Ahad, 23 November 2014

BUKAN HANYA UMNO SELANGOR, SELURUH UMNO PERLU BERUBAH!




Mantan Presiden UMNO dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah meminta agar UMNO Selangor dibubarkan kerana kegagalan mereka mengekal dan menawan semula negeri Selangor pada PRU12 dan PRU13. Isyarat PM paling lama itu jelas – beliau mahukan perubahan dalam pucuk pimpinan UMNO Selangor. Pemimpin UMNO Selangor sekarang perlu ditukar serta merta bagi merampas kembali negeri terkaya di Malaysia itu.

Walaubagaimanapun, perubahan tidak sepatutnya berlaku hanya kepada UMNO Selangor sahaja. Sebenarnya seluruh UMNO itu perlu berubah Bermula dari pucuk pimpinan hingga ke akar umbi. Jika tidak, UMNO bakal hilang kuasa pada bila bila masa sahaja. Ingatlah, UMNO bukan sebuah parti yang relevan lagi untuk orang Melayu khususnya dan untuk rakyat Malaysia amnya. Kebanyakkan rakyat Malaysia sudah jelak dengan pemimpin pemimpin parti yang berusia lebih 60 tahun itu.

Petunjuk yang jelas sudah diberi oleh rakyat pada dua PRU yang terbaru. Tsunami politik pada tahun 2008 dan menafikan majoriti dua per tiga di parlimen pada tahun 2013 jelas menunjukkan rakyat sudah jelak dan muak dengan UMNO. Ingatlah, kebanyakkan rakyat menyokong UMNO pada PRU yang lalu bukan kerana UMNO/BN itu bagus tetapi semata mata mahu selamatkan Islam, Melayu dan Malaysia  sahaja.


Sepatutnya UMNO di bawah pimpinan Najib perlu mengambil iktibar di atas perkara ini namun sayang seribu kali sayang, sikap, cara dan corak yang sama masih lagi dikekalkan oleh Najib. Perubahan yang diharap harapkan oleh rakyat tidak juga kunjung tiba. Masalah rasuah, kenaikan harga barang, pecah amanah, salah laku pemimpin, kroni dan sebagainya masih lagi membelenggu UMNO tanpa mahu membuat perubahan sedikit pun. Oleh itu, Pakatan Rakyat terus mendapat untung daripada situasi ini.   

 Jika UMNO mahu terus kekal relevan sebagai sebuah parti yang memerintah, perubahan tidak boleh lagi berlaku secara perlahan lahan. Perubahan mesti dilakukan secara drastik, pantas dan segera. Jika tidak, tunggulah UMNO menjadi pembangkang tidak lama lagi. Sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib begitu negatif sekali. Sekiranya tidak diatasi, jangan menangis tidak berlagu jika UMNO/BN tidak lagi ‘bersemayam’ di Putrajaya pada PRU yang akan datang.

Perubahan mesti berlaku dalam keseluruhan parti UMNO itu sendiri. Pertama sekali UMNO mesti menukar pemimpin pemimpin yang mempunyai pelbagai masalah itu dengan pemimpin pemimpin muda dan berpengalaman yang bersih, cekap, berilmu, berintegriti dan amanah. Pemimpin pemimpin yang terpalit dengan pelbagai skandal harus ditukar dan diturunkan dengan kadar segera.

Kedua, UMNO mesti menyelesaikan segala masalah yang menghujani parti itu seperti rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa, kronisme, dan sebagainya. Masalah masalah seperti ini yang semakin melemahkan UMNO. Jika UMNO hanya membutakan mata dan memekakkan telinga, masalah ini tidak akan selesai dan selagi itulah kebanyakkan rakyat akan menjadi lebih prejudis terhadap UMNO.  

Oleh itu, perubahan mesti berlaku di semua peringkat dan seluruh parti UMNO itu sendiri dan bukan hanya untuk UMNO Selangor. Kegagalan UMNO Selangor menawan negeri itu adalah kerana terdapat budaya ‘cah keting’ yang berlaku di dalam UMNO itu sendiri, pelbagai masalah yang gagal ditangani dengan baik oleh UMNO, sokongan rakyat semakin menipis terhadap UMNO serta kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan PR di Selangor begitu tinggi.

Kesimpulannya, jika UMNO tidak berubah, bukan sahaja UMNO akan gagal menawan Selangor tetapi juga akan gagal menawan Malaysia pada PRU akan datang. Jangan sesekali memandang enteng pada pandangan saya kelak akan memakan diri UMNO sendiri. Jangan menangis sehingga keluar air mata darah jika UMNO gagal menguasai Malaysia pada PRU akan datang kerana pada waktu itu nasi bukan lagi menjadi bubur tetapi sudah pun menjadi nasi basi!    

2 ulasan:

  1. cakap pasai umno perlu berubah ni..... sampai bila pun tak berubah ubah hehehehe
    Jom lawat blog saya pula  http://enyyusnizar.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Zumal pun sokong kata-kata Tun M.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.