Jumaat, 6 Mac 2015

MENGAPA MAHASISWA MUDAH TERPENGARUH DENGAN ALIRAN PEMIKIRAN SONGSANG?


Sumber : Google


Mahasiswa atau golongan muda adalah penentu kepada masa depan negara. Madah pujangga : jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihat kepada anak mudanya. Jika anak mudanya baik, maka baiklah negara itu. Jika anak mudanya rosak, maka rosaklah negara itu. Dari situ kita boleh melihat akan kepentingan anak muda atau mahasiswa ini pada masa akan datang dalam sesebuah negara. 

Namun begitu, sejak akhir akhir ini anak anak mudah kita mudah terpengaruh dengan aliran pemikiran songsang seperti pluralisme, liberalisme, LGBT, sosialisme, komunisme dan sebagainya. Mereka seolah olah tidak kisah apa yang akan berlaku kepada diri mereka dan negara mereka apabila pemikiran mereka sudah ‘dirasuki’ oleh aliran pemikiran sesat dan songsang ini.

Bukan itu sahaja, mereka juga tega untuk menggadaikan agama dan bangsa mereka kerana mereka mentafsirkan agama dan bangsa itu mengikut logik akal semata mata. Inilah akibatnya apabila aliran pemikiran songsang sudah menguasai minda anak muda kita. Semakin lama, anak muda kita semakin jauh dari Islam. Bukan hanya Islam, begitu juga dengan Melayu.

Oleh sebab itu, kita banyak melihat anak anak muda kita menjadi rosak hari demi hari. Pelbagai perkara pelik yang telah mereka lakukan. Pelbagai gejala sosial semakin membarah dalam negara kita pada masa kini. Tidak ketinggalan mereka sanggup menyokong pemimpin pemimpin yang jelas menentang Islam kerana pemikiran mereka sudah taksub dengan pemimpin tersebut dan pemikiran mereka juga sudah dikuasai oleh aliran pemikiran songsang itu tadi.

Perkara ini semua terjadi kerana ceteknya pengetahuan agama anak muda kita. Mereka hanya belajar agama setakat darjah enam sahaja selebihnya secara tidak mendalam di sekolah menengah. Apabila tamat sekolah menengah, mereka tidak lagi mempelajari tentang Islam secara mendalam. Jika belajar pun hanya di universiti dan itu pun tanpa memberi penekanan yang lebih dan sekadar mahu lulus dalam peperiksaan sahaja. Hanya pelajar yang mengambil jurusan dalam bidang keagamaan sahaja yang mempelajari Islam secara berterusan dan mendalam.

Mahasiswa atau anak muda sekarang juga malas membaca buku. Mereka hanya membaca bahan bahan dari internet sahaja yang belum tentu kesahihannya. Mahu membuka buku tentang falsafah Islam, budaya Islam, pemikiran Islam memang tidak ada dalam kamus hidup segelintir dari anak muda kita. Mereka hanya bergantung kepada internet sahaja untuk mendapatkan maklumat. Jika membaca buku pun, sekadar buku teks universiti, buku nota yang diberi oleh pensyarah, majalah hiburan dan novel novel picisan yang berlambak di pasaran sana.     

Selain itu, kebanyakkan anak muda kita sudah tidak punya rasa cinta yang mendalam terhadap Islam, Melayu dan Malaysia. Oleh kerana perasaan cinta itu sudah tidak wujud lagi dalam sanubari mereka, maka mereka sudah tidak kisah lagi apa yang akan berlaku terhadap ketiga tiga perkara itu. Apa yang penting bagi mereka adalah nafsu dan cita cita mereka tercapai tanpa mengira apa yang bakal berlaku kepada agama, bangsa dan tanah air mereka. 

Seterusnya, didikan ibu bapa yang salah juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Kebanyakkan ibu bapa terlalu memberi penekanan terhadap ilmu dunia tetapi tidak ilmu akhirat. Jika diberi pun, sekadar untuk mencukupkan syarat sahaja. Oleh sebab itulah, ramai anak muda kita sudah jauh daripada Islam sedikit demi sedikit dan tidak mustahil akan meninggalkannya terus suatu hari nanti jika masalah ini tidak di atasi dengan segera.  

Kerajaan juga tidak menerapkan nilai nilai Islam dan pentadbiran dan dalam kehidupan anak anak muda kita. Ingatlah, apa yang dilakukan oleh pemimpin pasti akan menjadi ikutan kepada rakyat jelata. Memandangkan kerajaan kita pun sekadar sambil lewa dalam memperkasakan kepentingan Islam, maka tidaklah hairan jika anak anak mudanya pun semakin jauh daripada Islam dan mereka mudah terpengaruh dengan aliran pemikiran songsang itu.

Selanjutnya, lambakan program hiburan di televisyen telah melalaikan mahasiswa dan anak muda kita. Mereka lebih suka menonton rancangan berbentuk nyanyian, lakonan dan tarian berbanding menonton rancangan Forum Perdana Ehwal Islam yang membicarakan tentang hal ehwal kehidupan orang Islam di negara ini.

Akhir kata, pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah pemikiran sesat campur songsang ini. Oleh itu, langkah perubahan perlu kita lakukan demi untuk menyelamatkan anak anak muda kita yang semakin jauh terpesong itu. Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah. Satu tindakan susulan yang konkrit perlu diambil secepat mungkin bagi membendung masalah ini.



7 ulasan:

  1. Moga semua pihak bekerjasama menyelamatkan pewaris negara...

    BalasPadam
  2. Salam.. Singgah & follow sini. Come to my site.. http://sayeshukepink.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. darah muda yang bergelora..akhirnya di perguna

    BalasPadam
  4. bila sebut mahasiswa ni , pada CM mrk lebih kepada pengaruh sekeliling bercampur dengan jiwa muda yang penuh semangat bekobar2 dan mudah terpengaruh dan dipengaruhi ...

    BalasPadam
  5. diorang ingat diorang bijak, tapi dia lupa, klu dia bijak, ada lagi yang lebih bijak menggunakan kebijaksaan dan kelebihan orang lain. Benda ni kalau nak cerita, panjang sangat... sangat-sangat panjang

    BalasPadam
  6. Begitulah besarnya dugaan dan godaan di zaman ini hatta yang sudah mampu berfikir matang juga adakalanya tewas..

    BalasPadam
  7. kadang tabiat malas mencari kebenaran tu yg menjadi punca mudah terikut dengan ajaran2 yang kdg xmasuk dek akal...mgkin mencari populariti tanpa memikirkan akidah...terlalu taksub dgn dunia kan...semoga mereka diberi hidayah

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.