Sabtu, 15 November 2014

ORGAN PANKREAS ADALAH PEMBUNUH MANUSIA DALAM DIAM!!!



omega guard boleh mencegah kanser pankreas
Sumber : Google


Jangan terkejut beruk membaca tajuk rencana kesihatan yang saya tulis pada hari ini kerana ini bukan cerita dongeng Awang Sulung Merah Muda yang mempunyai banyak panau kesaktian. Ini adalah fakta yang perlu kita semua terima. Takut? Saya juga takut dan sebab itulah saya menulis rencana ini untuk memberitahu kepada anda peri pentingnya organ yang bernama pankreas itu dijaga supaya organ itu tidak menjadi ‘musuh dalam selimut’ di dalam tubuh badan kita.

Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut, mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan organ pankreas ini. Organ pankreas adalah sejenis organ seperti tisu yang panjang dan leper yang terletak di bahagian bawah belakang perut iaitu berhampiran dengan duodenum. Organ ini berwarna putih kemerahan dan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kepala, badan dan ekor.   

Secara umumnya, organ ini berfungsi dalam mengelurkan suatu cecair yang boleh bertindak balas dengan makanan bagi membantu penyerapan. Organ ini juga mengeluarkan enzim untuk penghadaman makanan seperti protein dan lemak, memecahkan molekul protein yang besar untuk diserap oleh tubuh, dan mencernakan lemak dalam makanan kepada komponen yang lebih kecil seperti asid lemak.
 
Selain itu, organ ini mampu mengurangkan keasidan pada pangkal usus, mengurangkan kemungkinan berlakunya ulser pada duodenum, mengeluarkan hormon insulin yang bertindak balas untuk menstabilkan paras gula atau kerbohidrat di dalam badan.

 

Kanser pankreas membunuh manusia dalam senyap!

Berbalik kepada tajuk di atas, sebenarnya ramai orang sudah mendapat kanser pankreas ini tanpa mereka sedari. Oleh sebab itulah saya mengatakan bahawa pankreas  di dalam tubuh anda itu mampu membunuh dalam diam. Kanser ini biasanya tidak menunjukkan simptom awal dan selalunya dapat dikesan apabila telah berada di peringkat bahaya. Kebiasaannya, pesakit kanser pankreas hanya boleh hidup selama lima tahun sahaja dan hanya 4% sahaja yang mampu hidup melebihi lima tahun.

Tanda amaran awal pengidap kanser pankreas

Seperti yang saya kata tadi, ramai orang yang tidak sedar akan kehadiran penyakit ini. Apabila sudah ditahap bahaya, barulah mereka sedar yang mereka mengidap penyakit ini. Namun begitu, ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa kita boleh mengesan penyakit ini jika kita mempunyai tanda tanda seperti anda mendapat penyakit diabetes secara mendadak, mata dan kulit menjadi kuning, serta berlaku kegatalan pada kulit, tapak tangan dan tapak kaki.

Selain itu, anda mengalami simptom kurang selera makan, perubahan deria rasa (tiba tiba tidak suka bau kopi padahal selama ini dia tidak ada masalah dengan bau tersebut), kerap sakit perut (sakit sehingga ke belakang badan dan akan hilang apabila badan ditundukkan ke bahagian depan), pundi hempedu membesar, najis menjadi pucat, terapung dan berbau busuk, najis hitam dan berdarah serta berat badan menjadi susut secara mendadak.  

 

Punca punca kanser pankreas  

Sukar sebenarnya untuk mengetahui punca sebenar penyakit ini namun menurut hasil beberapa kajian menunjukkan antara punca seseorang itu terkena penyakit ini adalah kerap minum minuman beralkohol, terdapat batu yang tersumbat di bahagian pankreas, mendapat jangkitan virus dan kerap merokok.

Cara mencegah kanser pankreas

Bagi mencegah penyakit ini, anda perlu kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi, tidak menggunakan minyak masak secara berlebihan ketika memasak, memasak dengan cara memanggang dan menggunakan ketuhar gelombang mikro, memakan sedikit makanan pada sesuatu masa tetapi makan dengan lebih kerap, jangan makan makanan yang keras dan sukar dihadam serta jangan minum minuman beralkohol dan jangan merokok.

Cara mencegah kanser pankreas menggunakan Omega Guard

Sebagai seorang blogger, pengarang rencana dan pengedar sah Shaklee, saya sarankan kepada anda supaya mengambil produk Omega Guard bagi membantu anda mencegah penyakit ini. Omega Guard adalah produk keluaran Shaklee yang dibuat dari minyak ikan tulin dan mengandungi Omega 3 yang mampu membantu pankreas anda berfungsi dengan baik seterusnya mencegah daripada mendapat penyakit kanser. Marilah sama sama kita berikhtiar mencegah penyakit ini dengan mengambil produk Omega Guard ini.
omega guard boleh merawat kanser pankreas

Jika anda mahu mendapatkan produk ini, anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms/whatsapp/wechat/telegram : 012 9772806
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur, Keramat, Bangi (Seksyen 14, Teras Jernang sahaja) dan seluruh Malaysia.     

7 ulasan:

  1. as salam. terima kasih atas perkongsian ini. sy kena jaga pemakanan utk mengelakkan ditimpa penyakit spt ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok sangat tu Abe Kie..nasib sy ni masih muda lagi..hehehe

      Padam
  2. Datang ziarah dan follow di sini.
    Blog tuan telah kami pautkan di www.infoanda.net

    BalasPadam
  3. Risau juga kalau tak jaga permakanan ni...

    BalasPadam
  4. Zumal rasa takut sangat dengan penyakit2 nie...

    BalasPadam
  5. semakin hari semakin ramai yang menghidap penyakit ni... kena jaga kesihatan dari awal

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.