Sumber : Google |
Setiap kali saya membuka laman sosial
– Facebook khususnya, saya pasti akan melihat post post yang
berkaitan dengan remaja Melayu/Islam di Malaysia sedang melakukan hubungan seks
sama ada secara ‘ringan ringan’, ‘berat berat’, suka sama suka, paksa rela,
atau secara paksa betul (dirogol). Ada yang masih bersekolah atau menuntut di universiti
tetapi tidak kurang juga yang sudah bekerja (dewasa).
Saya tidak tahu siapa yang merakam
aksi aksi mereka itu? Saya juga tertanya tanya adakah mereka sedar atau tidak
yang perbuatan mereka itu dirakam? Saya juga mahu tahu adakah mereka sengaja
merakamkan perbuatan terkutuk mereka itu untuk tatapan masyarakat? Jika ya,
jelas ada sesuatu yang tidak kena dalam minda remaja kita.
Apa yang menyedihkan kebanyakkan
daripada mereka adalah terdiri daripada remaja remaja Melayu yang beragama
Islam. Semakin hari, perkara ini semakin membarah dalam masyarakat. Saya tidak
melihat ada sebarang pengurangan sebaliknya pertambahan dalam masalah sosial
tersebut.
Soalnya sekarang mengapa perkara itu
bisa berlaku? Siapa yang harus kita persalahkan? Mengapa tidak ada sebarang usaha
pembasmian dan pencegahan dibuat? Mengapa perkara ini boleh berlaku secara berterusan
tanpa sebarang sekatan? Melihat kepada perkara itu, saya berasa seperti tidak
tinggal di Malaysia sebaliknya tinggal di Denmark atau Amerika!
Sebagai sebuah negara yang mempunyai
peruntukan agama Islam dalam Perlembagaannya, perkara semacam itu tidak wajar
berlaku lebih lebih lagi apabila melibatkan orang Islam sendiri. Kerajaan di
bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) dan JAKIM perlu
menggiatkan usaha untuk membanteras gejala zina yang semakin berleluasa dalam
kalangan remaja masa kini.
Sampai bila kita mahu membiarkan
masalah ini akan terus berlaku dan berleluasa? Mengapa tidak ada sebarang usaha
untuk membanterasnya? Tidakkan kita malu jika orang bukan Islam menonton video
video ‘lucah’ itu? Apa persepsi mereka terhadap orang Islam dan agama Islam
sendiri. Sudah pasti agama Islam akan tercemar dengan tersebarnya video video
tersebut.
Ibu bapa dan guru guru juga memainkan
peranan penting dalam soal ini. Mereka perlu berganding bahu untuk mendidik
generasi muda kita pada masa kini supaya menjauhi seks bebas yang sememangnya
tidak baik bahkan mendatang dosa besar itu. Ibu bapa dan guru guru tidak boleh
sekadar memejamkan mata dalam soal ini.
Anggota masyarakat pula perlu
mengambil sikap ‘menjaga tepi kain orang lain’ bagi membanteras masalah
tersebut. Mereka perlu bersama sama membuat laporan kepada pihak berkuasa
seperti pegawai pencegah maksiat misalnya supaya menangkap mana mana remaja
atau individu yang melakukan seks bebas di luar sana. Mereka tidak boleh lagi
beri muka kepada remaja remaja ini kelak remaja remaja ini akan semakin rosak
jadinya.
Tidak lama lagi Hudud akan
dilaksanakan di Kelantan. Lebih menggembirakan apabila Terengganu dan Melaka
juga memberi komitmen untuk menegakkan hukum Allah itu di negeri masing masing.
Insha Allah … jika niat dan pelaksanaannya dibuat dengan betul, tidak mustahil
hukum Allah ini mampu untuk mencegah masalah zina dalam kalangan remaja kita
sekarang.
Kesimpulannya, kegiatan seks bebas
atau zina ini perlu dibanteras secepat mungkin. Kita sudah tidak boleh lagi
berkompromi dalam soal ini. Langkah langkah pencegahan perlu diambil dengan
segera supaya ramai remaja remaja Islam kita di luar sana terhindar daripada
perbuatan jijik dan keji itu.
sedih sebenarnya perkar aini berlaku kepada anak-anak melayu kita yang beragama Islam..
BalasPadamSaya sentiasa menyokong hujah MNH.
BalasPadamYang paling menyedihkan..seks bebas yang menular ni akan melahirkan ramai bayi tanpa ayah.. Yang mana bayi ini pula akan dibunuh kejam dalam pelbagai cara.
Mashaallah...
perkara ini menjadi penyakit utama mesyarakat(remaja) sekarang ini.sukar dibendung.. lebih memalukan lagi perbuatan tersebut dilakukan oleh org islam sendiri.......
BalasPadamMoga hukum hudud digunakan seluruh negara tak lama lagi dan mereka yang jahat nie harus dibawa ke muka pengadilan...
BalasPadamdalam kereta pon ada . saya baru ternampak tadi tepi sungai benteng . bila saya pandang , dia tutup lampu kereta
BalasPadamsedih tgk remaja skg ni...dugaan diorg hebat...godaan ada di mana2...hanya dengan keimanan yg tinggi shja kita dpt mengelakkan berlaku benda2 yang tidak sihat cenggini....
BalasPadam