Sumber : Google |
Entah mengapa sejak belakangan ini
PAS sudah bertukar wajah daripada sebuah parti yang berteraskan fahaman Islam
tulin telah menjadi sebuah parti yang berfahaman Islam liberal. Tidak ada angin
mahupun ribut yang melanda PAS seolah olah telah menukar haluan politiknya
sejak bersama Pakatan Rakyat.
Dahulu PAS begitu lantang
mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam. Tetapi kini, PAS sudah hilang taringnya
sejak bersama dengan PKR dan DAP. Saya tidak tahu apakah yang telah dilakukan
oleh dua parti itu kepada PAS sehingga Parti Islam Se-Malaysia itu telah
bertukar menjadi Parti Angguk Sahaja. PAS dilihat sudah tidak berupaya lagi
untuk mempertahankan kepentingan Islam seperti dahulu.
Ini dilihat daripada beberapa isu
antaranya isu kalimah Allah, isu LGBT, isu chauvinis memperlekehkan Melayu dan
Islam serta pelbagai isu lain lagi. PAS seolah olah menjadi bisu dan dilihat
seperti tidak mampu untuk mempertahankan Islam dan Melayu walaupun parti itu
dianggotai oleh orang Islam dan Melayu serta dipimpin oleh ulamak yang
muktabar.
Saya tidak menolak kemungkinan
perkara ini berlaku kerana ramainya pemimpin PAS yang sudah ‘dirasuki’ fahaman
Islam Liberal. Pemimpin PAS juga telah ‘dirasuki’ kerakusan untuk mengejar
pangkat, harta dan kuasa. Oleh itu, PAS terpaksa berdiam diri terhadap sesuatu
isu yang berlaku demi menjaga hati rakan sepakatannya dan untuk menjaga survival
politik PAS.
Ini bukanlah satu cetusan fitnah atau
tomahan daripada saya. Dr. Hassan Ali yang dipecat sebagai ahli PAS dan Ustaz
Nasharuddin Mat Isa yang tersingkir sebagai Timbalan Presiden PAS telah
memperkatakan hal ini. Jelas ini bukanlah satu fantasi tetapi realiti yang
perlu diterima oleh penyokong di peringkat akar umbi PAS.
Bukan itu sahaja, Ketua Pemuda PAS
Kuantan, Fadhli Ibrahim juga ada mendedahkan perkara tersebut baru baru ini semasa mereka
berhimpun di depan ibu pejabat PAS Pusat. Jelas, ada juga dalam kalangan
pemimpin pemimpin PAS yang menyedari hal ini dan saya bersyukur atas hal itu.
Oleh itu, ahli akar umbi PAS perlu
sebulat suara menyingkirkan pemimpin pemimpin PAS yang berfahaman liberal ini
dari PAS secepat mungkin. Kehadiran pemimpin berfahaman Liberal ini bukan
sahaja akan merosakkan PAS tetapi juga merosakkan masa depan Islam, Melayu dan
Malaysia.
Pemimpin PAS yang berfahaman Liberal
ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan cita cita mereka untuk menguasai
Putrajaya akan terhasil. Mereka tega menggadaikan agama, bangsa dan tanah air
mereka sendiri asalkan cinta cita mereka akan tercapai. Tindakan mereka itu
jelas tidak akan menyelamatkan negara ini sebaliknya tambah menghancurkan.
Saya mengingatkan akar umbi PAS
supaya bertindak sesegera mungkin bagi menyingkirkan pemimpin pemimpin Islam
liberal demi menyelamatkan PAS. Seandainnya mereka dibiarkan berkuku di dalam
PAS, nescaya PAS akan rosak binasa. Begitu juga dengan Islam, Melayu dan
Malaysia.
Kesimpulannya, saya meminta kepada
semua akar umbi PAS supaya menyingkirkan dengan segera puak puak liberal yang
wujud di dalam PAS dengan kadar segera. Jika mereka tidak disingkirkan, mereka
akan terus berkuasa di dalam PAS seterusnya akan merosakkan PAS dari dalam.
Apabila PAS dirosakkan, Islam, Melayu dan Malaysia akan turut sama
tergugat.
SP pun tak faham dengan parti politik Islam ni. Rela diperkuda dan diperbodohkam pihak lain demi nafsu dan kepentingan dunia.
BalasPadamteringat Partai Sarekat Islam di Indonesia yang membiarkan fahaman komunis menyusup masuk ke dalamnya tanpa bertindak sesuatu tapi terlalu melebih2kan keahlian yang besar... Partai besar itu terpisah dua dan akhirnya tumbang tanpa dapat bangun lagi... mungkin kah PAS akan jadi seperti itu...
BalasPadamRakan politik PAS tu sebenarnya virus yang sangat bahaya...
BalasPadamkita doakan yang terbaik utk mereka
BalasPadam