Selasa, 17 Mac 2015

PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA PALING TERUK DALAM DUNIA!!!

Sumber : Google

Saya sangat bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara membangun yang hebat walaupun tidaklah semaju negara Jepun atau Korea Selatan. Saya mengkritik serba serbi tentang negara ini bukanlah kerana saya tidak pandai bersyukur atau sengaja mencari kesalahan mana mana pihak cuma saya ingin memperbetulkan keadaan yang cacar marba itu supaya menjadi cantik dan molek. Saya tidak mahu orang lain atau generasi akan datang menerima nasib seperti mana yang saya alami.

Sebagai pengguna pengangkutan awam, saya dapat merasakan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini masih lemah dan teruk! Setiap hari, saya akan menaiki tiga jenis pengangkutan awam darat iaitu LRT, KTM (Kereta api Tanah Melayu Berhad) dan teksi untuk ke kolej. Oleh itu, sudah pastilah saya mahukan satu pengangkutan awam yang benar benar cekap dan berkesan untuk membawa saya ke destinasi.

Saya tidak mahu mengulas tentang kelemahan LRT dan teksi. Pada saya, kelemahan dalam kedua dua jenis pengangkutan awam darat itu masih boleh dimaafkan. Biasalah, tidak ada perkara yang dicipta oleh manusia yang terlalu sempurna dalam dunia ini. Pasti sedikit sebanyak akan terdapat cacat celanya.  


Saya lebih cenderung untuk mengulas tentang kelemahan KTM – pengangkutan awam yang mengambil masa paling lama untuk saya sampai ke kolej. Mengapa saya mengatakan pengangkutan awam ini lembab? Ini kerana saya perlu menunggu selama setengah jam di stesen untuk menunggu KTM seterusnya sampai. Jika KTM datang pada pukul 2.06 minit petang, KTM seterusnya tiba pada pukul 2.36 minit petang atau mungkin lebih lewat daripada itu.

Bukan itu sahaja, kadang kala mereka menggunakan coach yang kecil, lama dan sempit. Sudahlah sempit, tempat duduk pula tidak banyak. Ramai orang terpaksa berdiri secara berhimpit himpit seperti ‘ikan sardin dalam tin’ di dalam KTM tersebut. Bukan sahaja sempit, pengudaraannya juga tidak bagus. Berada dalam KTM seperti berada di dalam ketuhar! Oleh itu, rasa panas, tidak selesa dicampur pula dengan pelbagai jenis bau dari pelbagai bangsa yang berada di dalamnya sentiasa menusuk hidung saya.    

Saya tidak tahu mengapa mereka mesti gunakan coach yang lama sedangkan mereka ada banyak coach yang baru. Coach yang lama memang tidak sesuai digunakan terutama pada waktu puncak atau dalam keadaan penumpang terlalu ramai. Kadang kadang saya terpaksa berdiri selama 45 minit untuk sampai ke destinasi jika pihak KTM menggunakan coach yang lama, sempit dan kecil itu!

Sudahlah perjalanan dari satu stesen ke satu stesen yang lain mengambil masa yang lama, kadang kadang pemandu KTM tersebut berhenti di satu satu stesen selama setengah jam tanpa sebab dan pemberitahuan! Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan sehingga perlu berhenti begitu lama di satu satu stesen seperti di stesen MidValley contohnya. Apabila mereka berhenti terlalu lama, orang yang mahu sampai cepat ke destinasi akan mengalami kelewatan kerana ‘kelembapan’ KTM itu.

Pekerja pekerja KTM juga kadang kala langsung tiada adab sopan kepada penumpang. Pernah satu ketika, saya berlari lari apabila KTM sampai. Apabila saya sampai sampai dihadapan pintu, pekerja yang mengawal penumpang keluar masuk itu lantas menyuruh rakan pemandunya supaya menutup pintu sambil tersenyum sinis kepada saya. Sakit hati pada waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu. Itu belum lagi kes pasangan warga emas yang terpisah di stesen gara gara pekerja KTM yang langsung tidak prihatin terhadap para penumpangnya (mereka menutup pintu terlalu cepat sehingga warga emas itu tidak dapat menaikinya).

Di atas semua masalah itu, saya ingin membuat beberapa cadangan. Pertama, tambahkan bilangan KTM supaya para penumpang tidak perlu menunggu lama di setiap stesen. Cukuplah penumpang hanya perlu menunggu selama 15 minit sahaja untuk menunggu KTM seterusnya tiba.

