Sumber : Google |
Entri ini adalah sambungan daripada entri semalam. Masih ingatkah anda pada kawan lelaki saya yang pengsan di dalam
kelas kerana tidak tahan dengan tekanan putus cinta itu? Dia sekarang sudah pun
mendapat teman pengganti. Ternyata hubungan cinta dengan teman wanitanya dahulu
hanyalah cinta monyet semata mata. Saya sendiri tidak tahu apakah hubungannya
dengan gadis baru ini akan kekal lama atau akan putus di tengah jalan. Harapan
saya semoga hubungan itu boleh bertahan sehingga ke jinjang pelamin.
Bercakap tentang kawan lelaki saya
yang bercinta dengan gadis yang queen control itu, saya berasa kasihan
melihatnya. Masakan tidak, sudah banyak pengorbanan telah dia tabur kepada
gadis itu. Dia pernah berbalah dengan teman rapatnya kerana gadis itu. Saya
masih ingat lagi, dia sanggup menghantar makan malam ke rumah gadis itu pada
pukul 12 tengah malam semata mata kerana cintanya kepada gadis itu walaupun dia
masih keletihan setelah seharian meredah hutan untuk satu aktiviti kelab yang
disertainya.
Dia juga sanggup berhenti merokok
kerana gadis itu memandangkan gadis itu tidak suka pada perokok. Saya melihat
sendiri dengan mata saya bagaimana seksa dirinya menahan diri daripada
menghisap rokok. Namun digagahinya juga semata mata kerana sayang akan gadis
itu. Tetapi, oleh kerana satu kesilapan yang tidak disengajakan, gadis itu
meninggalkan dirinya dan bercinta pula dengan lelaki lain. Ternyata segala pengorbanannya selama ini
terhadap gadis itu sia sia belaka.
Kawan saya yang bercinta dengan
pelajar junior itu lagi rumit kisahnya. Dia terlalu percaya bahawa gadis
itu adalah bakal isterinya. Kepercayaan itu didasari atas pertemuannya dengan
gadis itu di dalam mimpi selama dua minggu! Menurutnya (entah betul entah tidak),
setiap kali dia beristikharah tentang jodohnya, wajah gadis itu akan muncul
dalam mimpi mimpi malamnya.
Kawan lelaki saya ini agak ‘kompleks’
sikapnya. Dia sering meminta pendapat saya setiap kali dia menceritakan masalah
cintanya. Apabila saya memberi pendapat, dia menyanggah pula. Dia menyanggahnya
atas alasan dia telah mendapat pendapat yang lebih bagus daripada ‘pakar’ dan atas
kepercayaan serta keyakinan yang tinggi pada mimpi mimpinya itu.
Sekarang dia sedang ‘berkelahi’
dengan gadis itu. Hubungannya dengan gadis itu retak sejak dia melakukan
perbuatan yang tidak sepatutnya dia lakukan. Saya sendiri pun terkejut atas apa
yang dia lakukan. Dia adalah seorang penyokong PAS tulen, peminat tegar
Allahyarham Nik Aziz Nik Mat, tidak pernah tinggal solat, acapkali ke surau
untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya’ tetapi boleh melakukan perbuatan ‘terkutuk’
seperti itu. Bukan sahaja saya malah gadis itu pun tidak menyangka dia boleh
bertindak sejauh itu.
Justeru itu, gadis tersebut
menjarakkan dirinya dengan kawan saya. Whatsapp yang biasanya dibalas secara
panjang berjela kini dibalas dengan ayat yang pendek pendek sahaja. Lawak lawak
‘cinta’ gadis itu yang menemani tidur kawan saya di malam hari sudah tidak ada
lagi. Itulah yang membuat kawan saya tidak keruan. Dia tidak mahu berpisah
dengan gadis itu kalau boleh. Dia terlalu percaya bahawa gadis itu adalah
jodohnya.
