Sahiril masuk ke pejabatnya pada pagi itu lima minit sebelum pukul
lapan pagi. Dia melihat sudah ramai kakitangan yang bekerja di Bahagian
Pentadbiran RaHa Hotel sudah sampai. Ada di antara mereka yang sudah mula
bekerja. Sahiril berasa senang melihat pekerja pekerjanya. Kerana merekalah
RaHa Hotel boleh menjadi salah sebuah hotel terbesar di Asia Tenggara dan tidak
lama lagi nama RaHa Hotel mampu berada di persada antarabangsa.
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif RaHa Hotel Sdn Bhd dia perlu
tugasnya memang banyak. Dia sentiasa perlu memantau setiap perjalanan
pengurusan hotel tersebut supaya kepuasan hati pelanggan dapat dipelihara.
Hotel yang telah diusahakan oleh mama dan arwah papanya perlu dijaga dan
diwariskan kepada anak cucunya kelak. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, dia
bertanggungjawab untuk membuat keputusan bagi keseluruhan hotel dan perlu
mewujudkan pelan atau matlamat yang akan memberi kesan kepada perjalanan hotel
tersebut.
Dia juga bertanggungjawab untuk menetapkan sesuatu dasar untuk semua
kakitangan yang bekerja di RaHa Hotel. Selain itu, Sahiril juga perlu mempunyai
kemahiran konseptual iaitu satu kemahiran untuk memproses maklumat mengenai
persekitaran dalaman atau luaran hotel dan menentukan implikasi terhadap hotel
tersebut. Kemahiran ini amat penting supaya dia boleh berfikir ketika berada
dalam keadaan yang sukar.
Dia masuk ke pejabatnya dan diikuti oleh Mona yang bertindak sebagai
setiausaha peribadinya.
“I nak you batalkan semua meeting I pada hari ini.” Sahiril memberi arahan dengan tegas.
“Tapi Encik Sahiril, hari ni encik ada meeting dengan Datuk Rashid pasal
pembinaan RaHa Hotel kat Pulau Pangkor tu.” Jelas Mona.
“I bayar gaji you suruh you dengar cakap I ke suruh you bantah cakap I.
Kalau you tak suka kerja kat sini you boleh resign bila bila masa you
nak. Banyak lagi orang yang nak kerja kat sini.” Jerkah Sahiril.
Kecut perut Mona memandang muka majikannya yang merah padam itu.
“Apa tunggu lagi. Berambus sekarang. I
tak nak tengok muka you yang macam
tapir tu kat sini.” Marah Sahiril.
Mona tergesa gesa keluar dari bilik
tersebut. Makin lama dia berada di situ makin panas hatinya. Sebenarnya dia
sudah masak dengan perangai lelaki itu. Sudah tiga tahun dia bekerja bersama
dengan Sahiril.
“Muka saja tampan tapi perangai macam hantu.” Omel Mona. “Kenapa
dengan Encik Sahiril tu? Aku tengok dia macam moody saja.” Soal Rahim yang bertugas sebagai despatch di pejabat tersebut.
“Mana aku tahu. Kalau kau berani
sangat kau tanyalah sendiri kat dia.” Cabar Mona.
“Kau gila. Nanti tak pasal
pasal aku kena pecat dengan anak orang kaya sombong tu.” Ujar Rahim.
“Tahu pun kau. Aku tengok sejak dia kena tangkap basah dengan
pekerja kat Bahagian Housekeeping tu
dia terus marah marah sampailah sekarang.” Kata Mona.
“Memang patut pun sebab gara
gara dia nama RaHa Hotel ni dah jadi busuk tau. Kau tak baca berita ke yang
saham RaHa Hotel jatuh teruk masa berita tu tersebar.” Ujar Rahim.
“Biar padan
dengan muka dia. Sombong sangat dengan orang dan sekarang Allah bagi pembalasan
dekat dia. Aku tak sangka betul macam mana dia boleh kena tangkap basah dengan
seorang pengemas bilik sedangkan setahu aku dia tu boyfriend Melisa Murad kan? Model dan ratu cantik Malaysia yang terkenal tu.” Ujar Mona.
