Jumaat, 6 Mac 2015

KALAU TAK DAPAT SEMUA, SEDIKIT PUN JADILAH…


Sumber : Google


Semalam, semasa saya melakukan blogwalking, saya terbaca tentang satu entri blog yang sangat menarik iaitu berkenaan dengan isu kalimah Allah. Penulis blog itu mengatakan bahawa kita tidak mungkin dapat mengekang atau menghalang selama lamanya penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible Bahasa Melayu kerana kemajuan internet pada hari ini.

Menurut penulis blog itu, kalimah Allah memang tidak boleh digunakan di dalam kitab Bible Bahasa Melayu versi cetakan tetapi tidak mustahil untuk kalimah tauhid itu digunakan dalam kitab Bible Bahasa Melayu versi atas talian (online) gara gara kemajuan internet pada masa kini. Sudah pastilah anak anak muda Melayu/Islam yang akan menerima bahananya kerana golongan inilah yang kerap melayari internet.

Pada saya, memang kerajaan dan umat Islam bisa menghalang penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu versi cetakan tetapi tidak dalam versi atas talian (online) tetapi sekurang kurangnya kerajaan dan umat Islam tetap mempertahankan kesucian kalimah itu dan tetap mempertahankan akidah generasi akan datang walaupun tidak secara keseluruhannya.

Memang sukar untuk kita menghalang kemajuan internet pada masa kini. Pelbagai maklumat sama ada yang baik mahupun yang tidak baik terkandung dalam internet tetapi sebagai orang Islam, kita perlu mempertahankan kalimah suci itu dengan segala daya upaya yang ada. Kita tidak boleh menyerah dan mengalah begitu sahaja sambil memerhatikan kalimah Allah itu ‘dilacurkan’ di dalam Bible Bahasa Melayu itu.

Allah telah memberi kita akal dan tenaga untuk berusaha bagi mempertahankan kesucian agamanya. Oleh itu, sebagai orang Islam kita perlu menggunakan pemberian Allah itu dengan sebaik mungkin untuk mempertahankan agama Allah daripada diperlecehkan begitu sahaja oleh puak puak chauvinis ini.

Walaupun kita tidak mampu menghalang semua sekali, sekurang kurangnya sedikit pun perlu juga. Kita tidak boleh menjadi ‘syaitan bisu’ melihat kesucian nama Allah dan agama Islam diganggu gugat begitu sahaja oleh mana mana pihak sekalipun. Jika kita membiarkannya, nescaya berdosa besarlah kita. Tunggulah azab dari Allah Yang Maha Esa.

Kita perlu menggunakan segala kenikmatan yang telah Allah berikan kepada kita untuk mempertahankan agamanya. Jika kita tidak menggunakannya, alamat sia sialah pemberian Allah itu kepada kita. Tidak mustahil Allah akan menarik semula segala kenikmatan itu  kerana kealpaan kita dalam mempertahankan agama Islam yang suci ini.

Kesimpulannya, sama ada kita dapat mengekang semua atau tidak penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu itu bukan menjadi soal. Apa yang penting adalah kita perlu berusaha sedaya upaya kita untuk mempertahankan kalimah Allah itu agar tidak dirosakkan oleh mana mana pihak sekaligus menjaga kesucian Islam agar tidak dicemari oleh sesiapa pun. 
     

5 ulasan:

  1. Moga anak-anak muda Islam ini teguh pegangan agama dan tahu apa yang benar apa yang tak benar...

    BalasPadam
  2. Isu ini bukan satu masalah sbnrnya. SP ramai rakan bukan Islam sejak lahir malah dikalangan keluarga sendiri pun ada yg beragama kristian. Tak pernah pula rasa terpesong atau diajak kearah yg bertentangan. Cuma, bagi mereka yg tinggal disemenanjung, suasana begini rasanya cukup asing dan tidak menyelesakan.

    BalasPadam
  3. salam . betul , jangan jadi syaitan bisu

    BalasPadam
  4. sekurang kurangnya ada usaha menyekat.. Untuk menghalang 100% memang susah.. cukup sekadar apa yang boleh di sekat penggunaannya, kerajaan main peranan untuk menghalang

    BalasPadam
  5. hmmm...kami yang hidup di Sarawak...dari kecik mmg dah jupe benda2 cenggini..tapi akidah masih tetap kukuh...yang penting amal ibadat kita...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.