Rabu, 25 Mac 2015

HIDUP LELAKI MUSNAH KERANA CINTA SEORANG PEREMPUAN (Bahagian pertama)

Sumber : Google

Bidalan cinta itu buta sangat bertepatan dengan entri yang mahu saya tulis pada hari ini. Saya sejujurnya tidak pernah bercinta dan tidak ada pengalaman dalam cinta tetapi saya ada pengalaman berhadapan dengan orang orang yang bercinta. Saya boleh melihat betapa indahnya apabila bercinta dan saya juga dapat merasai betapa sakitnya putus cinta.

Walaupun saya tidak pernah bercinta tetapi ramai orang meluahkan masalah cinta mereka kepada saya sama ada mereka lelaki atau perempuan. Saya tidak tahu mengapa perkara itu boleh terjadi. Saya pun bukannya boleh membantu untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Saya cuma boleh beri satu dua pendapat yang tidak bernas dan terpulanglah kepada mereka sama ada mahu terima atau tidak.

Bercinta itu memang indah tetapi sakit apabila putus atau ditinggalkan. Saya tidak mampu merasainya secara hakiki tetapi saya boleh merasainya melalui pembacaan puluhan novel novel cinta yang pernah saya baca dan melalui pengalaman pengalaman saya yang berhadapan dengan manusia manusia yang bercinta.


Ramai kawan lelaki saya – mereka bahagia apabila bercinta tetapi menjadi tidak tentu arah apabila putus cinta. Ada seorang kawan lelaki saya sampai pengsan di dalam kelas kerana tidak tahan dengan tekanan putus cinta. Kemudian berhari hari tidak datang ke sekolah kononnya untuk meredakan tekanan perasaan walaupun SPM sudah tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk berlangsung sehingga guru guru saya pun sudah naik risau.   Ketika bercinta dahulu seolah olah dialah orang yang paling bahagia dalam dunia!

Begitu juga dengan seorang kawan lelaki saya di semester enam ini. Selama lima semester atau lebih kurang tiga tahun dia bercinta dengan rakan sekuliah saya. Sejujurnya kedua dua mereka adalah rakan sekuliah saya. Sejak di semester dua lagi saya dapat merasakan hubungan mereka sukar untuk bertahan lama kerana perbezaan yang terlalu ketara pada personaliti mereka berdua. Si gadis bersifat queen control manakala si teruna pula bersifat ‘bodoh bodoh alang’!

Ternyata telahan saya benar. Di awal semester enam ini mereka telah pun berpisah. Si gadis telah pun mendapat teman lelaki baru yang jauh lebih tampan daripada si teruna manakala si teruna pula terus makan hati. Dia bercerita kepada saya hidupnya menjadi tidak keruan dan tidak tentu arah selepas putus cinta. Tetapi apabila berhadapan dengan orang dia kelihatan biasa sahaja cuma apabila keseorangan dia akan menangis, kecewa dan menyesal kerana banyak sudah pengorbanan yang telah dia lakukan kepada si gadis.  Tetapi kesudahannya hubungan mereka tidak kekal lama.

Begitu juga dengan seorang kawan saya ini. Dia bukanlah satu kuliah dengan saya tetapi dia agak rapat dengan saya setelah dia ‘dibuang’ oleh rakan rakan lelaki di kuliahnya. Semester lepas dia telah jatuh cinta dengan seorang pelajar junior semester pertama dan dia berusaha merebut hati gadis itu. Hubungan mereka berjalan dengan agak lancar walaupun gadis itu menolak untuk bercinta buat masa ini. Hubungan mereka lebih kepada kawan tetapi kawan dalam proses untuk bercinta (sukar saya mahu menerangkan bentuk hubungan mereka itu)

Namun, kerana kebodohan dirinya yang melakukan satu perbuatan yang bukan sahaja melanggar batas agama, tetapi juga menyinggung perasaan gadis itu menyebabkan si gadis mula menjauhkan diri daripadanya. Pelbagai usaha telah dia lakukan untuk menawan kembali hati si gadis termasuklah berhasrat untuk bertemu dengan ibu bapa si gadis dan meminta saya untuk menulis surat buat gadis tersebut kerana menurutnya saya mempunyai bakat menulis yang baik.

Walaupun saya tidak mahu campur dalam urusan mereka berdua, namun setelah dipaksa saya terpaksa juga menurut. Surat itu bukanlah surat apa, cuma surat yang menceritakan kenangan dan titik persamaan antara dia dan gadis itu. Saya sendiri pun belum mula menulis surat itu kerana kesibukan dengan pelbagai tugasan dan peperiksaan akhir semester yang akan berlangsung minggu hadapan.

Memandangkan entri ini terlalu panjang, maka saya akan sambung dalam entri yang kedua nanti. Ada pelbagai perkara yang hendak saya ceritakan sebenarnya tentang kisah dan ragam orang bercinta. Sama sama kita nanti dan saksikan. Dan kalau boleh ambil pengajaran dari kisah mereka.



Bersambung... 










7 ulasan:

  1. memang banyak yang perlu hadapi bila bercinta

    BalasPadam
  2. Bila dikuasai emosi.. memang dah tak terfikir benda lain.. saya pun selalu jadi tempat meluah kawan2 bab2 hati dan perasaan.. belum lagi client yg punya masalah jauh lebih rumit berbanding orang yang putus cinta kerana perbezaan personaliti.. huhu

    BalasPadam
  3. ok.. sambung cepat2 please .. haha..

    BalasPadam
  4. Kerna cinta zumal juga pernah merana... Hehe ^^

    BalasPadam
  5. bersambung pulak..hee bila sambungannya ni..

    BalasPadam
  6. ok..xsabar nk baca citer seterusnye...mcm tgk drama hihihih

    BalasPadam
  7. ok,nak baca dulu citer sambungan.lepas tu,baru komen.hehe..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.