Isnin, 9 Januari 2017

CARA YANG BETUL APABILA MAHU CARI SESUATU DI GOOGLE

Image result for google
Dalam era yang serba canggih ini, kita sekarang boleh mendapatkan info dengan mudah dan pantas. Segala info hanya dihujung jari sahaja dengan adanya rangkaian internet, dalam masa beberapa minit sahaja korang dah boleh dapatkan resipi, tips, petua, yang dimahukan. Seperti apa yang dapat kita perhaikan sekarang Google sudah dianggap satu keperluan bagi setiap orang.

Walaupun dengan adanya kemudahan ini, kami pasti ramai antara anda mengambil masa untuk explore bagi mendapatkan segala info yang sahih, boleh dikatakan ambil masa beberapa jam unuk menjumpainya, disebabkan hasil pencarian yang tidak menepati apa yang korang mahu.

Jadi, ini cara-cara mudah untuk korang untuk advanced kan lagi skill mencari info dengan pantas dan tepat apabila menggunkan Google.




Mungkin korang kurang pasti atau keliru mengenai nama seseorang atau segala perkara mana satu yang lebih tepat kan? Hanya perlu letak simbol “|“ atau gunakan sahaja perkataan "or". Kemudian hasil pencarian akan keluar dengan mudah.

Contoh macam gambar diatas, ingat muka tapi lupa nama Jennifer mana yang kita suka, inilah hasilnya! Tak perlu ketuk-ketuk nak recall balik sebab ingat-ingat lupa

 


Bahasa kita kaya dengan sinonim. Kadang-kadang ini boleh menjadi sangat mudah apabila melakukan penyelidikan dalam talian. Jika anda perlu mencari subjek yang memerlukan frasa tertentu, tambah simbol "~" dalam carian korang.

Sebagai contoh, jika korang mencari istilah "makanan ~ sihat " anda akan mendapat hasil  prinsip-prinsip pemakanan sihat, resipi memasak, serta pilihan tempat makan yang sihat. Tak perlu menaip resipi makan makanan sihat/tips pemaknan sihat/restoran yang menyediakan makanan sihat. Kan dah membazir masa nak cari satu-satu.




Kadang-kadang ada artikel yang membuatkan anda rasa ingin baca berulang kali dan ingin dikongsikan kepada rakan anda. Cara paling mudah yang ada didalam Google Search ini adalah meletakkan nama laman web diruangan carian serta "frasa" yang anda mahukan (macam gambar diatas).

Kalau korang hanya taip "interview" sahaja, macam-macam benda merepek akan keluar kan? Jadi lebih letakkan nama website dihadapan carian.







Contoh, kalau korang terlupa satu  key word dalam satu ayat atau nombor selanjutnya. Hanya letakkan simbol "*" di pencarian kalau tak ingat, mesti akan keluar apa yang korang nak.












Pernah tak korang terlupa satu statement ini dan korang macam separuh nyawa menaip tapi tak jumpa. Biasanya lirik lagu lah kan? Haha! Kalau lupa lagi hanya tambah ayat AROUND + (jumlah patah perkataan) contohnya macam di atas ini. Google mesti familiar punya. Hehe!







Pernah tak korang terlupa tahap kritikal? Haaa,..kalau terlupa korang tanya tambah "intitle:" bersertakan satu perkataan yang korang ingat. Misalnya macam diatas ini, cerita mengenai Husky tapi lupa tajuk artikel itu. Jadi ini tindakannya, dan mudah untuk dicari.

Sekurang-kurangnya dapat membantu sedikit daripada hanya letak ayat 'Husky' sahaja. Pasti nanti akan keluar gambar-gambar dengan info yang entah apa-apa kan?








Sumber : maukerja.my

1 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.