Antara kelebihan menjadi seorang
penulis blog adalah kita dapat mengenal dan menambah rakan baru. Dunia blogger
ini telah diisi oleh pelbagai manusia yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang. Masing masing mempunyai cara tersendiri dalam menulis blog dan masing
masing mempunyai prinsip tersendiri dalam dunia blog.
Dunia blog ini adalah satu dunia yang
menarik. Dunia ini bukan sahaja untuk memperkenalkan kepada masyarakat tentang
kebaikkan penulisan bahkan lebih daripada itu. Dunia blog adalah tempat untuk
manusia melontarkan pendapat, mengasah bakat, membuat teguran, menyampaikan
maklumat, membongkar kebenaran, meluahkan perasaan dan sebagainya. Pendek kata,
dunia blog ini adalah satu dunia yang menarik untuk diterokai.
Dengan meneroka dunia blog ini, kita
dapat mengenal dengan pelbagai ragam manusia secara langsung ataupun secara tidak
langsung. Kita dapat memahami pemikiran, idea dan kehidupan penulis penulis
blog yang ada di Malaysia ini. Secara tidak langsung, jaringan persahabatan
kita menjadi lebih luas dan terbuka. Ini semua dapat dilakukan dengan melakukan
blogwalking.
Sepanjang tiga tahun saya bergelar
seorang penulis blog, saya telah menjumpai rakan rakan blogger yang setia dan
jujur. Sukar sebenarnya untuk mencari mereka. Mereka ini umpana sebatang jarum
di dalam timbunan jerami. Mereka ini adalah rakan, peminat, pembaca, dan
pengomen blog saya tanpa pernah rasa jemu dan bosan.
Salah seorangnya adalah Dr. Shikin
Zainal yang merupakan penulis blog Life is beautiful...don't waste it. Hari ini (di dalam entrinya) dia telah
membuat keputusan untuk tidak lagi menulis blog seperti dahulu. Dia ingin
bersara dari dunia blog untuk satu waktu yang entah bila penghujungnya. Dia
akan menulis entri hanya bila perlu sahaja dan dia tidak lagi boleh melakukan
blogwalking seperti selalu walaupun dia adalah antara blogger yang peramah yang
pernah saya kenal dan jumpa.
Dia mengambil keputusan itu kerana
beberapa masalah yang membelenggu hidupnya. Anda boleh baca entri ini untuk mengetahui
masalah yang dia hadapi. Sehubungan itu, dunia blog yang selama ini dihuni oleh
seorang doktor yang berwibawa kini sudah tidak ada lagi. Jika ada pun hanya
untuk seketika kemudian hilang dalam masa yang lama. Komen komennya di blog
orang lain sudah tidak lagi boleh ditatap seperti biasa.
Dengan keputusannya itu, saya turut
menerima tempiasnya. Saya telah kehilangan seorang kakak, kawan dan doktor
dalam dunia blog yang saya cintai ini. Saya tidak boleh lagi dapat membaca
entri entri mengenai kesihatan dan perubatan seperti selalu. Saya tidak boleh
lagi menatap tulisan tulisan mengenai dirinya dan anak anaknya seperti biasa. Saya
juga sudah tidak dapat membaca mengenai pengalaman pengalamannya dalam merawat
pesakit dan berjumpa dengan pesakit seperti lazimnya. Dan tiada lagi orang yang
akan membaca dan memberi ulasan dalam blog saya seperti selalu dan dalam
kuantiti yang banyak.
Kehilangan Dr. Shikin amat dirasai
oleh saya. Walaupun saya sedih dengan keputusan itu, saya tetap menghormati
keputusannya. Dia punya alasan tersendiri untuk bersara dari dunia blog. Saya yakin
dan percaya kehilangannya bukan sahaja akan dirasai oleh saya tetapi juga oleh
rakan rakan blogger yang lain.
Kelebihan Dr. Shikin adalah
pengetahuannya yang sangat luas dalam bidang perubatan sementelahan dia telah
lama bertugas sebagai seorang doktor. Dia juga seorang blogger yang peramah dan
ikhlas dalam dunia blog. Dia tidak ‘lokek’ untuk membaca dan memberi komen di
setiap blog yang dia kunjungi dalam kuantiti yang banyak. Komen komennya bukan sekadar komen tetapi komen yang punya isi dan komen yang menandakan dia baca setiap perkataan dalam entri kita. Sukar untuk mencari blogger seperti dirinya.
Kasih sayangnya sebagai seorang ibu
dan wanita memang terserlah dalam setiap entri mengenai anak anaknya. Ironinya,
salah seorang anaknya mempunyai nama yang sama dengan saya – Haziq. Sayang seribu
kali sayang, saya tidak bisa lagi membaca itu semua selepas ini.
Tiada apa yang dapat saya tulis lagi
berkenaan dengan keputusannya untuk bersara itu. Menulis entri ini juga sudah
membuat saya sebak dan sedih. Mahu mengalir air mata rasa malu pula. Apa yang
dapat saya ungkapkan adalah semoga Dr. Shikin dan keluarga sentiasa sihat dan
selalu berada di bawah lindungan Allah. Semoga Dr. Shikin terus menjalani
kehidupannya sebagai seorang manusia, hamba Allah, ibu, doktor dan isteri
dengan penuh tabah dan ikhlas. Selamat bersara Dr. Shikin….semoga persahabatan kita
akan kekal selama lamanya.
Nota : saya menulis entri ini agar
memori saya berkenaan Dr. Shikin tidak mudah terpadam apabila saya tua nanti.
Di hari tua saya nanti, saya akan kembali membaca kesemua entri yang pernah
saya hasilkan sepanjang saya menjadi penulis blog.
Begitula adat dunia, datang dan pergi. Kesibukan jg selalu menghambat terutama 2015 ni. Cuma, syg la pembaca tidak lg mndpt info dan perkongsian dari seorg blogger bergelar doktor.
BalasPadamlah saya baru tahu..... saya pun suka baca blog dr.... :(
BalasPadampatutlah dah agal lama x blogwalking di blog saya . ingatkan dia busy . saya mmg tahu dia ada masalah dalaman ... semoa beliau tabah mengharungi ujian Allah itu ...
BalasPadamAlahai Dr. Shikin dah berhenti menulis? Terkejut baca pasal nie...
BalasPadamkalau dah rapat dengan seseorang,walau belum pernah bersua muka,mesti akan rasa kehilangan jika menyepi kan.tak pelah,kalau diizinkan Allah,pasti doktor tu kembali menulis.dan boleh terjah menerjah kembali.
BalasPadamKak ekin pun ada bc entri dia sebelum terkejut gak bila taw sis dr shikin.nak bersara dari dunia blog... semoga dr shikin n family dilindungi Allah s.w.t
BalasPadamSalam Haziq...Maaf saya baru saja membaca entri Haziq ni. Terharu sungguh meniti tiap2 baris kata Haziq... Thanx a lot...Ye,saya juga doakan semoga persahabatan kita berkekalan.
BalasPadam