Sumber : Google |
Bidalan cinta itu buta sangat
bertepatan dengan entri yang mahu saya tulis pada hari ini. Saya sejujurnya
tidak pernah bercinta dan tidak ada pengalaman dalam cinta tetapi saya ada
pengalaman berhadapan dengan orang orang yang bercinta. Saya boleh melihat
betapa indahnya apabila bercinta dan saya juga dapat merasai betapa sakitnya
putus cinta.
Walaupun saya tidak pernah bercinta
tetapi ramai orang meluahkan masalah cinta mereka kepada saya sama ada mereka
lelaki atau perempuan. Saya tidak tahu mengapa perkara itu boleh terjadi. Saya
pun bukannya boleh membantu untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Saya cuma boleh beri satu dua pendapat yang tidak bernas dan terpulanglah
kepada mereka sama ada mahu terima atau tidak.
Bercinta itu memang indah tetapi
sakit apabila putus atau ditinggalkan. Saya tidak mampu merasainya secara
hakiki tetapi saya boleh merasainya melalui pembacaan puluhan novel novel cinta
yang pernah saya baca dan melalui pengalaman pengalaman saya yang berhadapan
dengan manusia manusia yang bercinta.
Ramai kawan lelaki saya – mereka
bahagia apabila bercinta tetapi menjadi tidak tentu arah apabila putus cinta.
Ada seorang kawan lelaki saya sampai pengsan di dalam kelas kerana tidak tahan
dengan tekanan putus cinta. Kemudian berhari hari tidak datang ke sekolah kononnya
untuk meredakan tekanan perasaan walaupun SPM sudah tinggal beberapa minggu
sahaja lagi untuk berlangsung sehingga guru guru saya pun sudah naik risau. Ketika bercinta dahulu seolah olah dialah
orang yang paling bahagia dalam dunia!
Begitu juga dengan seorang kawan
lelaki saya di semester enam ini. Selama lima semester atau lebih kurang tiga
tahun dia bercinta dengan rakan sekuliah saya. Sejujurnya kedua dua mereka
adalah rakan sekuliah saya. Sejak di semester dua lagi saya dapat merasakan hubungan
mereka sukar untuk bertahan lama kerana perbezaan yang terlalu ketara pada personaliti
mereka berdua. Si gadis bersifat queen control manakala si teruna pula
bersifat ‘bodoh bodoh alang’!
Ternyata telahan saya benar. Di awal
semester enam ini mereka telah pun berpisah. Si gadis telah pun mendapat teman
lelaki baru yang jauh lebih tampan daripada si teruna manakala si teruna pula terus
makan hati. Dia bercerita kepada saya hidupnya menjadi tidak keruan dan tidak
tentu arah selepas putus cinta. Tetapi apabila berhadapan dengan orang dia
kelihatan biasa sahaja cuma apabila keseorangan dia akan menangis, kecewa dan
menyesal kerana banyak sudah pengorbanan yang telah dia lakukan kepada si
gadis. Tetapi kesudahannya hubungan
mereka tidak kekal lama.
Begitu juga dengan seorang kawan saya
ini. Dia bukanlah satu kuliah dengan saya tetapi dia agak rapat dengan saya setelah
dia ‘dibuang’ oleh rakan rakan lelaki di kuliahnya. Semester lepas dia telah
jatuh cinta dengan seorang pelajar junior semester pertama dan dia
berusaha merebut hati gadis itu. Hubungan mereka berjalan dengan agak lancar
walaupun gadis itu menolak untuk bercinta buat masa ini. Hubungan mereka lebih
kepada kawan tetapi kawan dalam proses untuk bercinta (sukar saya mahu
menerangkan bentuk hubungan mereka itu)
Namun, kerana kebodohan dirinya yang
melakukan satu perbuatan yang bukan sahaja melanggar batas agama, tetapi juga
menyinggung perasaan gadis itu menyebabkan si gadis mula menjauhkan diri
daripadanya. Pelbagai usaha telah dia lakukan untuk menawan kembali hati si gadis
termasuklah berhasrat untuk bertemu dengan ibu bapa si gadis dan meminta saya
untuk menulis surat buat gadis tersebut kerana menurutnya saya mempunyai bakat
menulis yang baik.
Walaupun saya tidak mahu campur dalam
urusan mereka berdua, namun setelah dipaksa saya terpaksa juga menurut. Surat itu
bukanlah surat apa, cuma surat yang menceritakan kenangan dan titik persamaan
antara dia dan gadis itu. Saya sendiri pun belum mula menulis surat itu kerana
kesibukan dengan pelbagai tugasan dan peperiksaan akhir semester yang akan
berlangsung minggu hadapan.
Memandangkan entri ini terlalu
panjang, maka saya akan sambung dalam entri yang kedua nanti. Ada pelbagai
perkara yang hendak saya ceritakan sebenarnya tentang kisah dan ragam orang
bercinta. Sama sama kita nanti dan saksikan. Dan kalau boleh ambil pengajaran
dari kisah mereka.
Bersambung...
memang banyak yang perlu hadapi bila bercinta
BalasPadamBila dikuasai emosi.. memang dah tak terfikir benda lain.. saya pun selalu jadi tempat meluah kawan2 bab2 hati dan perasaan.. belum lagi client yg punya masalah jauh lebih rumit berbanding orang yang putus cinta kerana perbezaan personaliti.. huhu
BalasPadamok.. sambung cepat2 please .. haha..
BalasPadamKerna cinta zumal juga pernah merana... Hehe ^^
BalasPadambersambung pulak..hee bila sambungannya ni..
BalasPadamok..xsabar nk baca citer seterusnye...mcm tgk drama hihihih
BalasPadamok,nak baca dulu citer sambungan.lepas tu,baru komen.hehe..
BalasPadam