Apa yang membuatkan kepala saya pening
adalah diri kawan saya itu. Dia mengatakan gadis itu sudah mula dingin
dengannya tetapi sentiasa rindukannya (saya tidak tahu betul atau tidak). Ini
kerana, setiap kali dia membawa tweet tweet gadis itu di Twitter, dia perasan
gadis itu seolah olah bercakap tentang dirinya dan hubungan mereka. Dia sering
berperasaan begitu tetapi hakikat sebenar tidaklah dia ketahui.
Pusing kepala saya memikirkan masalah
mereka walaupun itu bukan masalah saya. Saya yang tidak ada kena mengena turut
terheret sama dalam kancah percintaan mereka. Setiap kali saya bertemu dengan
kawan saya itu, hubungan cintanya dengan gadis itulah yang menjadi topik perbualan
utama. Saya seboleh boleh tidak mahu campur tangan tetapi memandangkan dia
selalu menceritakan hal itu kepada saya, sedikit sebanyak saya tercampur jua.
Sekarang saya tidak tahu apa perkembangan hubungan mereka kerana kawan saya itu
pun sudah agak lama tidak menghubungi saya. Serasa saya, hubungan mereka masih
tetap begitu juga.
Ada banyak cerita sebenarnya tentang
kawan kawan lelaki saya yang ‘hidup’ dalam alam percintaan itu. Jika dicerita
satu demi satu, wajarlah saya tulis novel sahaja kisah mereka itu sementelahan
saya juga ada menulis novel dalam blog ini. Tetapi di ruang yang terhad ini,
cukuplah saya menulis dengan seadanya. Jika ditulis panjang lebar nanti, tidak
ada pula orang yang mahu membacanya.
Berdasarkan cerita cerita cinta kawan
lelaki saya itu, saya boleh membuat satu kesimpulan. Jodoh dan pasangan kita
adalah ditentukan oleh Allah jua. Bagaimana kita usaha sekalipun untuk memenangi
atau mendapat seorang gadis untuk menjadi teman hidup kita, namun jika tidak
diizinkan Allah, semua itu hanya sia sia belaka.
Walaubagaimanapun, kita perlu
berusaha untuk mencari jodoh dan teman hidup kita. Kemudian kita perlu berdoa,
bertawakkal dan berserah kepada Allah – Tuhan Pentadbir Sekalian Alam. Hanya
Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika kita telah berusaha, berdoa,
dan bertawakkal, terpulanglah kepada Allah untuk memberi kita yang mana.
Ingatlah, setiap pemberian Allah itu adalah yang terbaik untuk kita. Kita perlu
terima dengan penuh keredhaan ketentuan Allah itu.
Saya berharap agar entri yang saya
tulis ini bolehlah memberi sedikit pengajaran kepada pembaca semua tentang
kisah kisah kehidupan yang saya paparkan dalam blog ini. Saya menulis ini bukan
untuk mengaibkan sesiapa tetapi untuk memberi sedikit tauladan kepada pembaca
semua agar jangan jadi seperti kawan kawan saya itu. Jika tidak, tidak tentu
arah jadinya….
Kisah cinta ini kekadang melalaikan kita, sewajarnya kita lebih berhati-hati dan lebih baik mengharapkan Cinta Ilahi...
BalasPadamCinta sesama manusia kdg2 mmbawa kekecewaan..tp cinta pd Allah..mmbawa ke syurga...hihihih
BalasPadamOkey,done baca sampai akhir.kesimpulannya,memang putus cinta tu sakit.dah banyak kali rasa dah.tapi kena kuatkan semangat dan beringat bahawa kalau dia jodoh kita,takkan ke mana sakitnya tu.kalau bukan jodoh pun,kesakitan tu akan hilang juga.
BalasPadampasal kawan yang bercinta dengan junior tu,rasanya kalau akak di tempat si perempuan,sampai bila-bila pun takkan bercinta semula dengan lelaki tu.maafkan boleh tetapi untuk sayang kembali,no no no..