“Betul tu. Tapi nak buat macam mana dah nasib dia kena tangkap
khalwat dengan pengemas bilik.” Kata Rahim. Mereka berdua tertawa kecil.
“Kamu
berdua ni nak kerja ke nak bersembang?” Soal Datuk Hasanah yang muncul tiba
tiba.
“Buat kerja Datuk.” Jawab Rahim lalu beredar dari situ.
“Mona, kalau saya
nampak awak bersembang lagi saya pecat awak. Buat kerja sekarang!” Jerkah Datuk
Hasanah.
“Baik Datuk.” Mona takut takut melihat Datuk Hasanah yang garang
itu.
“Sahiril dah sampai?” Soal Datuk Hasanah.
“Sudah Datuk. Dia ada di dalam.”
Jawab Mona. Tanpa mengucapkan terima kasih Datuk Hasanah terus masuk ke bilik
Sahiril. Dia melihat Sahiril sedang berdiri di tingkap hotel sambil memandang
ke arah deretan kereta yang melalui lebuh raya yang terletak di hadapan hotel
tersebut.
“Apa yang kamu menungkan tu?” Soal Datuk Hasanah kepada Sahiril.
“Mama, terkejut saya. Kenapa mama tak ketuk pintu dulu sebelum masuk?” Soal
Sahiril kaget melihat kehadiran ibunya di pejabat seawal pagi begitu. Amat
jarang ibunya datang ke pejabat jika tidak ada urusan yang penting. Biasanya Datuk
Hasanah akan datang ke pejabat sekiranya ada mesyuarat dengan ahli lembaga
pengarah dan pemegang saham.
“Mama sengaja tak nak ketuk pintu sebab tak nak ganggu kemu yang
tengah mengelamun. Kenapa muka kamu nampak tertekan sangat? Kamu ada masalah
ke?” Soal Datuk Hasanah seolah olah dapat membaca isi hati Sahiril.
“Saya rasa
saya dah tak boleh hidup dengan perempuan tu mama. Saya sangat bencikan dia.
Saya nak batalkan saja perjanjian tu. Saya nak ceraikan dia secepat mungkin.”
Jawab Sahiril dalam keluhan.
“Sahiril, kamu jangan
bertindak bodoh macam tu. Kalau kamu ceraikan dia sekarang wartawan akan
mengeluarkan berita yang bukan bukan. Nanti kita juga yang susah.” Datuk
Hasanah membantah keputusan Sahiril.
“Tapi mama saya dah tak tahan hidup dengan
dia. Saya tak cintakan dia. Saya mencintai Melisa. Saya nak kahwin dengan
Melisa secepat mungkin.” Ujar Sahiril.
“Kamu kena sabar. Kamu tetap akan kahwin dengan Melisa nanti.
Sekarang kita kena ikut rentak dia untuk menjaga reputasi hotel kita. Dalam pada
itu kamu siksa hidup dia. Biar dia serik supaya dia tak buat perkara yang sama
pada kamu lagi.” Datuk Hasanah memberi pendapat.
“Baiklah. Saya ikut nasihat
mama.” Ujar Sahiril dalam keluhan berat.
“Bagus. Macam tu lah anak lelaki
mama.” puji Datuk Hasanah bangga.
...............................................................................................
Mahani tersedar dari tidur pada pagi itu tepat pukul 9.30 pagi. “Ya
Allah, aku terlepas solat Subuh.” Bisik Mahani dalam hati. Badannya terasa
sengal sengal dan kepalanya terasa berat sekali. Dia teringat peristiwa semalam
di mana Sahiril membelasah dirinya seperti Sahiril membelasah seorang pencuri
yang masuk ke dalam rumahnya. Dia benar benar tidak menyangka lelaki seperti
Sahiril merupakan lelaki yang dayus.
