama empat hari
akhirnya dia dibenarkan keluar namun doktor tidak membenarkan anak kecil itu
melakukan aktiviti
lasak memandangkan tangannya masih belum sembuh sepenuhnya, dia
diberi cuti sehingga balutan tanggannya dibuka. Memandangkan pada hari tersebut
Ramli bekerja, Mahmudah dan Mahani sahaja yang menjemput Irfan di hospital.
Setelah semua urusan dilunaskan, Irfan dibawa pulang ke rumah
Mahmudah.
“Irfan, kamu jangan nakal nakal tau. Dengar cakap mak long. Kalau tak
nanti tangan kamu patah lagi.” Nasihat Mahani kepada anak lelakinya.
“Baik
ibu.” Jawab Irfan pendek.
“Kamu janganlah risau sangat Mahani. Tahulah aku nak
jaga Irfan.” Ujar Mahmudah untuk menyedapkan hati Mahani. Dia dapat membaca kegusaran yang berada di hati Mahani saat itu.
“Aku bukan apa kak long. Irfan ni nakal, buktinya tangan dia yang patah tu.
Nanti tak pasal pasal tangan yang sebelah tu pula yang patah.” Kata Mahani.
“Tak baik kau cakap macam tu Mahani. Kau tahu kan yang kata kata seorang ibu tu
satu doa.” Kata Mahmudah. Mahani diam menandakan dia sedar akan kesilapan
dirinya.
“Ibu nak tinggal dengan Irfan dan mak long kan? Ibu janganlah duduk
jauh jauh. Ibu duduklah dengan Irfan.” Rayu Irfan kepada Mahani. Sayu hati
Mahani dan Mahmudah mendengar rayuan anak kecil itu. Sepatutnya budak sebaya
Irfan tinggal bersama ibu bapa mereka namun hakikatnya tidak begitu. Dia perlu
berjauhan dengan ibunya buat sementara waktu.
“Tak boleh Irfan. Ibu tak boleh nak tinggal dengan Irfan kat sini
sebab siapa nak jaga pakcik Sahiril kat rumah.” Ujar Mahani.
“Irfan, ibu tak boleh
tinggal dengan kamu tapi dia boleh datang lawat kamu. Lain kali ibu kamu akan
datang lawat kamu lagi.” Pujuk Mahmudah.
“Irfan, Ibu pulang dulu ye. Kalau ada
masa nanti ibu datang lagi.” Ujar Mahani sambil bersalaman dan berpelukan
dengan anak tunggalnya. Mahmudah dan Irfan menghantar Mahani sehingga ke pintu pagar rumah.
“Kak long, tolong jaga Irfan ye. Saya minta maaf sebab dah banyak menyusahkan
kak long.” Kata Mahani.
“Ani, kita kan adik
beradik. Kalau aku tak tolong kau siapa lagi.” Balas Mahmudah.
“Aku
balik dulu kak long.” Pamit Mahani sambil bersalaman dengan Mahmudah.
“Hati hati Mahani. Kalau Sahiril apa apakan kau cepat cepat telefon
aku tau. Tahulah macam mana aku nak ajar lelaki tu nanti.” Ujar Mahmudah.
“Baiklah.” Kata Mahani dan terus bergerak menuju ke perhentian bas. Mahmudah
dan Irfan memandang langkah kaki Mahani dengan pandangan sayu.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.