Kedua, pihak KTM perlu menggunakan coach yang baru. Elakkan dari menggunakan coach yang lama, sempit dan panas itu. Coach yang baru itu juga perlu ditambah bilangannya supaya ramai penumpang boleh duduk jika mereka perlu mengambil perjalanan yang jauh seperti dari Seremban ke Rawang misalnya.

Pemandu KTM jangan berhenti di satu satu stesen terlalu lama sehingga setengah jam kerana menyebabkan orang yang mahu cepat sampai ke destinasi akan mengalami kelewatan. Jika ada masalah, segera beritahu kepada penumpang tentang masalah yang berlaku melalui alat pembesar suara yang disediakan.

Kakitangan KTM juga perlu sentiasa prihatin kepada penumpang. Pastikan semua penumpang sudah naik terlebih dahulu baru pintu ditutup. Sediakan juga satu coach khas untuk warga emas dan wanita mengandung supaya mereka dapat menaiki KTM dengan selesa.


Kesimpulannya, diharapkan semua teguran dan cadangan saya di dalam blog ini dapat dipertimbangkan oleh pengurusan KTM supaya KTM dapat menyediakan perkhidmatan yang selesa, cekap, berkesan, selamat, dan terbaik kepada para penumpang sesuai dengan bayaran yang kami semua keluarkan. 

10 ulasan:

  1. Memang pengangkutan awam di malaysia masih di tahap kurang memuaskan walaupun semua fasiliti awam tu boleh dikatakan banyak..tak selesa dengan pengangkutan awam terutama KTM komuter..sempit dan kurang selesa

    BalasPadam
  2. bila bercakap tentang kenderaan awam,.saya kata TIDAK,..ada sejarah hitam yang amat perit tentang ini terutama BAS TRANSNASIONAL,..Sumpah demi Allah saya tidak akan dapat memaafkan pemilik syarikat itu,pekerja dan apa saja yang berkaitan,....saya hilang 4 nyawa,......tanpa pembelaan buat diri saya,...jiwa saya sakit,....terlalu sakit,..saya hadapinya sorang diri,......i say no to bus,.....its make me sick,....really sick,..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ajal maut tu ditangan tuhan, tapi jangan lah diabaikan waris keluarga... hmmm... buat saya tertanya, tanya pulak.

      Padam
  3. maafkan saya admin,...kadangkala ia sangat terkesan di hati,.

    BalasPadam
  4. lama tak singgah sini.

    harapnya entri ni dapat membuka mata pihak KTM.layanan tu penting sebab dorang bukannya guna sistem 100% komputer untuk buka dan tutup pintu kan.boleh toleransi lagi kalau ada penumpang nak naik atau turun train.

    BalasPadam
  5. kebanyakkan masalah diatas adalah berpunca dari manusia, sikap dan pengurusan. hmmm...

    saya dok kat banting ni, tak delah guna sangat pengangkutan awam, sebab yang ada cuma bas dan teksi, bas tak masuk kebanyakkan taman, jalan kat jalan utama je. Teksi? hmmm...

    BalasPadam
  6. Dulu masa zumal tinggal di kawasan Lembah Klang, zumal rasa selesa juga dengan LRT dan komuter nie, cuma sikap manusia yang suka bersesak-sesak nak masuk gak dalam train yang penuh. Macam STAR dan Putra tu rasanya masa menunggu tak la lama sangat. Sikap pengguna nie punca masalah dalam pengangkutan awam nie. Kalau kat Perlis, teksi masih tiada meter. Rasanya terlalu mahal dorang caj berbanding pengalaman zumal naik teksi di Lembah Klang tu ^-^

    BalasPadam
  7. Itulah kononnya dasar penjimatan yang dilaung-laung oleh kerajaan tapi YB2 hidup senang lenang dan kaya raya..

    BalasPadam
  8. Memang tak dinafikan sistem pengangkutan di malaysia sgt tidak efisen n sgt mgecewakan, bas tidak mengikut waktu perjalanan, pemandu bas yg bsikap malas dan sambil lewa, teksi pula masih ade yg meletak hrga sesuka hati tanpa mngunakn meter, tren ktm pula sama juga tidak efisen lembab dan tiada pengurusan yg sistematik..saranan kerajaan utk rakyat mgunakn pengangkutan awam mmg agk mustahil dilaksanakan jika pihak kerajaan tidak dapat memperbaiki kelemahan yg sedia ada

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.