Sanggup memukul seorang wanita yang lemah sepertinya. Dia cuba turun
dari katil namun kudratnya tidak mengizinkan. Pinggangnya terasa sakit sekali.
Tiba tiba perutnya berbunyi menandakan dia berasa lapar. Dirinya betul betul
tidak mampu untuk berjalan ke dapur. Dia hanya terbaring atas katil. Tiba tiba
dia mendengar loceng rumah itu berbunyi.
“Siapa pula datang pagi pagi ni? kalau Sahiril kenapa dia tak buka
pintu guna kunci?” Omel Mahani.
Mahu atau tidak dia perlu bangun juga untuk
membuka pintu. Sudah berkali kali loceng pintu itu ditekan menandakan tetamu
tersebut dalam keadaan tidak sabar sabar.
Beberapa kali Mahani terjatuh sepanjang perjalanannya ke pintu utama
rumah tersebut.
Setelah membuka pintu rumah tersebut dia melihat Mahmudah dan Ramli
sedang berdiri tegak dihadapan pintu rumah itu.
“Ya Allah Ani, apa yang Sahiril
buat kat kau ni? Dia pukul kau ke?” Soal Mahmudah yang kelihatan terkejut
melihat keadaan Mahani yang lemah dan lebam lebam itu. Mahmudah dan Ramli terus
memapah Mahani duduk di sofa yang terletak di ruang tamu penthouse tersebut.
“Sahiril memang dah melampau. Dia memang lelaki yang dayus. Sanggup
dia pukul isteri dia sendiri.” Marah Ramli.
Dia kasihan melihat Mahani yang
dalam keadaan lemah seperti itu. “Kita tak boleh biar saja perkara ni. Kita
kena buat laporan polis. Biar jantan tu kena tangkap dan dimasukkan ke dalam
penjara.” Cadang Mahmudah.
“Jangan kak long. Jangan laporkan pada polis. Saya
tak apa apa. Saya okey. Sikit saja ni.” Bantah Mahani.
“Sikit kau cakap? Kau ni sihat ke tak? Ke otak kau dah terbalik
sebab kena belasah dengan Sahiril semalam? Kita tak boleh biarkan saja Mahani.
Esok esok dia buat lagi perkara yang sama pada kau.” Nasihat Mahmudah.
“Betul
tu Ani. Ini kes penderaan rumahtangga. Kita tak boleh diamkan saja.” Ujar
Ramli.
“Tak payah buat laporan polis. Kak long hantar saja saya pergi klinik.
Saya tak apa apa.” Kata Mahani.
“Kau ni kenapa? Kenapa kau tak nak kita buat laporan polis?’ Soal
Mahmudah bingung. Dia pelik dengan sikap Mahani pada hari ini.
“Saya tak nak
dia masuk penjara. Saya cintakan dia kak long.” Jawab Mahani jujur. Dia tidak
kisah apa yang Sahiril lakukan pada dirinya asalkan dia akan sentiasa dekat
dengan lelaki itu. Terkedu Mahmudah dan Ramli mendengar pengakuan Mahani.
Mereka tidak menyangka bahawa Mahani masih mencintai lelaki yang
telah mengasari dirinya sekejam itu. “Kau ni memang pelik Mahani. Kau memang
pelik. Aku betul betul tak faham dengan kau ni.” Ujar Mahmudah.
“Sudahlah kak.
Mari kita bawa Mahani ke klinik. Teruk benar keadaan dia.” Ujar Ramli.
“Irfan
mana? Dia okey ke?” Soal Mahani. Tiba
tiba sahaja dia teringat akan anaknya itu.
“Irfan okey. Dia tengah berehat kat hospital tu. Pagi tadi Ramli
yang ajak aku ke rumah kau ni sebab dia risau pasal kau. Jom kita pergi
klinik.” Ujar Mahmudah. Mereka memapah Mahani ke kereta Ramli untuk di bawa
klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan.
Baca BAB 16 di sini ---> BAB 16
Baca BAB 16 di sini ---> BAB 16
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.